⇢ ˗ˏˋ 06 ࿐ྂ

59 9 10
                                    

˗ˏˋ꒰ 𝙥𝙡𝙚𝙖𝙨𝙚 𝙛𝙤𝙧𝙜𝙞𝙫𝙚 𝙢𝙚 ❀ ꒱

Seorang lelaki kacak berwajah seperti kacukan arab yang disangkakan orang ramai tetapi sebenarnya dia sepenuhnya warganegara korea yang tulin itu sedang dilanda kerisauan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seorang lelaki kacak berwajah seperti kacukan arab yang disangkakan orang ramai tetapi sebenarnya dia sepenuhnya warganegara korea yang tulin itu sedang dilanda kerisauan.

Dia, Jung Wooyoung. Bekerja di syarikat The Choi's Mobile Media dan merupakan setiausaha kepada director syarikat tersebut iaitu San kawan baiknya sendiri.

"Aduh mana pula kau ni, kalau nak buat hal jangan hari ni. Buat hari lain. Aduh mati aku kena soal dengan Tuan Choi nanti. Haish angkatlah Choi San?!" ujarnya lalu menghubungi semula San sambil berjalan mundar-mandir.

Risau dia kalau-kalau San tidak masuk hari ini, sudahlah hari ni hari yang penting dia boleh pula tidak datang.

Selang beberapa minit datang seorang gadis berpakaian blouse putih berlengan panjang dengan dipadankan dengan pantsuits ungu sambil menjinjing beg tangan putihnya menghampiri Wooyoung.

"Mana San?" Wooyoung hanya diam dan masih berusaha menelefon San.

"Jangan cakap dia belum datang lagi," kata gadis itu.

"Haishh gunung tu kalau aku dapat dah lama kena sula bontot dia guna kayu, hari penting macam ni boleh pula diaㅡ Woih!" Belum sempat gadis itu selesai membebel, Wooyoung menarik tangannya lalu di bawanya menuju ke parking lot.

"Kalau kau nak membebel, simpan dulu niat kau tu. Kita pergi rumah San angkut dia, aku rasa mamat tu terlajak tidur atau memang sengaja tak nak turun office."

"Kalau ya pun tak payah tarik aku Young! Sakit kaki aku dah lah aku guna heels ni," rungut gadis itu dan Wooyoung tiba-tiba berhenti lalu menyuruh gadis itu menangkalkan heelsnya.

"Buat apa pula nak tanggalkan? Nak suruh aku berkaki ayam berlari? No no no jatuh reputasi aku sebagai chairman Art Centre," bantahnya sambil menggelengkan kepalanya.

"Buka ja lah kalau tak nak kaki kau sakit wahai Cik Sua."

"Tak nak lah." Dia lebih rela kakinya sakit daripada reputasinya tercemar.

Wooyoung mengeluh lalu menanggalkan heels tersebut, setelah itu lantas Sua dicempungnya.

"Woihh turunkan aku lah!"

"Boleh tolong diam tak? Aku tak ada masa nak layan kau ni. Sesi pemilihan tu tak lama lagi nak mula tau, San pulaㅡ haishh San buat hal betul lah!" ujarnya lalu berlari sambil mencempung Sua.

Sua pula hanya menahan malu kerana ramai pekerja disitu memandang mereka. Habislah dia, mana nak letak muka dia nanti.

"Tak guna kau young, ni lagi buat reputasi aku jatuh ni. Dah lah semua pandang malu lah siak."

____

San bangun dari tidurnya lalu mengeliat sambil menyapu rambutnya ke belakang. Jam di dinding dilihatnya.

"Awal lagi ni baru pukul 8 pagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Awal lagi ni baru pukul 8 pagi."  Katanya, padahal dia sudah lambat.

Hari ini adalah hari pemilihan CEO baru. Jawatan tersebut ketika ini dipegang oleh Choi Jongcheol iaitu ayah kepada San. Disebabkan ayahnya mahu besara lebih awal, dia memutuskan untuk mengadakan sesi pemilihan ceo yang baru yang boleh menggantikannya, dan San termasuk dalam calon pemilihan tersebut.

"San! Bangun woih! Hari ni pemilihan tu lah."

Wooyoung merempuh masuk ke dalam bilik San. Niat San Yang mahu menyambung tidur semula tidak jadi akibat lelaki itu. Dipandangnya Wooyoung dengan pandangan blur sebelum matanya beralih ke arah Sua.

"Minah senget ni buat apa kat rumah aku," ujarnya sambil bangun dari pembaringannya.

Sua yang naik angin kerana dipanggil minah senget itu mengetap giginya dan lantas menghampiri sepupunya itu. Setelah itu dicubitnya lengan San dengan kuat untuk melepaskan geramnya.

"Minah senget kau kata, kau tahu tak kau ni dah lambat. Macam ni kah sikap bakal ceo?"

"Aku tak nak lah jawatan tu, banyak beban aku akan pikul nanti. Jadi director pun dah banyak kerja apatah lagi Ceo. Tak nak lah aku," ujar San merebahkan badan semula di katil.

"At least kau datanglah, kalau kau terpilih kau tarik diri ja tak pun kau bagi kat Haneul noona, dia pun dalan senarai calon juga kan. Apa susahnya?" Nasihat Wooyoung pula. San merengus geram lalu menjeling Wooyoung.

"Haish yelah yelah."

"Ada gak aku cucuk mata tu kang," sampuk Sua pula.

"Kau diam! Dah keluar dari bilik aku, aku nak bersiap!"














˗ˏˋ꒰ to be continued ❀꒱

Jung Wooyoung
as San's bestfriend & secretary

Lee Suaas San's cousin & Chairman of The Choi's Art Centre

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lee Sua
as San's cousin & Chairman of The Choi's Art Centre

Lee Suaas San's cousin & Chairman of The Choi's Art Centre

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
(SU) 𝑷𝒍𝒆𝒂𝒔𝒆 𝒇𝒐𝒓𝒈𝒊𝒗𝒆 𝒎𝒆 || 𝑪𝒉𝒐𝒊 𝑺𝒂𝒏Where stories live. Discover now