Khalid mengambil tempat sebelah Pengetua Maimoon. Pengetuanya ralit dan terpesona dengan puisi yang dibaca anak muridnya. Ada banyak bakat terpendam. Hanya perlu ditekankan dan disokong kelebihan mereka ini supaya dinikmati dengan skala yang lebih besar.
Pengetua Maimoon geleng kepala. Dia nampak dah kenapa Ibrahim buat Battle of the Band. Hatinya terasa kalah.
Faiz Agneles hadir juga berdiri di sebelah Pengetua Maimoon. Khalid menjeling.
"Macam Jom Heboh ni Pengetua.." Tegur Khalid.
"Ya.." Jawab Pengetua Maimoon.
"Tak sangka kan kita boleh sehebat ni?"
"Ya.."
"Orang luar pun ramai.. Mesti disebut-sebut nama sekolah kita ni nanti.."
"Ya.."
Khalid berdiam. Beri peluang Pengetua Maimoon layan alunan puisi yang dilontar baik muridnya. Rasa nak ditampar Faiz Agneles situ.
Di seberang, Suzy juga sedang melayani persembahan pentas. Tersenyum-senyum seorang diri bila memahami inti puisi itu ke arah sebuah perasaan teragung iaitu cinta.
"Cikgu!"
Suzy tersentak dengan teriakan. Itu suara Mustakim.
"Cikgu.." Mustakim termengah. Dia sampai sebelah cikgunya dan mengambil nafas dulu.
"Kenapa ni? Ada apa?" Tanya Suzy kerisauan.
"Boyfriend cikgu ada ke japgi?" Tanya Mustakim secara terus kepada point utama.
"Aik.. ada apa?" Suzy takda idea apa yang ditanya tu.
"Band boyfriend cikgu main ke japgi?" Mustakim tanya sambil menjuir ke pentas.
"Ehh.. tak tahu.. Siapa cakap?"
"Laa flyers ni.." Mustakim tunjuk risalah kepada cikgu Suzy.
Suzy ambil dan mencari nama Single Lady & The Plumber. Matanya membulat.
"Aah la.." Kata Suzy. Otaknya sedang gigih memproses adakah Daud John pernah beritahu yang dia ada persembahan di sini. Adakah pernah beritahu tapi cuma dia je yang hanyut lebih.
"Tapi taktau la dia main pukul berapa.. TBA.." Kata Mustakim.
"To be announce? Kenapa tak tulis masa ni.." Suzy lagi ligat memikir. Agenda apa semua ni.
Mustakim dah senyum bangga tau maksud TBA.
"Takpa la gitu.. Cikgu gi tanya diorang jap kat dalam.." Kata Cikgu Suzy. Belakangnya bilik untuk persiapan membuat persembahan. Semua performer ada kat dalam sedang bersedia.
Suzy mengetuk sekali dan terus membuka pintu.
"Hi, Su.." Sambut Daud John dengan senyuman.
Suzy bersinar matanya. Dia cepat-cepat balas juga dengan senyuman menutup kelakuan.
"Real ke ni?" Soal Suzy sambil mengangkat risalah.
"Real.." Jawab Daud John. "Japgi main.. tapi taktau lagi pukul berapa.."
"Tak bagitau Su pun.."
"Saja suprise.."
"Hmm.."
Daud John mengukir senyum saja lepas berjaya mengusik dengan kejutan kepada Suzy. Sambil tu dia sambut salam Mustakim dari tadi menghulur tangan.
YOU ARE READING
Mencabar Daud John
Teen FictionWalaupun Daud John terlihat sangat rileks, dia mempunyai satu semangat juang. Masyarakat patut tahu, Rock N Roll bukan musuh. Sebagai ketua kumpulan muzik bergenre Grunge, Daud John patut buat sesuatu.