⇢ ˗ˏˋ 03 ࿐ྂ

64 10 8
                                    

˗ˏˋ꒰ 𝙥𝙡𝙚𝙖𝙨𝙚 𝙛𝙤𝙧𝙜𝙞𝙫𝙚 𝙢𝙚 ❀ ꒱

˗ˏˋ꒰ 𝙥𝙡𝙚𝙖𝙨𝙚 𝙛𝙤𝙧𝙜𝙞𝙫𝙚 𝙢𝙚 ❀ ꒱

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Biar aku ja yang bertanggungjawab atas kandungan tu." Ucap Yeosang rakan baik Hisu dari sejak kecil lagi.

Hisu terkejut dengan pernyataan yang keluar dari mulut lelaki itu.

"Kau gila kah? Aku tak nak libatkan sesiapa dalam masalah aku ni terutamanya engkau. Nanti kalau kau bertanggungjawab macam mana dengan masa depan kau? Dengan study kau lagi. Kalau kau kahwin dengan aku macam mana kau nak bahagikan masa belajar kau dengan nak urus rumah tangga lagi? Aku tak nak susahkan kau Yeo, kau dah banyak tolong aku dan aku tak nak jadi penghalang kau untuk kejar cita-cita kau."

Yeosang sudah banyak membantu dari sejak pertama kali mereka berkawan sehinggalah sekarang. Hisu tidak mahu lelaki itu membuang waktu untuk membantunya lagi-lagi yang meibatkan masa depan lelaki itu sendiri.

"Tapi Su, aku tulus nak tolong kau. Aku tak sanggup nak tengok kau kena kurung atau kena pukul dengan ayah kau kalau dia tahu perkara ni."

Dia bukan tidak tahu sikap ayah Hisu bagaimana, semuanya dia mahu kesempurnaan. Kalau Hisu membuat satu kesalahan saja, pasti Hisu akan kena. Kalau Hisu berkahwin dengannya, gadis itu dapatlah juga keluar dari kehidupan yang serba mahu sempurna itu.

"Pasal study tu aku boleh bahagikan masa aku, kau jangan risau."

"Tapi Yeo-"

"Tapi apa lagi Su?"

"Tapi kau mana cintakkan aku pun. Takkan kau nak kahwin dengan yeoja yang kau tak cinta?!" Lalu dijentiknya dahi lelaki itu dengan kuat. Yang dijentik itu pula sudah beraduh kesakitan.

"Aish aku suka kau lah bodo, takkan kau tak nampak lagi?!"

Membulat mata Hisu mendengar luahan perasaan yang tidak sengaja Yeosang katakan itu. Sedarkan akan hal itu Yeosang tergamam, tidak tahu mahu berbuat apa.

"Aduhh terlepas cakap pula aishh tak guna betullah mulut ni!"

"Kau ulang balik apa kau cakap tadi?"

"A-aku memain ja lah," tipu Yeosang tetapi wajahnya itu tidak dapat menipu Hisu.

"Kau tak payah nak menipu aku eh muka kau tu dah macam tomato dah." Berkelip-kelip mata Yeosang setelah melihat Hisu mengetawakannya.

Setelah puas mengetawakan Yeosang, Hisu memandang semula ke arah rakannya itu.

"Betul ni kau nak kahwin dengan aku?"

"Kau sanggup terima anak dalam kandungan ni?"

"Dan kau sanggup terima perempuan ko-"

"Ya aku sanggup, aku janji aku akan jaga kau dan aku janji aku akan anggap anak dalam kandungan tu macam anak aku sendiri dan aku janji aku akan jadi suami yang terbaik untuk kau. Aku berharap kau pun boleh terima aku sebagai pasangan hidup kau."

Rasa mahu menangis pula Hisu mendengar kata-kata lelaki itu. Dia betul-betul berasa terharu dan dalam masa yang sama dia berasa bersyukur kerana mempunyai rakan baik sebaik Yeosang. Tiba-tiba dia berasa dirinya tidak layak untuk menjadi pasangan hidup lelaki dihadapannya ini kerana Yeosang bagai bidadara yang sangat baik sedangkan dia hanya seorang pendosa.

"Gomawo, sebab selalu ada dengan aku susah senang kau ada ja dengan aku, terima kasih sangat sebab dah terima perempuan kot-"

"Eyy jangan cakap macam tu lah." Yeosang memintas percakapan gadis itu kerana dia tidak mahu Hisu menganggap dirinya itu kotor, dia tidak suka. Lantas dia menyuruh gadis itu menghadapnya dan mengambil kedua belah tangan kecil itu lalu digenggamnya erat sebelum dia memandang tepat pada mata Hisu yang sudah menjadi kemerahan kerana menahan air matanya dari keluar.

"Setiap manusia pasti akan buat kesalahan, tiada yang sempurna di muka bumi ni Su. Kau janganlah salahkan diri kau atas apa yang berlaku ni, kalau ni yang sudah tertulis dalam cerita hidup kau, kau kena laluinya dengan kuat dan bukannya buat tindakan yang tidak waras. Aku bangga dengan kau sebab buat keputusan untuk tak gugurkan kandungan. Jadi, marilah kita jaga baby ni sama-sama okay?"

Hisu mengangguk dan air matanya yang ditahan tadi akhirnya membasahi pipinya.
Lantas Yeosang menarik Hisu ke dalam dakapannya, lalu di tepuk-tepuknya belakang gadis itu untuk menanganinya.









˗ˏˋ꒰ to be continued ❀꒱ 

(SU) 𝑷𝒍𝒆𝒂𝒔𝒆 𝒇𝒐𝒓𝒈𝒊𝒗𝒆 𝒎𝒆 || 𝑪𝒉𝒐𝒊 𝑺𝒂𝒏Where stories live. Discover now