17

2.5K 83 5
                                    

Berjam-jam Inara bergayut di telefon malam tadi selepas Raazi habiskan gig-nya yang terakhir. Raazi cuba mendapatkan kepastian tentang apa yang berlaku beberapa hari lepas apabila gadis itu gagal dihubunginya, tapi Inara cuma jelaskan bahawa telefonnya bermasalah, dan kerana dijangkiti Covid, dia lebih banyak tidur dan berehat saja.

"Maknanya I balik esok, tak boleh peluk you la? Sebab you masih kuarantin?" Soalan Raazi dilontar sedikit merajuk.

"Should be my last day," jawab Inara dengan senyum simpul. Jujur, dia tak sabar mahu bertemu empat mata akhirnya dengan jejaka yang sudah diminatinya itu hampir 2 tahun.

Selepas makan tengah hari, Ben duduk di ruang tamu, kembali menghadap komputer ribanya. Inara menawarkan untuk mencuci pinggan mangkuk sebagai tanda menghargai masakan Ben. Lelaki itu yang masih juga diam membisu terhadapnya, hanya mengangguk.

Hari ini Raazi akan pulang. Inara asyik membelek jam, tak pasti pukul berapa lelaki itu akan tiba. Sebelum panggilan dimatikan malam tadi, Raazi cuma berpesan akan tiba esok hari tapi tak pula diberitahu pukul berapa. Jadinya, Inara seperti cacing kepanasan menanti.

Lebih kurang jam 3 petang, ada bunyi siren mengelilingi kawasan perumahan Raazi bersama satu pengumuman yang diulang-ulang. Mungkin kerana loghat Australia yang pekat, Inara cuma mampu terkebil-kebil cuba mendengarkan notis yang diuarkan dengan speaker pembesar suara itu.

Dari kaunter dapur, Inara melihat Ben menggaru-garu kepala lalu mengemas barangnya secara terburu-buru sebelum keluar ke halaman rumah. Hati Inara semakin dicengkam tanda tanya. Habis meneguk air suam di dalam gelas, Inara membilas cawan dan keluar juga.

"What are you doing?" sapa Inara sebaik menghampiri Ben yang sedang menyusun pasu-pasu bunga kecil di halaman rumah Raazi ke dalam satu kotak.

"Didn't you hear the announcement?" balas Ben tanpa mengangkat muka. Apabila Inara cuma diam, Ben bangkit bersama kotak berat di tangan. "Heavy blizzard is expected later tonight. I'm keeping these stuffs into the shed. Otherwise, they'll scatter or disappear in the morning."

"Oh." Inara cuma mampu meluah sepatah. Begitu kuat sekali angin kencang di sini? Ben sudah berjalan meninggalkan Inara yang masih terpinga-pinga di deretan pasu-pasu bunga Raazi.

Apabila Ben kembali bersama kotak yang sudah kosong, Inara turut mencangkung di sebelah lelaki itu dan meniru perlakuan Ben. Mereka bersama-sama menyusun beberapa pasu terakhir ke dalam kotak itu, masih juga bisu tanpa bual bicara. Sebaik selesai, Inara membuka mulut, "Is there anything else that I can help with?"

Ben akhirnya menoleh ke tepi, menatap mata bundar coklat milik Inara. Gadis itu nampak ikhlas mahu membantu, tapi entah kenapa api cemburunya datang semula. Cepat-cepat dihela nafas berat, cuba mengawal diri. "There's a few more pots at that side. You can help with those," balas Ben sambil menunjuk ke arah pokok besar di sebelah rumah Raazi.

Inara mengukir senyum dan bingkas berjalan ke arah yang ditunjuk Ben. Ada beberapa pasu bersaiz sederhana. Inara ambil satu dan mengangkatnya ke bangsal bawah tanah di belakang rumah Raazi. Di dalamnya, Ben sedang mengemas dan menyusun barang-barang.

Terbatuk-batuk Inara sebaik menuruni tangga ke dalam ruang yang agak gelap itu. Dengan mata terpejam-pejam, dia menuju ke arah Ben yang berdiri tak jauh daripadanya.

"Careful!" jerit Ben yang sudah berlari untuk menghadang kepala Inara daripada terhantukkan siling bangsal itu yang rendah.

