⇢ ˗ˏˋ 08 ࿐ྂ

62 9 16
                                    

˗ˏˋ꒰ 𝙥𝙡𝙚𝙖𝙨𝙚 𝙛𝙤𝙧𝙜𝙞𝙫𝙚 𝙢𝙚 ❀ ꒱

Sua yang masih bingung mahu memilih sama ada ayam butter cream sauce atau honey butter sauce itu dipandang Wooyoung manakala San pula dia berjalan ke hadapan meninggalkan dua orang rakannya sambil memeluk tubuh dengan wajahnya yang mencuka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Sua yang masih bingung mahu memilih sama ada ayam butter cream sauce atau honey butter sauce itu dipandang Wooyoung manakala San pula dia berjalan ke hadapan meninggalkan dua orang rakannya sambil memeluk tubuh dengan wajahnya yang mencuka. Dia sedang merajuk dengan Sua kerana tadi mereka berdua bergaduh tentang menu apa yang ingin dipesan nanti.

"Young, nak butter cream atau honey butter?"

Yang disoal itu boleh pula dia mengelamun.

"Jung Wooyoung!" pekik Sua lalu menampar lengan lelaki itu dan secara refleksinya dia tersedar dari lamunannya lalu matanya terkebil-kebil melihat Sua yang berada dihadapannya itu.

"Kau ni apahal tiba-tiba tampar lengan aku? Dah lah kuat ish!" regeknya sambil mengusap lengannya yang ditampar itu sebelum meneruskan perjalanan mereka ke kedai ayam goreng yang ingin dikunjungi mereka tadi.

Sua bercekak pinggangnya dan merenung tajam ke arah Wooyoung.

"Kau suka aku cakap tak payah selalu curi pandang-pandang orang, ingat aku tak perasan kah?"

Dia bukanlah nak perasan, dari dulu lagi dia sedar dengan tingkah laku lelaki itu yang selalu mencuri memandangnya dan paling dia tak boleh lupakan, semasa mereka masih bersekolah dahulu Wooyoung selalu mengekorinya secara senyap semasa balik ke rumah. Tetapi dia hanya mendiamkan diri saja sehingga sekarang dan tidak memberitahu hal tersebut dengan orang lain termasuk San.

"Dan lagi satu, dulu waktu sekolah kenapa kau selalu ekori aku masa balik ke rumah? Kau stalk aku kah?" Kali ini dia beranikan diri untuk menanyakan hal itu kepada Wooyoung.

Langkah Wooyoung terhenti sebentar setelah mendengar semua kata-kata Sua. Dia mengetap bibirnya dan perasaan panik mula menyelubungi dirinya namun dia berjaya mengawalnya agar tidak kelihatan oleh Sua.

Tanpa menjawab persoalan daripada Sua, dia melangkah terus ke kedai ayam goreng tersebut lalu mereka disapa oleh pekerja yang bertugas di muka pintu kedai tersebut.

"Hai selamat datang ke Hiyo Fried Chicken," sapa mesra seorang lelaki yang berkemeja putih serta apron hitam dilit kemas dibahagian pinggangnya sambil memberikan segaris senyuman kepada mereka berdua.

"Kejap, mana San?" Wooyoung melihat Sua tetapi Sua tidak peduli dengan pertanyaan lelaki itu dan masih memasang wajah kemusykilannya terhadap lelaki dihadapannya ini.

"Aih..dia ni tak habis-habis lagi rupanya. Matilah aku, kalau dia tahu perkara sebenar."

____

San berjalan memeluk tubuh sambil mulutnya membebel tentang sikap Sua yang menjengkelkan baginya. Dalam sibuk membebel seorang diri, dia berasa ada sesuatu yang melanggar perutnya lalu dia menunduk ke bawah.

"Hikss..hiks.."

Rupa-rupanya ada seorang budak perempuan yang melanggarnya lalu tanpa berfikir budak tersebut memeluk pinggang San.

"Anak siapa pulak ni?" bisik hatinya sambil menatap anak kecil itu yang turut melihatnya dengan mata yang berair kerana menangis.

"Uncle, a-da n-ampak abang sa-ya tak?"

San menggaru-garu kepalanya, tidak tahu mahu berbuat apa dengan budak tersebut jadi dia duduk mencangkung menyamai ketinggian anak kecil itu.

"Tadi Yeon dengan abang main sorok-sorok tapi Yeon tak jumpaㅡHUARGHHH," ujar budak kecil yang membahasakan dirinya Yeon.

