2

2.1K 82 23
                                    

Enjin kereta dimatikan. Lelaki pertengahan 20-an itu mengambil beg bimbitnya dan keluar dari kereta. Sewaktu menolak daun pintu, dia menguap. Hari ini dia betul-betul keletihan; ada sedikit masalah di tapak perlombongan sampaikan makan tengah hari pun tak sempat.

Dia terus ke dapur, menuang segelas air sejuk untuk membasahkan kerongkong sambil matanya membelek apa yang ada di dalam peti sejuk. Dikeluarkan dua tongkol jagung dan kepingan dada ayam dari peti sejuk, kemudian diletakkan di dalam sinki. Ini bakal menjadi makan malamnya tapi dia mahu mandi membilas badan dahulu. Berlengas.

Tangga didaki penuh malas. Lehernya direnggang ke kiri ke kanan tapi langkahnya mati apabila dia masuk ke bilik dan mendapati seorang gadis asing sedang berbaring di atas katilnya. Tidur.

"What the actual f—"

Carutannya tidak terucap. Beg bimbit diletakkan di atas meja sudut dan dia bersandar di meja tulis, masih memandang gadis itu dengan kening berkerut. Otaknya ligat cuba mengingat, sekiranya dia ada terlupa apa-apa pesanan daripada Raazi. Yakin dia tidak terlepas maklumat, telefon bimbitnya dikeluarkan dari kocek seluar.

Nombor Raazi pantas ditekan. Hanya dua deringan dan Raazi sudah menyambutnya. "Mate! Miss me already?" tanya Raazi dengan gelak tawa.

"No. Are you expecting anyone and you didn't tell me?" balas Ben dengan suara mendatar.

Talian diam seketika sebelum Raazi membalas, "What do you mean?"

"I just came home and there's a sheila sleeping on my bed, mate."

Raazi terus ketawa. "You brought one back yesterday and forgot about her?"

"Save your joke," balas Ben dengan kerutan di dahi. "I don't even know her." Suara Ben mengecil apabila dia perasan gadis itu seperti gelisah di dalam tidurnya.

"Go wake her up and ask. Could she be getting in a wrong house?" teka Raazi.

"Did she break in, or did you give someone your spare key already?" Kening Ben berkerut apabila gadis itu seperti merintih. "Wait, I think she's... dreaming."

Raazi ketawa lagi. "Wet dreams?"

Ben tahu Raazi cuma bergurau tapi gurauan itu mengena kali ini. "I don't know, but it doesn't seem pleasant."

"How is sex not pleasant? The only way to make it unpleasant is if she's being rap—"

Ben memotong percakapan kawannya itu. "I think she's waking up. I'll talk to you later." Tanpa menunggu respon Raazi, Ben terus mematikan telefon. Matanya sesaat pun tidak lekang daripada memerhatikan setiap gerak tubuh gadis yang masih resah di atas katilnya.

Ya, perlakuan gadis itu mengelirukan. Kedua tapak tangannya menggenggam-genggam cadar, kemudian dilepaskan. Hujung jari kaki dan lututnya juga sedikit membengkok. Gadis itu merintih lagi dengan dada yang turun naik, tapi Ben tidak pasti ia rintihan kenikmatan atau ketakutan. Sekali sekala kepalanya digelengkan sedikit sambil bibir terkumat-kamit perkataan yang tak jelas terucap.

Dan tiba-tiba mata gadis itu terbuka luas dan dia menghela nafas kuat di mulut. Seketika dia hanya memandang siling, sebelum menoleh ke tepi dan ternampakkan Ben yang menanti dari tadi.

Inara bingkas bangun dan menjerit ketakutan, merapatkan dirinya ke dinding dan menarik lutut ke dada. "Who are you?! How'd you get in here?!" Tangannya meraba-raba di dalam selimut, mungkin refleks mencari sesuatu untuk mempertahankan dirinya jika lelaki asing itu mendekat.

Ben masih tenang duduk di meja tulis. "Woman. I should be the one asking you that. Who are you and what are you doing in my room?"

Walaupun masih cuak, Inara cuba stabilkan detak jantungnya dengan menggenggam-genggamkan penumbuk di sebalik selimut itu. Habit juga. "How is this your room? This is my boyfriend's house," balas Inara, tetap yakin ini rumah Raazi.

