⇢ ˗ˏˋ 04 ࿐ྂ

54 10 8
                                    

˗ˏˋ꒰ 𝙥𝙡𝙚𝙖𝙨𝙚 𝙛𝙤𝙧𝙜𝙞𝙫𝙚 𝙢𝙚 ❀ ꒱

Selama seminggu menggumpulkan keberanian, Yeosang datang ke rumah keluarga Min untuk membincangkan tentang dirinya dan Hisu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selama seminggu menggumpulkan keberanian, Yeosang datang ke rumah keluarga Min untuk membincangkan tentang dirinya dan Hisu.

Bagi pihak keluarga Yeosang pula, dia tidak ada keluarga cuma ada adik perempuan saja. Jadi Yeosang tidak terlalu risau dan dia tahu adiknya pasti faham dengan keputusannya.

Sampai saja dia di perkarangan rumah agam keluarga Min, Yeosang terdengar suara jerkah Tuan Min sedang memarahi seseorang. Lantas Hisu terlintas dalam fikirannya lalu dengan itu dia bergegas masuk ke dalam rumah tersebut tanpa mempedulikan pengawal keselamatan yang bertugas untuk menjaga rumah keluarga Min.

Di situasi Tuan Min pula ( sebelum Yeosang sampai ), dia mendapat tahu bahawa Hisu sedang mengadung dan dia betul-betul berang dengan anaknya itu. Pembantu rumahnya menemui gambar ultrasound (USG) kandungan disorokkan di dalam almari lalu diberikan kepada majikannya itu. Hisu dengan keadaan yang penat selepas pulang dari kuliah, terus ditarik oleh ayahnya.

Hisu kebinggungan, kesalahan apa lagi yang dia buat hari ini? Lalu Hisu memandang ibunya yang sedang duduk di sofa dan tidak mahu memandang Hisu langsung. Selalunya kalau Tuan Min memarahinya pasti ibunya akan menolongnya dari ayahnya itu tetapi kali ini tidak Puan Min hanya mendiamkan diri saja.

"Hisu buat salah apa lagi dengan appa, dengan keluarga kita? Appa, Hisu penat tahu tak kalau tiap-tiap hari appa cari salah Hisu."

"Kamu tanya apa salah kamu? Ni apa ni?! Anak siapa yang kamu kandungkan tu?!" Tanya Tuan Min sambil menunjukkan gambar USG tersebut kepada Hisu.

Hisu tergamam dan lantas merampas gambar tersebut daripada ayahnya.

"M-mana appa dapat ni?"

"Appa tanya anak siapa yang dalam perut kamu tu?!"

Hisu tersentak dengan bentakkan Tuan Min itu. Dia berasa takut untuk memberitahu hal yang sebenar kepada ayahnya. Dia tahu ayah sangat kecewa dengannya, dan dia anggap ini balasan untuk dirinya kerana tidak dapat memenuhi apa yang diminta oleh kedua orang tuanya.

"Kamu ni tak bolehkah berhenti malukan keluarga kita? Dari kecik sampai ke besar kamu hanya tahu nak malukan appa dengan eomma saja. Tak bolehkah kamu jadi macam mendiang kakak kamu?! Susah sangatkah permintaan appa hah Min Hisu?"

"Hisu tahu Hisu bukan macam Hana, Hisu tak pandai macam dia, dia semua benda pandai buat. Apa yang appa nak dia buat, apa yang appa minta dia bagi dan Hisu sedar Hisu tak dapat bagi semua tu tapi appa walaupun rupa paras kami sama, Hana is Hana Hisu is Hisu, kami orang yang berbeza! Appa tak boleh mengatur hidup Hisu macam Hisu ni boneka untuk ikut arahan appa ja."

"Tak bolehkah appa hargai apa yang Hisu buat? Tak bolehkah appa terima kekurangan Hisu? Dan tak bolehkah appa berhenti bandingan Hisu dengan Hana," ucap Hisu tanpa sedar dirinya menangis di hadapan ayahnya.

Tuan Min pula langsung tidak sedikit rasa kesian pun dengan anaknya itu, apa yang dia mahu ialah dia nak Hisu jadi macam Hana kakak kembar Hisu. Disebabakan terlalu rindukan Hana, Tuan Min mula mengatur hidup Hisu sehinggakan Hisu berasa tertekan dengan tindakan ayahnya itu.

"Jangan kurang ajar dengan appa kamu Hisu! Dia buat semua itu untuk kebaikan kamu juga." Setelah sekian lama Puan Min membisu, akhirnya dia bersuara.

"Sudahlah awak, saya dah penat dah nak urus dia ni. Baik kita tak ada anak ja lagi senang dan maruah dan nama baik kita pun terjaga daripada dapat anak macam dia ni hanya mema-"

"Tuan tak berhak nak erkata macam tu pada anak sendiri." Yeosang datang menghampiri Hisu lalu dipegangnya tangan gadis itu dengan erat.

"Apa yang kamu nak ha budak? Main masuk ja rumah orang, tak ada adab langsung. Hisu memberontak ni mesti sebab berkawan dengan kamu kan, sebelum dia kenal kamu tak adanya dia jadi macam ni."

"Cuba fikir balik apa yang tuan buat kat Hisu selama ni? Tanya dekat diri sendiri kenapa dia memberontak?"

"By the way saya datang ni, saya nak minta restu dari tuan dan puan yang saya nak kahwin dengan Hisu. Saya akan bertanggungjawab atas perbuatan saya terhadap Hisu."

"Tak, aku takkan benarkan kau kahwin dengan anak aku. Aku tak nak ada menantu berketurunan dari kau yang tak tahu asal usul."

"Hisu, appa nak kamu gugurkan kandungan tu. Appa tak nak ada cucu dari budak ni dan putuskan hubungan kamu dengan dia!"

Sejak pertama kali Tuan Min mendapat tahu Hisu berkawan dengan Yeosang, dia memang tidak suka. Tambah-tambah lagi Yeosang anak yatim piatu. Yang dia mahu Hisu mempunyai pasangan yang setaraf dengannya dia tidak mahu orang seperti Yeosang yang tidak tahu asal usulnya di mana.

"Hisu takkan gugurkan kandungan ni! Ini keputusan Hisu, appa tak boleh atur hidup Hisu." Bantah Hisu dengan air matanya yang masih mengalir lalu dia menarik tangan Yeosang.

"Kalau appa dan eomma tak nak terima anak Hisu ni tak pa. Biar Hisu pergi dari hidup appa dan eomma. Hisu tak nak jadi pembunuh anak sendiri."

Setelah berkata sedemikian, dia membawa Yeosang keluar dari rumah tersebut. Tuan Min dan Puan Min pula tergamam dengan tindakan anak mereka itu.

Puan Min terduduk selepas melihat anaknya keluar.

"Sampai hati Hisu buat eomma macam ni?" katanya lalu menangis.











˗ˏˋ꒰ to be continued ❀꒱

(SU) 𝑷𝒍𝒆𝒂𝒔𝒆 𝒇𝒐𝒓𝒈𝒊𝒗𝒆 𝒎𝒆 || 𝑪𝒉𝒐𝒊 𝑺𝒂𝒏Where stories live. Discover now