⇢ ˗ˏˋ 12 ࿐ྂ

28 3 3
                                    

˗ˏˋ꒰ 𝙥𝙡𝙚𝙖𝙨𝙚 𝙛𝙤𝙧𝙜𝙞𝙫𝙚 𝙢𝙚 ❀ ꒱

˗ˏˋ꒰ 𝙥𝙡𝙚𝙖𝙨𝙚 𝙛𝙤𝙧𝙜𝙞𝙫𝙚 𝙢𝙚 ❀ ꒱

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

°°°


Keesokan hari,

San memandang perempuan yang berada dihadapannya ketika ini dengan penuh rasa kesal. Kesal kerana dipaksa pergi blind date yang sudah Tuan Choi aturkan. Tiada langsung tanda rasa minat San tunjukkan apabila perempuan tersebut sedang berbual. Dalam hati sudah merungut-rungut, bila agaknya perempuan itu hendak berhenti bercakap.

Perempuan yang Tuan Choi kenankan dengan dia ini langsung bukan ideal type dia dan satu lagi, dia sudah awal-awal lagi perempuan itu membuatkan San tidak berkenan, kerana perempuan itu melayan pekerja di restoran yang mereka berada itu dengan kasar. San langsung tidak suka perempuan yang tidak menghormati orang lain. Tidak kiralah kau dari anak orang kaya ka orang biasa, adab adalah perkara pertama perlu ada dalam diri seseorang.
( Iyeye je kau ni san😌)

"Manalah daddy kutip minah ni? Ini nak dijadikan menantu? Aku lebih rela single sampai ke tua daripada dapat bini macam ni," bisik hati San yang sudah kebosanan mendengar perempuan temu janjinya itu bercakap.

"Awak awak awak awak, nantikan kalau kita dah kahwin, saya nak anak 6 orang. Saya nak 3 pasang kembar tau." Ujar perempuan tersebut dengan teruja lalu memegang tangan San namun pantas San menepis tangan gatal perempuan itu.

"Sah! Minah ni sewel!"

"Lepas tu, masa majlis kahwin kita, saya nak jemput presiden korea, BTS, Lady gaga--"

San sudah tidak tahan lagi, dia nak balik! San menarik nafas panjang lalu berkata,"Maaf, saya rasa kita berdua tak sesuai dan saya tak bersedia untuk terima mana-mana perempuan lagi. Satu lagi, saya suka perempuan yang beradab dan hormat orang. Maaf sekali lagi, saya minta diri dulu." Ucap jujur San.

Selepas meminta maaf, San lantas keluar dari restoran tersebut meninggalkan perempuan temu janjinya itu yang sedang terpinga-pinga dengan apa yang dikatakan oleh san. Langsung dia masuk ke dalam keretanya dan tidak lupa juga dia terus menekan kunci pintu kereta. Takut pula, perempuan itu kejar dia sampai masuk kereta.

ri-i-ing!

Tiba-tiba telefon pintar milik San berbunyi. San mengambil telefon pintarnya yang berdering. Dengan perasaan lega kerana dapat alasan untuk tidak meneruskan blind date yang tak kena tu, dia menjawab panggilan tersebut tanpa melihat siapa yang menelefon dia.

"Hello?" San menjawab dengan suara yang agak tergesa-gesa.

Di hujung talian, suara lelaki yang agak serius terdengar, "Choi San!" Terkejut San apabila mendengar suara daddynya. "Kursemangat.." San mengurut-urut dadanya, hampir mahu terkeluar jantungnya bila mendengar suara Tuan Choi. Lalu dia memandang skrin telefonnya untuk memastikan suara yang dia dengar itu betul dan bukan halusinasinya.

"Aduh, mesti pasal blind date tadi. Hadap ja lah San,"ujarnya perlahan. "Ya daddy?" teragak-agak dia mahu menjawab telefon Tuan Choi.

"Kenapa kamu tinggalkan Hyemi dekat restoran tu sorang-sorang. Menangis budak tu kamu kerjakan tahu tak!" Berdesing telinga San mendengar leteran Tuan Choi.

"Ohh nama dia Hyemi, nama cantik tapi perangai tak cantik," jawab selamba San membuatkan Tuam Choi semakin naik angin.

"Apa kamu kata?!"

"Calmdownhaeyo jebal daddy, releks." San cuba menenangkan Tuan Choi tetapi semakin berasap kepala daddynya itu.

"Calmdownhaeyo kepala ota--"

Dengan kadar segera San mematikan panggilan tersebut. Tidak mahu dia, telinganya menjadi mangsa bebelan Tuan Choi. Dia lebih rela mendengar bebelan Puan Choi sebab comel katanya bila tengok mummynya marah. Kalau daddynya marah, dikatanya macam kingkong mengamuk.






˗ˏˋ꒰ to be continued ❀꒱
Nakal juga budak bernama Choi San ni😌

Du hast das Ende der veröffentlichten Teile erreicht.

⏰ Letzte Aktualisierung: Mar 16 ⏰

Füge diese Geschichte zu deiner Bibliothek hinzu, um über neue Kapitel informiert zu werden!

(SU) 𝑷𝒍𝒆𝒂𝒔𝒆 𝒇𝒐𝒓𝒈𝒊𝒗𝒆 𝒎𝒆 || 𝑪𝒉𝒐𝒊 𝑺𝒂𝒏Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt