⇢ ˗ˏˋ 11 ࿐ྂ

72 7 8
                                    

˗ˏˋ꒰ 𝙥𝙡𝙚𝙖𝙨𝙚 𝙛𝙤𝙧𝙜𝙞𝙫𝙚 𝙢𝙚 ❀ ꒱

˗ˏˋ꒰ 𝙥𝙡𝙚𝙖𝙨𝙚 𝙛𝙤𝙧𝙜𝙞𝙫𝙚 𝙢𝙚 ❀ ꒱

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

°°°°

San merenung tajam ke arah Wooyoung. Kecik besar kecik besar ja dia lihat kawan baiknya itu. Terasa gatal pulak tangan dia hendak melempang kepala si Wooyoung. Malam-malam begini juga Wooyoung buat kejutan yang dia tersangat tidak dia gemari untuk telinga dia dengar. Potong mood dia saja mahu pulang kerja  tanpa beban difikirannya.

"Blind date kau kata?"

"Yalah, daddy kau suruh aku aturkan blind date untuk kau."

"Aku dah cakap berkali-kali dah yang aku taknak pegi mana-mana blind date dan aku tak berminat untuk kenal mana-mana perempuan buat masa sekarang. Kau faham kah tidak?"

Wooyoung mengeluh berat sebagai response bebelan San itu.

"Ni lah yang dirisaukan Tuan Choi. Dia syak anak terunan dia seorang ni bernafsu dengan kaum sejenis. Oh entah-entah kau suka aku ka--akh!" Terus ditamparnya kepala Wooyoung sebelum banyak lagi benda mengarut yang keluar daripada mulut kawannya itu.

"Bodoh kau tu simpan sikit tak pasal-pasal aku terikut sekali perangai bodoh kau tu nanti," balas San dan tidak dilupakan dengan jeling mautnya. Wooyoung pula sedang mengosok kepalanya, ala bukan sakit pun San tampar dia tadi, dia ja yang melebih.

"Sampai hati tampar kepala aku, kepala ni juga yang berguna berfikir cari jalan menyelesaian bila kau dalam kesusahan tau," dengan muncung itiknya lagi dia merungut.

"Dah! Jangan nak berdrama sangat. Balik rumah kau sekarang, jangan lupa kerja kau yang tak siap tadi! Lepas tu aku tak nak kau bahas pasal blind date kah temu janji kah apa, aku tak nak dengar!"

Wooyoung mengajuk-ajuk setiap bait-bait bebelan San itu sebelum keluar dari bila kerja tersebut. Niatnya ya tadi hendak mencarikan jodoh untuk rakan baiknya itu pun terbantut. Tak pasal-pasal kepalanya dan telinganya yang mendapat ganjaran. Sabarlah Wooyoung, hidup memang begitu.

Seusai saja dia keluar dari bangunan The Choi's Mobile Media matanya terserempak dengan Sua yang baru saja keluar dari sebuah cafe yang bertentangan dengan bangunan office mereka, kelihatan gadis itu sedang menangis. Sudahlah cuaca waktu itu hujan, dan Sua pula basah kuyup jadi Wooyoung menghantar gadis itu ke rumahnya. Sampai saja di rumah Sua, Wooyoung menyuruhnya mandi sementara dia menyiapkan makanan untuk gadis itu.

Sepanjang Wooyoung mengenali Sua, dia tidak pernah melihat gadis itu menangis teruk seperti hari ini. Wooyoung agak risau dengan keadaan gadis itu, dia ingin tahu penyebab gadis itu menangis tetapi dia mengurungkan niatnya untuk menanyakan apa-apa soalan kepada gadis itu. Dia membiarkan gadis itu sendiri memberitahunya.

Selesai saja Sua membersihkan diri, dia keluar dari bilik lalu menuju ke ruang dapur. Wooyoung menyapanya lalu tersenyum kepadanya. Setelah itu lelaki itu menyuruhnya duduk, Sua melihat lauk-lauk yang dimasakkan oleh Wooyoung.

Dia tidak tahu pula Wooyoung boleh masak. Nampaknya ada banyak perkara yang dia tidak tahu tentang kawannya ini walaupun sudah lama mengenalinya. Haih Sua, kawan jenis apa kau ni..tak ambil tahu tentang kawan sendiri. Memang patut pun Fina dengan Seungyoon tikam belakang kau selama ni, kau hanya pentingkan diri kau saja dan tak perdulikan mereka. Bisik hatinya.

"Kau masak?"

Wooyoung mengangguk lalu menghulurkan semangkuk Miso soup kepada Sua.

"Cubalah, ni kali pertama aku masak untuk kau," kata Wooyoung lalu menongkat dagu sambil melihat Sua dengan senyuman yang tidak lelah lekar di bibir lelaki itu.

Sua mengambil chopstick yang telah disediakan lalu hidangan tteokguk (korean rice cake soup) dulu dia tujui, kerana itu ada makanan kegemaran dia.

"Aku tau kau suka tteokguk, jadi aku buat special untuk kau." Ujar Wooyoung sambil memerhatikan Sua menyuapkan beberapa keping rice cake. Dia mengunyah-gunyah sambil kepalanya turut mengangguk seperti mengunyah juga.

"Sedap lah, pandai kau buat. Rasa macam mediang halmonie aku buat.."

"Serious sedap macam mediang halmonie buat?" Soal Wooyoung untuk mendapatkan kepastian daripada gadis itu. Sua mengangguk lalu menyambung mengisi perutnya sambil mulutnya penuh seperti si hamster sedang memasukkan kacang di mulutnya. Drumstick ayam goreng diambilnya dan dicicah ke dalam sos cili sebelum disuap ke dalam mulut sehingga comot bibirnya kerana sos tersebut.

Wooyoung yang tadinya meletakkan dagunya di meja makan sambil memerhatikan Sua makan sudah cukup membuatkan dia tertawa kecil melihat kecomelan gadis itu.

Tatakala mendengar Wooyoung ketawa, aktiviti mengunyah ayam goreng terhenti lalu dipandangnya Wooyoung. "Kenapa?" Tanya dengan sos cili mencomotkan bibirnya.

Wooyoung mengelengkan kepalanya sambil tersenyum.

"Okay-" baru saja Sua ingin melahap semua makanan yang ada didepan matanya itu, ada satu jari mendarat di hujung bibirnya.

"Kalau bab makan tak cover ayu eh? Macam budak kecik makan dah aku tengok". Hampir mahu luruh jantung si Sua dengan tindakan luar jangkaan rakannya itu.

"S-suka hati aku lah nak makan comot kah apa. Mana ada orang tengol pun."

"Aku tengok," jawab pantas Wooyoung lalu ketawa lalu berlalu pergi ke ruang tamu.

"Dasar wooyoung, suka ja buat jantung aku nak terkeluar," rungut Sua dengan perlahan sebelum menyambung makan makanannya.




˗ˏˋ꒰ to be continued ❀꒱

Nmpknya aku mcm kehilangan readers ya, tu lah spa srh lma tk update..tkpa2 aku ttp teruskn ff ni 🥺

(SU) 𝑷𝒍𝒆𝒂𝒔𝒆 𝒇𝒐𝒓𝒈𝒊𝒗𝒆 𝒎𝒆 || 𝑪𝒉𝒐𝒊 𝑺𝒂𝒏Where stories live. Discover now