⇢ ˗ˏˋ 02 ࿐ྂ

69 11 11
                                    

˗ˏˋ꒰ 𝙥𝙡𝙚𝙖𝙨𝙚 𝙛𝙤𝙧𝙜𝙞𝙫𝙚 𝙢𝙚 ❀ ꒱

˗ˏˋ꒰ 𝙥𝙡𝙚𝙖𝙨𝙚 𝙛𝙤𝙧𝙜𝙞𝙫𝙚 𝙢𝙚 ❀ ꒱

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Sebulan kemudian.

Hisu berjalan mundar-mandir sambil mengigit-gigit kuku jarinya, wajahnya jelas yang gadis itu dalam keadaan risau. Alat urine pregnancy test yang hasilnya dua garis itu dilihatnya berkali-kali. Sudah dua kali dia buat test itu namun hasilnya tetap sama.

Positif.

Fikirannya buntu dan dalam masa yang sama dia takut kalau orang tuannya tahu yang dia sedang mengadung, paling buat dia takut kalau ayahnya yang tahu. Tuan Min orangnya sudahlah tegas dengan dia dan bertambah parah lagi Tuan Min ini jenis mementingkan nama kelurganya, jika ayahnya tahu dia mengandungkan anak luar nikah silap-silap dihalaunya Hisu dari rumah.

"HAGRHHH HISU KAU NI BODOH LAH!"

Hisu mengusutkan rambutnya sebelum dia memegang perut yang masih kempis itu. Sejujurnya Hisu tidak mahu menggugurkan kandungannya, dia tidak sampai hati mahu membunuh penghuni dalam perutnya ini. Lagi pula dia sukakkan budak-budak, jadi tidak salah dia mahu menjaga anaknya sendiri. Tetapi dalam persoalannya kini mahukah lelaki bernama Choi San itu bertanggungjawab atas kandungannya ini?

"Tak pa Hisu tak pa, kau relax jangan panik dan jangan fikir tindakan yang bodoh. Sekarang ni baik kau jumpa dengan Choi San dulu bincang hal ni"

____

Pintu masuk apartment San dipandannya dengan perasaan yang gementar. Mujurlah dia masih ingat jalan ke rumah lelaki tersebut. Kalau tidak terpaksalah dia menggunakan banyak lagi tenaga untuk mencari lelaki itu.

Tanpa membuang masa lantas dia menakan punat loceng pada pintu tersebut. Tidak lama kemudian mucul seorang wanita berpakaian seperti pembantu rumah membuka pintu.

"Ada apa-apa yang saya boleh bantu cik?"

"Choi San ada di rumah? Saya nak jumpa dia boleh?"

"Ada- "

Belum sempat wanita itu meneruskan percakapannya, satu suara lelaki mencantas. Dengan automatiknya, wanita tersebut menunduk ke arah lelaki itu.

"Siapa yang datang ahjumma Han?"

Namun soalannya itu tidak sempat dijawab orang gajinya itu apabila San menyuruh ahjumma Han ke dapur setelah melihat Hisu lalu disuruhnya gadis itu masuk dan seusai itu San menarik tangan Hisu lalu dibawanya ke bilik lelaki itu. Pintu biliknya dikunci sebagai langkah berjaga-jaga, dia tidak mahu orang mengetahui tentang dirinya dengan gadis di hadapannya ini.

"So apa tujuan kau datang ke sini?"

"Aku nak kau bertanggungjawab atas apa yang berlaku dekat aku."

Lalu Hisu mengeluarkan pregnancy test dan gambar kandungannya dari beg sandangnya lalu diberikannya kepada San. Sebelum Hisu datang berjumpa San, dia singgah ke klinik untuk memeriksa kandungannya itu sama ada betul atau tidak. Bila diperiksa, dia memang mengandung dan kandungannya itu sudah berusia lima minggu.

San memandang gambar kandungan tersebut, dia mula berasa takut. Takut jika ibu dan ayahnya tahu tentang ini tambahan lagi dia tidak bersedia untuk menjadi seorang ayah dan memikul tanggungjawab sebagai seorang suami. Jiwanya masih mahu bersuka ria dan mahu menghabiskan masa bujang dengan hal-hal yang seorang ayah dan suami tidak boleh lakukkan.

Lantas diberinya semula gambar dan pregnancy test tesebut kepada Hisu.

"Gugurkan kandungan tu dan aku akan tanggung kosnya."

"Lepas tu jangan pernah sesekali tunjuk muka kau dalam hidup aku lagi. Kalau kita terserempak, kita buat-buat tak kenal. Aku tak nak ada kaitan dengan kau lagi."

"Faham?"

Hisu terdiam mendengar kata-kata lelaki itu. Sesenang itu mulutnya berkata menyuruhnya menggugurkan anak yang tidak bersalah ini.

"Simpan saja duit kau tu, aku takkan gugurkan kandungan ni."

Lelaki itu berdecit, lalu memandang dingin ke arah Hisu. Hisu pula tidak gerun langsung dengan pandangan tajam lelaki itu malah semakin panas hatinya bila melihat lelaki bernama Choi San ini.

"Kau kena gugurkan juga, kalau tidak aku akan dapat masalah yang besar. Aku tak kira kau kena gugurkan kandungan tu."

Kali ini Hisu pula yang melontarkan pandang tajamnya. Apa dia ingat dia seorang sajakah yang ada masalah?

"Kau hanya fikirkan masalah kau ja kan," kata Hisu.

"Aku kata gugurkan tu gugurkan ja lah. Apa yang susahnya?" Semakin bertambah resah dalam diri San dibuatnya. Dia ingatkan Hisu akan bersetuju dengannya namun Hisu bukan perempuan yang disangkakannya itu.

"Tak, aku takkan gugurkan kandungan ni itu keputusan aku!" Walaupun apa pun yang akan terjadi dengannya nanti dia tetap tidak mahu menggugurkan kandungannya.

Hisu mengeluh panjang lalu menatap San semula.

"Okay macam ni lah, kalau kau tak nak bertanggungjawab tak pa, aku boleh jaga anak ni sorang-sorang dan jangan risau aku pun tak nak jumpa kau lagi."

"Aku lebih rela hadap masalah yang bakal datang daripada gugurkan anak yang tak bersalah ni."

Selepas Hisu berkata sedemikian, dia keluar dari bilik tersebut dan terserempak dengan encik Jung yang tetap berada di depan pintu bilik San.

Hisu tidak mengendahkan lelaki tua itu dan lantas menapak keluar dari rumah San.

"Jangan bagitahu mummy dengan daddy kalau Encik Jung tak nak kena pecat," bisik San lagi kepada encik Jung.

"B-baiklah Tuan muda."




˗ˏˋ꒰ to be continued ❀꒱

(SU) 𝑷𝒍𝒆𝒂𝒔𝒆 𝒇𝒐𝒓𝒈𝒊𝒗𝒆 𝒎𝒆 || 𝑪𝒉𝒐𝒊 𝑺𝒂𝒏Where stories live. Discover now