Jawapan balasnya itu mengundang kerutan di antara kening Ben. "Boyfriend? Ray is your boyfriend?" Dan kemudian lelaki itu mengeluh keras, seakan tak percaya, sebelum mengeluarkan kembali telefon bimbit dan mendail semula nombor Raazi.

"Mate, my gig is starting. I have—"

"Your girlfriend is here," potong Ben sebaik panggilan itu diangkat.

Mendengarkan sebaris ayat itu, Inara terus mengangkat kening. "Is that Raazi?"

Ada jeda di antara mereka sebelum Raazi menyoal kembali dari corong telefon, tidak mendengarkan suara Inara, "Girlfriend?? Wait a minute. Since when did—"

"Can I talk to him?" pinta Inara lalu turun dari katil.

Ben menjeling tak puas hati tanda 'tidak boleh' dan pusing membelakangkannya. "You have some serious explaining to do, mate."

"I don't have any! You know I would tell you if—"

Inara tahu mungkin ini saja peluangnya untuk bercakap dengan Raazi. Dia terus mara dan mengambil telefon bimbit yang ditekapkan di telinga Ben itu dari belakangnya. Lelaki itu terkejut dan menoleh semula menghadap Inara tetapi gadis itu cepat-cepat melangkah setapak ke belakang sambil membisik penuh pengharapan, "Raazi?"

Kalau diikutkan hati, mahu saja Ben merampas kembali telefon bimbitnya itu. Biadap sungguh gadis itu di pendapatnya. Tapi sebaik mendengarkan suara kecil Inara memanggil Raazi seakan ketakutan, dia matikan niatnya untuk mendekat.

"Nara??" sahut Raazi, terkejut. "Babe, what are you doing there? You're not supposed to come over until next week?"

Inara lega kerana Raazi cam suaranya. "Are you on tour? I dah cuba contact you tapi tak dapat. You tukar nombor ke?" Inara menukar bahasa perbualannya bersama Raazi agar Ben tidak memahami percakapannya.

"Yes, I'm on tour until Friday. I lost my phone two days ago and using a disposable one right now. What makes you come one week earlier?" Raazi masih sempat bertanya walaupun sudah digesa pemain gitarnya untuk kembali ke gig. Dia mengangkat satu jari; seminit.

"Panjang ceritanya. Bukan sengaja tapi I terpaksa. Habis sekarang macam mana? Dia ni siapa? Kawan serumah you ke?" tanya Inara perlahan dan menundukkan wajah sedikit apabila perasan Ben masih memerhatikannya dari tadi.

"That's my mate, Benjamin. He's staying for the week. He's supposed to leave this weekend, and you come over. No overlap," jawab Raazi.

"Dia garanglah," ucap Inara lebih perlahan. "Selamat ke I duduk sini? Atau you rasa lebih baik I cari tempat lain sampai you balik? Any recommendation?"

Soalan Inara itu dibalas tawa oleh Raazi. "You're safe, babe. Don't worry. He's gay. Dia nampak saja besar dan kasar, tapi he's a really good guy at heart."

"He's what?" Inara tak mendengar apa-apa selepas perkataan gay. Refleks, anak matanya menuju kembali ke wajah kacak Ben. Lelaki itu sedang merenung bagasi asing milik Inara dengan kening berkerut seribu.

Inara mengambil peluang untuk memerhatikan segenap wajah dan tubuhnya. Ya, Ben punya ciri-ciri tipikal lelaki songsang. Apabila Ben kembali memandangnya, Inara cepat-cepat berkalih.

"Look, I really have to go. I'll text you with my new number later. Try negotiating with him nicely," cadang Raazi.

"But—"

Telefon bimbit itu sudah dirampas kembali oleh Ben. Sakit hatinya tak boleh dibawa berbincang lagi. Raazi yang disangka masih di corong terus dimarahinya, "Okay, enough with secret conversation. What the f—"

"He hung up," bisik Inara, sebaik Ben juga perasankan nada talian yang sudah kosong. Dia mengeluh keras dan memandang Inara.

"Great. What do I do with you now?" ugut Ben sambil sebelah tangannya melonggarkan tali pinggang.

***
A/N: hahaha okay 3 main karakter kita dah keluar, korang ship siapa?😂

D.I.D: Dinara Inez DimitriWhere stories live. Discover now