10

1.8K 77 11
                                    

Sepanjang pagi, hingga tengah hari, Raazi cuba menghubungi Inara tapi tetap juga tidak berjaya. Semua mesej yang dihantar juga cuma satu tanda. Terpaksalah dihubungi Ben walaupun dia tahu pertanyaannya tentang Inara takkan dijawab dengan baik.

Sebaik mematikan panggilan telefon bersama Ben, Raazi jadi tak tentu arah. Apa maksud lelaki itu? Mungkinkah Ben hanya bergurau kasar dengannya? Tak mungkin Ben meniduri Inara kan?

Ya, yang ingin kembali ke pangkal fitrah itu dia, bukan Ben. Tak pernah sekalipun sepanjang mereka berkawan sehingga bercinta, Ben menunjukkan minat pada wanita.

Ya, Ben kacak dan mempunyai peminatnya tersendiri, baik lelaki mahupun perempuan. Tapi dia tidak pernah peduli tentang semua perhatian yang diterimanya.

Mungkin sebab itu, Raazi tak pernah mengesyaki Ben akan sesekali curang padanya. Mengenali lelaki itu, dia yakin Ben seorang pencinta setia. Tapi licik akalnya tidak juga boleh dibuat main. Kalau Ben mahu, dia boleh mempermainkan sesiapa saja, jauh lebih hebat daripada seorang kasanova atau 'fuckboy'.

Sepanjang raptai persembahan dan semakan audio visual petang itu, hati Raazi asyik merasakan seperti ada yang tak kena. Fikirannya juga asyik melayang terbayangkan Inara dan Ben berduaan di rumahnya. Sesekali, dia jadi geram pula. Kenapa Inara datang seminggu lebih awal?

Kalau dia tahu akan jadi begini, pasti dia tidak bersetuju agar gig mereka ditambah untuk 2 malam persembahan. Kalau tak, malam ini juga dia sudah boleh bertolak pulang.

Alasannya bersetuju tempoh hari adalah kerana Ben menetap di rumahnya selama 2 minggu. Difikirnya, dapatlah dia mengelak daripada berterusan bertembung dengan bekas kekasihnya itu. Sejujurnya, dia masih sedikit kekok dengan persahabatan mereka kerana Raazi sudah pernah mempunyai kekasih wanita selepas Ben, tapi lelaki itu masih juga tidak bercinta dengan sesiapa.

Terfikir juga sekiranya Ben masih belum menerima perpisahan mereka sepenuhnya. Masih berharapkah Ben pada Raazi?

"Ray, your girl is here!" jerit pemain gitar tak jauh daripada Raazi. Fikirannya kembali ke bandar ini, gig ini, wanita ini.

Roze terus menghampiri Raazi. Gadis itu dikenalinya sewaktu baru tiba di bandar ini beberapa hari lepas tetapi perhubungan mereka cepat berputik. Roze, gadis lemah lembut di mata khalayak, bertukar penggoda di ranjang apabila mabuk. Masakan Raazi dapat menepisnya?

"Hey..." sapa Raazi sebaik Roze duduk di ribanya. "What brings you here?"

"I miss you," bisik Roze lalu mengucup hidung Raazi. "You didn't come over last night."

Raazi tersengih. "Yeah, the gig ended late. We had encore. I went back straight afterwards and passed out."

Roze memuncungkan bibir. "You could have come straight to my place. We could have passed out together."

Mendengarkan usikan Roze, Raazi terus tersenyum sumbing. Mungkin dia masih belum sepenuhnya kembali kepada fitrah, tapi sekurang-kurangnya dia sudah tahu nikmatnya meniduri seorang wanita. Dan dia sukakannya.

Roze bukan wanita pertama. Sejak berpisah dengan Ben, dia banyak bereksperimen untuk menambah pengalaman. Setiap kali gig di mana-mana, pasti ada seorang pendampingnya. Dan untuk bandar ini, gig ini, Roze ialah wanitanya.

"We could pass out together later tonight," bisik Raazi lalu mengucup tepi telinga Roze. Gadis itu tertawa kecil dan mengucup bibir Raazi sebelum membiarkan lelaki itu sambung dengan raptainya.