"Oh!" Inara tergamam lagi. Ben sudah berdiri di tangga itu betul-betul di hadapannya. Sebelah tapak tangan Ben sudah diangkat menutup bucu di depan dahi Inara. Sebelah lagi tangannya menahan di tepi pinggang Inara.

"The stair is steep, and this opening is dangerous if you're not careful. Just bring the pots outside. I'll carry them in," kata Ben.

"Thanks but I can do it. I'll be careful," balas Inara sambil menghulurkan pasu di tangannya. Sama seperti seharian ini, Ben hanya mengangguk tanda bersetuju.

Selesai membawa semua pasu dari pokok besar ke hadapan bangsal, Inara turun perlahan-lahan ke dalam ruang gelap itu. Dia jakun. Seumur hidupnya, dia tak pernah berada dalam ruangan bawah tanah sebegini.

"Is the blizzard that bad?" Inara berbasa-basi sambil menemankan Ben membetulkan satu lampu gantung yang tidak berfungsi. Ruang itu semakin gelap apabila matahari di luar juga semakin terbenam.

"Depends. But we do this, just to be safe. Especially when they already put out the announcement like that," jawab Ben. "Keep the light straight please," tambahnya apabila lampu suluh yang dipegang Inara sudah beralih arah.

"Oh, sorry!" Lampu kembali dihalakan ke perumah mentol. Sedar Ben sudah kembali khusyuk, Inara membuka topik. "Raazi is coming home today. Did you know about it?"

Ada sinar cemburu di mata Ben, membuatkan hati Inara berdebar tiba-tiba. Dengan keluhan berat, Ben menjawab, "He's not excited to see me. Why would he tell me?"

Inara mengemam bibir bawah. "Look. I don't know if things would get even more awkward later when he arrives, but—"

"Nothing would happen. I'd told you, I'd stay out of it," potong Ben. "I'll leave first thing tomorrow morning. Just bear with me one more night."

Mata mereka bertentang untuk beberapa saat. Ruang itu hening.

"Take good care of Ray for me," tambah Ben.

"Thanks for letting me share the room with you," balas Inara. "You helped me a lot. I owe you, Ben. Whenever you're in Malaysia and in need of something, just let me know."

Ben mengetap rahangnya, cuba menahan senyum kecil yang mahu terukir sendiri apabila mendengarkan tawaran Inara. "Be careful. I might take up on that help."

Intonasi Ben yang kini kedengaran kurang dingin, membuatkan Inara lega lalu tertawa kecil. "As long as it doesn't involve killing someone, or robbing the bank, I'm down for it."

"You'll regret this," usik Ben dengan senyum tersirat.

"Like how? Are you going to kidnap someone and need a place to keep her?" tanya Inara dalam tawa gurau. Hatinya mula rasa ringan dan ceria.

"I don't know. Maybe I'd kidnap you and keep you at my place instead," balas Ben tanpa senyum di bibir. Gelak tawa Inara termati perlahan-lahan apabila mata mereka berterusan bertentangan. "Unfortunately you're not my type," tambah Ben sebelum terhambur ketawa.

"Ben! You!" Inara turut sama tergelak lalu mencepuk lengan lelaki itu yang masih tertawakannya. "Stop it!"

"Should've seen your face!" kata Ben. "I'm not sure if I'm more humoured that you'd think I'd kidnap you, or the second you're reminded that you're not my type. Both are equally hilarious."

"Stop laughing at me!" marah Inara dalam tawa sambil memukul lengan Ben lagi.

"Having that much fun?" tegur satu suara, serentak Ben dan Inara menoleh. Riak wajah mereka berubah. Senyum Inara melebar, berbanding tawa Ben yang memudar.

"Raazi!" jerit Inara kegirangan dan mahu berlari ke arah lelaki itu, sebelum lengannya dipegang.

"Don't," bisik Ben.

Du hast das Ende der veröffentlichten Teile erreicht.

⏰ Letzte Aktualisierung: Jul 11, 2023 ⏰

Füge diese Geschichte zu deiner Bibliothek hinzu, um über neue Kapitel informiert zu werden!

D.I.D: Dinara Inez DimitriWo Geschichten leben. Entdecke jetzt