Momen Indah Untuk Suzy

20 2 0
                                    

Kelas muzik berjalan dengan baik. Pada awalnya hanya murid-murid dari kelas kaunseling saja yang melibatkan diri penuh minat. Sekarang murid lain turut sertai. Suzy ambil keputusan buat pecahan kelas dan menambah seorang pengajar yang berkelulusan dalam bidang muzik.

Daud John cukup setuju dengan itu sebab dia tahu dia bukan pemuzik yang dilahir dari teori muzik sekolah. Asas muziknya hanya pada deria dan citarasa.

Namun, kelas Daud John lebih ramai. Rata-rata murid lebih tertarik dengan pembawaan Daud John yang banyak menggunakan sejarah muzik sebagai asas dan jenis tak tunggu lama, terus angkat gitar nyanyi sama-sama.

Mustakim seperti kera kena belacan setiap kali sesi kaunseling. Perubahannya memuaskan. Dia dan kawan-kawannya tak lagi ponteng sekolah. Malah ternanti-nanti sesi kaunseling.

Kegembiraan dalam kelas membuat murid-murid saling erat. Takda ketegangan dan sinis lagi sesama mereka.

Hanya para pengawas yang terasing. Semua gara-gara Cikgu Khalid. Tiada kisah baik untuk mereka selepas dipergunakan.

Hari berganti hari dan bulan berganti bulan. Prestasi baik sekolah semakin nampak jelas di mata masyarakat. Membuat Pengetua Maimoon selalu diterima pujian di luar. Lagi-lagi selepas viral video sing-along sewaktu kelas muzik Daud John.

Masyarakat memang gemarkan perkara positif yang terakam.

Pengetua Maimoon datang ke kelas muzik dan berdiri disebelah Suzy. Suzy sambut dengan senyuman.

Mereka sama-sama melihat murid-murid sedang khusyuk pelajari muzik.

"Ada orang cakap kat saya dia nak tengok semua ni kat Festival Muzik Sekolah tahun depan.." Kata Pengetua Maimoon.

"Diorang nak tengok murid sekolah perform?"

"Betul. Sorang pun taknak demand Baby Shima atau artis-artis popular lain.." Jelas Pengetua Maimoon. "Saya dah tak sabar tunggu tahun depan.." Beliau semangat.

"Saya pun Pengetua.."

"Saya lantik awak handle festival tahun depan."

Suzy merah padam pipinya.

"Terima kasih pengetua!"

"Saya patut ucap terima kasih kat kamu Suzy.." Ujar Pengetua Maimoon. "Kamu dah harumkan nama sekolah."

Suzy senyum lebar menerima pujian daripada orang yang mustahak dan seseorang yang dah beri cabaran dalam kerjaya dari awal lagi. Pengetua Maimoon kini lebih ceria. Tidak lagi moody memandangkan dalam kepalanya dia dan Pak Ibrahim dah berada di sama level. Tiada siapa menang tiada siapa kalah sudah. Masing-masing terlibat sumbangan hebat untuk masyarakat.

Mencabar Daud JohnWhere stories live. Discover now