15

1.9K 101 13
                                    

Inara turun dari bilik loteng malam itu apabila dirinya rasa lebih sihat dari semalam. Sampai bawah tangga, dia menoleh ke dapur yang gelap. Kemudian, Inara menjengah ruang tamu yang malap dan cuma diterangi cahaya komputer riba Ben.

Lelaki itu membelakangkannya dan sedang sibuk menaip-naip sesuatu. Seakan perasan kehadiran Inara di ruang tamu itu, Ben menoleh ke bahunya.

Inara mengukir senyum kecil dan melabuhkan punggung di sofa satu, 90 darjah dari sofa panjang yang diduduki Ben. "Umm. Are you busy? Do you mind if I–"

Belum sempat Inara menghabiskan soalannya, Ben sudah menghulur ke arahnya remote TV. "Nope, I don't. Go on."

Inara mencapai remote TV itu dengan wajah terpinga-pinga. "What??"

Ben yang baru saja kembali menatap skrin komputernya, memandang Inara beberapa saat sambil mengangkat kening. "Go on and watch the tele. I don't mind it."

Oh? Ben fikir Inara ke ruang tamu untuk menonton televisyen?

"You don't mind the noise?" Inara berbasa-basi, cuba mencari ruang dan keberanian untuk menyatakan hasrat sebenarnya.

"No," jawab Ben sepatah, sudah kembali tekun dengan kerjanya.

"But you're working?" Inara masih cuba meneruskan perbualan ringkas mereka, melengahkan Ben daripada terus fokus. Nanti semakin payah pula untuk dia meminta pertolongan.

"Just paperworks," kata Ben tanpa intonasi, tanda dia tak berminat untuk berborak.

"Working on paperworks in a noisy setting?" tanya Inara.

Untuk seketika, ada perasaan rimas yang terbias di wajah Ben. Tapi dia cuba mengawalnya. Wajah Inara dipandangnya. "I work for a mining company, overseeing mining projects, at mining sites. If anything, I'm pretty numb by it. So yes, go ahead and watch your tele. Don't mind me here. Pretend I don't exist."

"Oh." Inara mengangguk-angguk dan menghidupkan televisyen 60 inci yang bergantung di dinding. Kebetulan segmen di skrin memaparkan berita tergempar. Kening Inara terus terangkat dua-dua; takut campur teruja. "Oh, there's warning for blizzards from the meteorologist."

Ben sebaliknya seakan tak kisah dengan makluman itu. "It's pretty common in spring."

Inara tak memberi perhatian kepada Ben sangat kerana mata dan telinganya sibuk mendengar berita yang disampaikan itu. "They warn that this only happens like every 15 to 16 years. It doesn't sound common."

Ben menjeling televisyen seketika, cuba mendengar berita di skrin. "It'll be fine," komennya. "The wind is coming from the Antarctic coast; we're far from there."

"Okay," balas Inara, masih tak berapa faham tentang pengumuman angin kencang merbahaya yang membawa titis salji itu, tapi jika Ben tidak risaukannya, dia tak perlu cemas tentang hal tersebut.

Berita disambung tapi Inara cuma bermain-main dengan hujung jarinya. Dia sedang berkira-kira cara untuk membuka topik tentang kemahuannya. Bagaimana untuk dia memulakannya?

Ben yang awalnya cuba untuk menyambung kerja, perasan Inara yang sepertinya ralit sendiri. "Do you need something?" tanya Ben.

Inara mendongak muka. "What do you mean?"

"I don't think you come down here to pretend to watch tele, let alone the news," tebak Ben, tepat. Inara meneguk liur kerana sudah terkantoi. Ben terus menambah, "What do you want?"

Sedar dia perlu jujur saja sekarang, dia membisik, "I need a favor." Ben menjungkit kening, jadi Inara menambah, "Do you think I can borrow your phone to call Raazi, since you have his number?"

Wajah Ben berubah. "Are you always this desperate?"

"Desperate?" ulang Inara, tersinggung perasaan.

"He's coming back tomorrow, do you really need to call him tonight?" jelas Ben. Perasaan cemburunya cuba dikawal.

Inara tidak mahu memberitahu Ben bahawa panggilan ini yang akan menjadi penentu sama ada dia akan keluar dari rumah ini sebelum Raazi pulang, atau menunggunya.  Yang pasti, dia mahu takdir yang memberikannya satu lagi petunjuk tentang Raazi.

"Yes. I'd like to borrow your phone to call him," kata Inara, tegas. Biarlah sekiranya Ben mahu menganggap perbuatan ini seperti wanita terdesak sekalipun. Yang penting, Inara mahukan jawapan terakhir.

"He won't pick up." Ben sudah tahu kesudahannya.

"I'd still like to try," tegas Inara.

"Suit yourself." Ben menolakkan telefonnya ke arah Inara di atas meja kopi. "Go on. It's not locked; no password, nothing. You'll easily find his name at the call logs."

Inara menarik nafas dalam-dalam dan mencapainya. Nama Ray dicari dalam log panggilan, ditekan dan panggilan berdering. Tapi setelah dicuba 3 kali, tetap tidak berangkat. Inara menghembus nafas.

"I told you so," kata Ben.

"Thanks," balas Inara sepatah. Telefon Ben diletakkan semula ke atas meja. Cepat-cepat dia mematikan televisyen dan naik ke loteng.

Sampai ke bilik, Inara terus mengambil telefon bimbitnya dan menekan nombor telefon Raazi yang dihafalnya dari telefon bimbit Ben tadi. Tapi dia terkejut apabila nama entah siapa yang tertera di skrin telefonnya; tanda nombor itu sudah disimpan atas nama Asha.

Asha?

Inara memadamkan semula semua nombor. Mungkin dia tersalah taip. Inara mencuba sekali lagi susunan digit yang sehabis daya untuk dihafalnya tadi di ruang tamu dalam tempoh seminit. Tapi tetap juga nama Asha yang tertera.

Siapa Asha? Bila masa dia mengenali seseorang dengan nama itu? Tidak banyak nombor telefon yang disimpannya, jadi jika Asha ini betul wujud, Inara pasti tahu identitinya. Tapi dia tidak mengenali sesiapa dengan nama itu, apatah lagi dengan kod operator +61.

Curiga pula dengan pemilik nama Asha itu, Inara tekan butang telefon. Talian mula berdering.

"Nara," panggil Ben dari belakangnya, serentak suara lelaki menjawab di hujung talian, juga memanggil namanya.

* * *

A/N: haha marah betul korang dengan Raazi, sekarang ni masih team #benara ke? Takde team #rayben ke kat sini? Btw i see DID is climbing up ranking in Cinta! Keep it going guys, i nak masuk top 100 sekarang ni target i, make it happen please!

D.I.D: Dinara Inez DimitriWhere stories live. Discover now