Bab 4

47 6 0
                                    

"Zayden!"

Zayden yang tadi nya sedang menari bersama Diana terus berhenti. Dia memandang bonda nya yang berlari ke arah nya.

"Kenapa Bonda?" Soal Zayden apabila melihat air mata Harline

"Ayahanda... ayahanda kena serangan jantung. Ayahanda nak jumpa dengan kamu"

Kata kata Harline mengejutkan Zayden. Pegangan tangan nya pada pinggang Diana dilepaskan dan terus berlari ke bilik Tunku Zain.

Zayden merempuh masuk bilik ayahanda nya. Tubuh ayahanda yang terbaring di katil membuat kan dia risau.

"Ayahanda" Zayden mengambil tempat di sebelah Tunku Zain

Tangan Tunku Zain dipegang erat. Sesekali tangan ayahanda nya dikucup penuh kasih.

"Ayahanda.. Kenapa boleh jadi macam ni? Bagitahu Zayden"

Tunku Zain tersenyum nipis melihat anak nya. Anak yang dia sangat sayang. Anak yang sanggup dia korban kan darjat tertinggi nya melutut di depan musuh, demi mendapat keamanan untuk generasi anak nya ini.

Tapi dia silap..

Syarat yang di terima nya akan menghancurkan Elgarien di masa akan datang.

"Zayden, dengar cakap ayahanda... Pergi ke bilik ayahanda dan tengok semua benda yang berada dalam laci."

Berkerut dahi Zayden mendengar   kata kata Tunku Zain. Setahu nya, sejak dari dia kecil lagi Tunku Zain menghalang sesiapa saja dari masuk bilik itu.

"Jadi raja yang bertanggung jawab dan kuat untuk Elgarien. Ayahanda tahu, Zayden mampu untuk menjaga Elgarien lebih dari ayahanda pernah buat"

Zayden melihat Tunku Zain cuba mengawal nafas supaya teratur. Keadaan Tunku Zain nampak tenat.

Macam mana? Bukankah semalam ayahanda nya itu masih sihat.

"Ayahanda... bertahan okay."

"Magi-.. cal. Town. Skyland..."

Zayden melihat nafas Tunku Zayden mula tersekat sekat.

Zayden mendekat kan mulut nya pada telinga Tunku Zain...."Allah"

"Ikut Zayden ayahanda"

"Allah"

"Allah" Ucap Tunku Zain sebelum mata nya perlahan lahan tertutup

Zayden menundukkan kepala nya.Tangan Tunku Zain dicium lama sebelum air mata nya jatuh membasahi pipi.

"Allahuakbar.. Abang!"

Zayden memberi ruang pada Harline untuk duduk di sebelah Tunku Zain.

"Abang, Harline ni.. Abang cakap  abang tak nak tinggal kan Harline."

Zayden menggemgam tangan nya berbentuk penumbuk. Melihat tubuh Tunku Zain yang terbaring kaku dan Harline yang menangis teresak esak, membuat hati nya sakit.

Zayden perasan ketika ayahanda tenat tadi, wajah Tunku Zain menimbul kan urat. Mata nya memerah dan berair.

Dan dia teringat kata kata Tunku Zain.

"Magical town? Skyland?"

Zayden memeluk tubuh Harline. Dahi bonda nya dikucup. "Zayden ada dengan bonda. Zayden keluar kejap. uruskan majlis tu."

Zayden memandang  sekilas Tunku Zain yang sudah tidak bernyawa sebelum dia berjalan keluar.

Tiba sahaja di dewan. Dia melihat rakyat Elgarien menunggu ketibaan nya..Begitu juga dengan Diana.

Diana perasan mata Zayden yang bertakung dengan air mata.

"Zayden? Kenapa?" Soal Diana lembut

Zayden memberi kan senyuman tawar.

Gabriel dan Airil memandang Zayden. Menunggu jawapan Zayden. 

Zayden memandang rakyat Elgarien. Wajah wajah rakyat Elgarien dipandang satu persatu.

"Saya, Tunku Syed Zayden bin Tunku Syed Zain. Anak kepada Raja Elgarien hendak menyampaikan berita duka buat Elgarien."

Zayden memejam kan mata nya. Terlalu sakit untuk menuturkan satu ayat.

"Tunku Syed Zain, Raja Elgarien telah mangkat pada pukul 10.30 malam."

Seluruh rakyat Elgarien tekejut dengan kata kata Zayden.

Zayden menundukkan kepala, air  mata nya jatuh deras. Hubungan nya bersama Tunku Zain renggang baru baru ni. Dia tak sempat nak minta maaf dan meluangkan masa dengan Tunku Zain

Seluruh rakyat Elgarien turut berduka dengan berita sedih ini. Melihat Zayden menangis mereka juga turut terasa sebak.

Gabriel menyentuh bahu Zayden. "Kau kuat bro"

Zayden mengangkat kepala nya kembali.

"Selepas Tunku Zain mangkat. Beta, Tunku Syed Zayden akan menggantikan tempat Raja Elgarien. Beta mohon.. hormat dengan kemangkatan ayahanda beta"

"Maafkan beta sebab tak boleh menamatkan majlis ini. Beta betul betul penat. Maafkan beta"

Baru sahaja Zayden mahu bergerak..

"Daulat Tuanku!"

"Daulat Tuanku"

Suara suara rakyat Elgarien bergema di seluruh dewan.

Zayden tersenyum pahit.

"Zayden janji ayahanda.. Elgarien akan sentiasa berada dalam keamanan."






Masih terlalu awal untuk mendapat keamanan...



Diana: His deadly poisonΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα