⇢ ˗ˏˋ 07 ࿐ྂ

57 10 4
                                    

˗ˏˋ꒰ 𝙥𝙡𝙚𝙖𝙨𝙚 𝙛𝙤𝙧𝙜𝙞𝙫𝙚 𝙢𝙚 ❀ ꒱

San hanya duduk dan mendiamkan diri sementara yang lain sibuk mengundi untuk menentukan siapa CEO yang baru di bilik mesyuarat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


San hanya duduk dan mendiamkan diri sementara yang lain sibuk mengundi untuk menentukan siapa CEO yang baru di bilik mesyuarat. Dia benar-benar tidak mahu dicalonkan sebagai CEO tetapi ibunya mencadangkan namanya dalam pencalonan tersebut. Manakala ayahnya pula, dia tidak kisah kalau anaknya tidak mendapat jawatan tersebut asalkan anaknya itu mempunyai pekerjaan itu sudah memandai baginya.

"Bagi siapa yang mengundi Choi Haneul sila angkat tangan," ujar orang kanan Tuan Choi, iaitu Kwak Joonwoo yang juga merupakan ketua creative marketing di syarikat tesebut. Di bilik mesyuarat tersebut terdapat beberapa pekerja yang Tuan Choi percaya dan director daripada department yang berlainan juga terlibat dalam sesi pemilihan tersebut.

Setelah Encik Kwak menyebut nama Haneul, terdapat 10 orang yang mengangkat tangan termasuk San untuk mengundi Haneul. Buat setakat ini, Haneul memilik undian yang tertinggi daripada calon-calon yang lain.

"Calon terakhir pula, Choi San."

San berharap ramai yang tidak mengundinya tetapi harapannya itu terpeleset apabila sebanyak 12 orang yang mengundinya.

"Nampaknya Encik Choi San akan menggantikan Tuan Choi Jeongcheol sebagai CEO baharu kita," kata Encik Kwak lalu bertepuk tangan dan diikuti yang lain.

"Ada yang ingin membantah?" Soalan Encik Kwak dijawab dengan gelengan.

"Tahniah Sa-"

"Saya membantah." Ucap San yang membuat orang ramai terkejut. Lantas Tuan Choi dan Haneul menghampirinya.

"San kenapa-"

"San tak nak daddy, San tak bersedia nak sandang jawatan besar ni. Lagipun San dah cakap hari tu kan yang San tak nak ikut sesi pemilihan ni."

Tuan Choi mengeluh perlahan sebelum memandang anak lelakinya itu. Bahu San dipegangnya dengan kedua belah tangannya lalu berkata lagi,

"Kau yakin? Kau tak rasa menyesal dengan keputusan kau ni?" Soal Haneul pula.

San mengangguk.

"Baiklah kalau kamu dah buat keputusan macam tu, daddy tak kisah kamu dapat jawatan apa yang penting kamu selesa dengan pekerjaan kamu. Yang daddy risaukan sekarang ni, mummy kamu takut-takut dia mengamuk di rumah nanti dengar kamu tolak untuk jadi CEO," ucap Tuan Choi lagi lalu ketawa kecil setelah berkata tentang isterinya.

"Habislah telinga kau kena tarik dengan mummy lepas ni," balas Haneul sambil ketawa.

"Pasal mummy tu jangan risau, pandai-pandailah San pujuk dia nanti," kata San yang turut ketawa sebelum mengalihkan pandangnya ke arah pekerja yang berada di situ.

"Encik, terima ja lah jawatan ini. Kami nampak prestasi kerja encik sangat baik, dan kami percaya encik boleh menggalas tanggungjawab ini," kata satu dari pekerja tersebut.

"Saya amat berterima kasih dengan siapa yang mengundi saya untuk jawatan ni dan terima kasih juga sebab percayakan saya tapi saya minta maaf saya tidak dapat menerima tanggungjawab tersebut. Saya rasa saya belum layak lagi untuk menyandang jawatan setinggi ini dan saya rasa saya masih banyak kekurangan yang perlu saya baiki jadi saya harap kamu semua dapat menerima keputusan saya ni. Bagi saya, yang layak untuk menyandang jawatan ini adalah Choi Haneul, beliau lagi banyak pengalaman daripada saya. Maaf sekali lagi."

Setelah berkata sedemikian San menduduk hormat kepada para pekerja tersebut dan keluar dari bilik tersebut tetapi sebelum dia keluar dia sempat menghampiri kakaknya lalu memeluk kakaknya sambil mengucapkan tahniah.

Selepas pemilihan itu lantas, Wooyoung dan Sua masuk ke ruangan kerja San.

"So macam mana tadi?" Tanya Wooyoung.

"Aku terpilih tapi aku tolak dan bagi jawatan tu kat Haneul noona macam yang kau cadangkan tu," jawab San yang sedang menyandarkan badannya pada kerusi sambil memejam matanya.

"Kau rasa tak rugi kah kau tolak?" Tanya Sua pula.

"Buat apa nak rugi. Aku lebih selesa dengan jawatan aku sekarang. Tak nak aku jadi CEO buat pening kepala ja, lagipun aku suka dengan kedudukan aku sekarang."

"Yalah," balas gadis itu pula sambil memandang sepupunya dengan pandangan yang menyampah.

"Oh ya, wey jom turun tingkat bawah. Aku dengar ada kedai ayam goreng yang baru buka kat tingkat tu. Orang kata ayam goreng dia sedap, lain daripada yang lain," ajak Sua.

Belum sempat San dan Wooyoung berkata, Sua terlebih dahulu menarik mereka berdua. Almaklumlah perempuan kan, hal-hal makanan mesti nombor satu!

"Astaga sabarlah Sua oi!"

"Entahnya, tak menyabar langsung, makan ja tahu patut badan tu berlemak."

"Kau nak kata aku gemuk lah sekarang ni. Kau tu kurus macam papan dahlah mata sepet!"

"Aku sado okay! Dan jangan sesekali kata mata aku sepet, sensitif tahu tak!"

Wooyoung pula hanya tersenyum nipis melihat dua sepupu itu bergaduh. Beginilah kehidupan seharian Jung Wooyoung, dia yang menjadi mangsa orang tengah kalau San dan Sua bergaduh. Mampu bertabah saja lah dia mendengar maki hamun yang keluar dari mulut dua orang rakannya itu.

˗ˏˋ꒰ to be continued ❀꒱

(SU) 𝑷𝒍𝒆𝒂𝒔𝒆 𝒇𝒐𝒓𝒈𝒊𝒗𝒆 𝒎𝒆 || 𝑪𝒉𝒐𝒊 𝑺𝒂𝒏Where stories live. Discover now