⇢ ˗ˏˋ 05 ࿐ྂ

63 9 14
                                    

˗ˏˋ꒰ 𝙥𝙡𝙚𝙖𝙨𝙚 𝙛𝙤𝙧𝙜𝙞𝙫𝙚 𝙢𝙚 ❀ ꒱

10 tahun pun berlalu, selepas kejadian tersebut Hisu tidak pernah lagi menjejakkan kakinya ke rumah orang tuanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


10 tahun pun berlalu, selepas kejadian tersebut Hisu tidak pernah lagi menjejakkan kakinya ke rumah orang tuanya. Dia bukan tidak mahu datang berjumpa dengan orang tuanya itu, dia cuma berasa tidak layak untuk bertemu dengan mereka lagi-lagi bila dia sendiri yang angkat kaki dari rumah tersebut.

Jadi, dia hanya memerhatikan eomma dan appanya dari jauh saja untuk melepaskan rindunya pada mereka berdua.

Selepas dia keluar dari rumah keluarganya, dia dan Yeosang berkahwin. Walaupun perkahwinan mereka tidak direstui keluarga, tetapi dia tetap berasa bahagia bersama Yeosang walaupun banyak cabaran yang mereka harungi lebih-lebih lagi mereka berkahwin pada usia yang muda memang ada pasang surut berlaku dalam hubungan mereka.

"Sayang! Saya pergi kerja dulu. I love you!"

Melihat si isteri tidak memberi sebarang respon, lagi sekali dia mengulangi ucapannya.

"Sayang, saya cakap i love you balaslah!" laungnya yang berada di depan pintu keluar. Selagi isterinya tidak membalas ucapannya itu selagi itu dia tak pergi kerja.

"Okay bye, hati-hati bawa kereta tu!" balas Hisu sambil menahan ketawa. Sengaja dia tidak mahu membalas ucapan suaminya itu sengaja mahu mengusiknya.

Selesai saja dia mencuci pinggan mangkuk, niatnya yang hendak ke ruang tamu tidak jadi kerana melihat suaminya berdiri di belakangnya sedang menayangkan mulut muncungnya dengan wajahnya yang masam mencuka sambil memeluk tubuh.

"Astaga awak kenapa tak pergi lagi? Nanti lambat nak sampai, apa pula guru lain cakap nanti."

Dahi Hisu ditunjalnya.

Cita-cita yang selama ini Yeosang kejar untuk menjadi seorang pendidik sudah tercapai. Sekarang ini dia merupakan guru matematik dan pendidikan jasmani di sekolah Chuseong Primary School.

"Awak tak balas pun i love you saya."

"Eh main-main tunjal dahi orang lak. Saya dah balas lah tadi. Awak yang tak dengar kot," usik Hisu lalu pergi ke ruang tamu.

Baru saja Yeosang ingin bersuara semula ada budak kecil berusia sepuluh tahun datang kepadanya.

"Appa! Bila lagi kita nak gi sekolah ni. Nanti lambat lah Jaewon masuk kelas dahlah first subjek Miss Yoo yang garang tu." Bebelnya kepada ayahnya itu. Dia tadi bukan main lama menunggu ayahnya di kereta, ingat mahu datang awal ke sekolah sekali tengok ayahnya pula yang melambatkan masa.

"Eh budak ni orang nak bersweet sweet dengan eomma dia pun tak boleh, ha jom lahㅡeh jap mana Yeonsu?"

Yeosang mencari anak perempuannya. Beza umur Jaewon dengan Yeonsu hanya setahu saja. Jaewon adalah abang, Yeonsu adalah adik.

"Yeonsu dah lama masuk kereta. Nak tunggu appa? Lambat lagi," kata Jaewon sambil menjeling ayahnya lalu keluar meninggalkan ayahnya dan masuk ke dalam kereta.

"Kita pula yang salah?"

Hisu tergelak kecil melihat kerenah anak dan suaminya. Hubungan Yeosang dan Jaewon seperti love hate relationship versi ayah dan anak. Ada saja benda yang tidak kena, last-last Yeosang juga yang kena mengalah. Nanti kalau dia tidak mahu mengalah memang dia yang kena cubitan ketam dengan Hisu sebab buat Jaewon menangis.

"Sudahlah tu, baik awak pergi sekarang sebelum Tuan Ko marah awak sebab lambat masuk kerja."

"Awak tak balas i love you saya lagi macam mana saya nak pergi kerja dengan hati yang tak tenang kalau awak tak balas." Inilah seketul Yeosang, mengada mengalahkan perempuan.

"Yelah nado saranghae suamiku, dah cepat gi kerja." balas Hisu lalu mendorong Yeosang ke muka pintu.






˗ˏˋ꒰ to be continued ❀꒱

Next chpter maybe san muncul ya awk² sekalian  <3

Kang Yeosang
as Hisu's husband

Kang Jaewon & Kang Yeonsuas Hisu and Yeosang's child

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kang Jaewon & Kang Yeonsu
as Hisu and Yeosang's child

Kang Jaewon & Kang Yeonsuas Hisu and Yeosang's child

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku main ambik ja gmbr budak ni😭

(SU) 𝑷𝒍𝒆𝒂𝒔𝒆 𝒇𝒐𝒓𝒈𝒊𝒗𝒆 𝒎𝒆 || 𝑪𝒉𝒐𝒊 𝑺𝒂𝒏Where stories live. Discover now