Petang itu, di rumah Raazi, Inara berbaring di sofa lantaran kepalanya yang terasa semakin berat. Tapi sepanjang dia di dapur untuk menyusun barang dapur yang dibeli ke dalam peti sejuk dan pantri tadi, otaknya tak berhenti memutar perbualan bersama tetamu asing.

Siapakah dia? Sekiranya dia tahu tentang kisah lampau Raazi dan Ben, bermakna dia berkawan rapat dengan mereka berdua juga? Atau cuma kenalan Raazi, kerana dia datang ke sini mencari Raazi?

"Tak kisahlah apa kaitan diorang, tapi boleh percaya ke apa yang dia cakap tu?" Inez bermonolog sendirian. "Macam mencurigakan je."

Inara buat tak endah saja kerana fikirannya sudah penat mencari jawapan. Dirasa dahi dan lehernya; sudah berembun peluh. Tubuhnya mula menggigil kesejukan walaupun kulitnya panas berbahang.

"Kau demam ke?" tanya Inez.

Inara mengangguk kepala sebelum menyelesakan diri di atas sofa itu. Fikirnya, demamnya ini gara-gara terlampau letih dan perubahan cuaca. Mungkin dengan melenakan diri sebentar dapat mengurangkan sakitnya.

Tapi dari petang sampailah malam, Inara tak bangun-bangun.

Ben pula makan malam di luar dahulu sebelum pulang. Dia malas memasak hari ini. Dan hakikatnya dia rasa agak kekok untuk pulang ke rumah Raazi. Kata-kata Raazi terngiang-ngiang, meletakkan dia di posisi yang tak masuk akal. Wajarkah dia, sebagai bekas kekasih Raazi, tolong menjagakan Inara, gadis yang disukai Raazi itu, untuk Raazi, bekas cinta hatinya? Tak masuk akal.

Tapi terlintas juga tentang drama identiti yang dia rungkai malam tadi. Ben yakin nama sebenar Inara bukanlah Nara tapi Inez. Ben pasti Inara dalam diam mempermainkan Raazi, tapi untuk kepentingan apa? Budaya catfish memang berleluasa berdekad lamanya tapi takkan Raazi sebodoh ini?

Ah, Ben semakin serabut. Mahu diselamatkan Raazi, tapi lelaki itu sudah tidak mencintainya. Mahu dibiarkan Raazi, dia pula yang tak sanggup. Walau apapun terjadi, Raazi tetap sahabat baik Ben. Itu prinsipnya. Dan Inez, bersama semua identiti palsunya, bukan siapa-siapa.

Malam itu cuaca sejuk betul. Sewaktu dalam perjalanan pulang, angin kuat sekali. Ben memeluk tubuh sebaik keluar dari kereta untuk masuk ke rumah. Tapi rumah juga sejuk semacam. Tidak dinyalakan pemanaskah? Kenapa rumah bergelap saja?

Di gig, Raazi terfikirkan Inara sewaktu dia ke bilik rehat antara setnya malam itu. Gadis di rumahnya itu masih belum dapat dihubunginya. Tapi ingatan itu terhenti apabila Roze masuk dan mereka mula bercengkerama berkeluh kesah sementara menunggu waktu rehat Raazi tamat.

Ben menyalakan lampu dan suis pemanas. Apabila dia naik ke atas, bilik loteng juga gelap. Inara tidak kelihatan di mana-mana. Panik, Ben menelefon Raazi tapi tidak diangkatnya. Mungkinkah Inara lari dari rumah Raazi?

Dalam pada dia kalut mencari Inara sambil menelefon Raazi yang masih tidak menjawab telefonnya, mata Ben ternampak sesusuk tubuh berbaring lagi di sofa seperti malam tadi. Panggilan telefon dimatikan dan dia menghampiri Inara.

"Nara?"

Apabila panggilannya tidak disahut, Ben mendekat dan melihat rambut gadis itu basah lencun. Dahi dan pelipisnya juga berembun. Kelopak matanya yang tertutup seakan bergerak-gerak juga. Dahi Inara disentuh dengan belakang jari.

"Fuck," hela Ben perlahan. Gadis itu demam panas. Terlalu panas.

D.I.D: Dinara Inez DimitriWhere stories live. Discover now