"Kau tak tidur lagi ke Fuad?" Soal Daud John sambil mengunci pintu rumah. Fuaddin di kawasan kerjanya, masih belum tidur. Bermeja banquet diruang tamu dan membelakangi tingkap utama menjadi workplace. Fuaddin ialah rakan serumahnya. Seorang pekerja IT di salah sebuah syarikat. Dia jarang keluar dari rumah kecuali ada kerja penting yang mana tak boleh dibuat dari komputer riba.
Fuaddin hanya mengangkat kening sebagai respon dan entahlah apa yang dimaksudkan dengan mengangkat kening pada soalan Daud John.
Daud John menuju dapur. Melintas Fuaddin.
Peti ais dibuka dan diambilnya sebotol air masak sejuk. Tekaknya kering perlu dibasah selepas 120 minit merocking di Studio Bade tadi.
Dia meneguk banyak dan ditempatkan semula botol di dalam rak peti ais.
"Banyak kerja ke?" Tanya Daud John sambil mengambil tempat di sofa hadapan TV.
"Takda kerja pun,"
Daud John mengambil remote dan mengalih siaran di TV. Dia mahu sesuatu yang ringan. Badannya mahu berehat dengan rancangan yang menggelikan hati.
"Habis kau buat apa je tu?"
"Movie"
"Ohh."
Daud John taknak tanya lebih-lebih.
Jam hampir sebelas malam. Tak tahulah apa je cerita yang ada di TV. Daud John terima saja ulangan rancangan dan tetap boring. Dia cuba nasib lagi dengan alih siaran demi siaran. Mana tau dapat.
Daud John hairan dengan kualiti sinema negara. Dari filem, drama sampailah talkshow, masih ada yang kurang senang ditengok. Orang-orang luar dah jauh kedepan. Seperti filem The Raid, walaupun tak menjadi overrated tapi filem aksi ini dikenali malah dijadikan contoh dalam filmmaking.
Tambah pula, orang luar mula tahu kewujudan seni pertahankan diri iaitu silat. Satu pencapaian yang agung untuk tradisi. Sesuatu yang boleh dibangga sampai anak cucu.
Dunia dah maju. Ada internet. Kenapa pembikin filem atau drama tempatan tak contohi sikit pun cerita-cerita Hollywood. Nak kata tak pandai tak boleh jugak. Youtube boleh kata sebuah sekolah online free untuk belajar. Banyak video ilmu dikongsi.
Kepala Daud John bukanlah level filmmaker tapi dia sebagai audience biasa berasa berbeza antara tempatan dengan luar negara.
"Ahhh shit" Keluh Daud John. Remote dicampak tepi.
Dia menoleh belakang. "Kau tengok movie apa? Aku join ahh"
"Entah. Tak best ni pelakon perempuan tua."
"Cerita pasal apa?"
"Pasal budak ni,"
"Pastu?"
"Bapak dia kawin lain. Mak tiri dia suka buat yoga kat ruang tamu."
"Haihh" Daud John berpaling ke TV semula dan sambung memicit-micit remote.
YOU ARE READING
Mencabar Daud John
Teen FictionWalaupun Daud John terlihat sangat rileks, dia mempunyai satu semangat juang. Masyarakat patut tahu, Rock N Roll bukan musuh. Sebagai ketua kumpulan muzik bergenre Grunge, Daud John patut buat sesuatu.