Melihat anak kecil itu semakin galak menangisnya, San jadi panik. Sudahlah dia tidak tahu memujuk budak, kalau Wooyoung ada tadi boleh dia suruh pujuk budak ni sebab rakannya itu pandai melayan budak kecil.

Fikirannya buntu, lalu dia mengalihkan tangan kecil budak tersebut dari mengosok matanya setelah itu dilapnya air mata budak itu dengan sapu tangan ungunnya sebelum dia memeluk anak kecil itu sambil mengusap-usap belakang anak tersebut untuk menenangkannya.

Apabila anak kecil itu sudah berhenti menangis, San meleraikan pelukannya lalu menatap anak kecil itu.

"Nama awak Yeon kah?"

"Eung, Kang Yeonsu," jawab ringkas budak kecil itu sambil menyedut hingusnya.

San tersenyum lalu membetulkan rambut Yeonsu yang tidak teratur. Setelah itu dia mengambil tangan kecil Yeonsu dan berdiri.

"Jom, uncle tolong Yeon cari abang."

Yeonsu memandang San dengan lama sebelum memberikan San satu senyuman yang comel.

____

"Anak siapa pula kau rembat tu San oi!"

Hampir tersembur airnya apabila melihat San bersama budak kecil. Wooyoung pula mengurut dadanya dek kerana terkejut mendengar Sua tiba-tiba menjerit. Dia baru ja nak menikmati ayam goreng butter creamnya tadi mujur tak terjatuh ayam gorengnya itu.

Belum sempat San menghampiri dua rakannya itu, tiba-tiba ada seorang pekerja di kedai tersebut menghampiri Yeonsu.

"Yeonsu! Awak pergi mana tadi? Puas tau Junkyu samcheon cari. Kalau Yeon hilang tadi maunya eomma awak mengamuk."

Yeonsu menunduk, tidak mahu melihat wajah Junkyu samcheonnya. Takut dimarahi.

"Maafkan Yeon, Yeon dengan abang main sorok-sorok tapi Yeon tak jumpa abang. Lepas tu Yeon jumpa dengan uncle ni, dia tolong Yeon cari abang tapi tak jumpa," jelas Yeonsu dengan suara seperti mahu menangis.

Junkyu mengeluh panjang.

"Abang Jaewon awak ada dekat dapur tu tengah kacau Mashiho samcheon masak, pergi lah ketuk kepala dia nakal sangat pergi tinggal awak seorang diri tu buat apa?"

Geram pula dia dengan si abang Yeon itu boleh pula dia tinggalkan adiknya, nanti Yeonsu kena culik dengan orang jahat mau kena sembelih diaorang dengan majikannya sebab tak tengok anaknya sewaktu dia tiada.

Yeonsu berlari anak masuk ke dalam tetapi dia berpatah balik ke arah San lalu mengucap terima kasih sebab mahu menolong mencari abangnya. Selepas itu Junkyu memandang ke arah San lalu menunduk dan mengucapkan terima kasih kepada San.

"Terima kasih encik sebab jumpa Yeonsu, kalau tak ada encik tadi maunya kena pecat saya dengan majikan saya."

"Tak da hal lah, lain kali jangan bagi dia dengan abang dia main jauh-jauh ya?"

Junkyu mengangguk sebelum meminta izin berlalu untuk menyambung kerjanya yang tergendala tadi tetapi sebelum itu dia sempat mempelawa San untuk memesan ayam goreng di kedainya lalu San mengatakan rakannya sudah memesankan untuknya. Selepas itu dia menuju ke meja Wooyoung dan Sua.

"Apa cerita?" Soal Sua.

"Tak da cerita apa-apalah, dah aku nak makan lapar ni," katanya lalu mengambil ayam goreng Wooyoung yang baru saja Wooyoung ambil tadi.

Wooyoung memandang San dengan pandangan tidak berperasaan. Dia nak marah tapi kena sabar, kalau dia marah habis meja dia baling dekat San nanti tak pasal-pasal dia pula yang kena buang kerja.

"Hmm sabar Woo sabar..ingat ini ujian dunia" desis hati Wooyoung.












˗ˏˋ꒰ to be continued ❀꒱

(SU) 𝑷𝒍𝒆𝒂𝒔𝒆 𝒇𝒐𝒓𝒈𝒊𝒗𝒆 𝒎𝒆 || 𝑪𝒉𝒐𝒊 𝑺𝒂𝒏Where stories live. Discover now