Bab 16

41 4 0
                                    

"Wuhuu!! Chris!! Airil! Sini! Sini!" 

Chris dan Airil yang tadi nya ingin melangkah ke bilik menembak membatal kan niat mereka apabila Lucas memanggil.

Chris dan Airil berpandangan sebelum berjalan ke luar istana..

"Wuuhuuu!!" Gabriel berlari laju ke arah Chris dan Airil di halaman istana sambil membawa sebaldi ais 

BUSHH!

Baldi ais itu dilemparkan pada dua orang sahabat nya.

"SEJUK LAH GABRIEL!!" Jerit Chris dan Airil

Baru sahaja Chris dan Airil ingin memukul Gabriel.. Lucas tiba tiba menolak mereka masuk ke dalam kolam.

"WUHUU! GAME OVER!" Gabriel dan Lucas menepuk tangan suka.

"Dasar anak buangan!" Kata Chris dengan jelingan tajam

Sedang seronok Gabriel dan Lucas ketawa..

Tiba tiba satu bagasi dan baju baju jatuh dari tingkat atas, tepat terkena pada kepala Gabriel dan Lucas.

"Oi bala! Hidup jangan memekak macam kambing boleh tak? Kalau nak jadi setan boleh keluar dari istana aku!"

Jeritan kuat Zayden dari tingkat atas membuat kan mereka semua tersentak..

Alamak.. Abe Zayden dah marah!

Pengawal- pengawal istana memandang mereka semua dengan senyuman di bibir. Kalau begini lah suasana mereka, memang tak kan stress bekerja.

"Kau ingat istana aku waterpark ke haa haiwan? Otak kecik! benak! Kalau aku turun nanti bawah tu tak terkemas memang muka korang jadi longkang!"

Chris,Airil, Gabriel dan Lucas semua berpandangan. Apabila suara Zayden tidak kedengaran lagi, Lucas dan Gabriel terjun ke dalam kolam. 

Niat mereka nak menyelamat kan diri dari Zayden..

"HAHAHA! haa rasakan!" Kata Chris sambil membenamkan kepala Lucas di dalam air

Gabriel pula bermain air dengan Airil.

"Woi~~...blup..blup! Mampos aku"

"Tak apa! biar mampos! biar semua orang bersyukur" Ujar Chris suka

Lucas menolak Chris sebelum kepala Chris dibenamkan oleh Lucas.

"Kau sedut lah air kolam ni! Mesti tak mampos nanti sebab air dah habis!"  Lucas ketawa seorang diri

"Dia ni... Tak bodo, gila ni!" Kata Gabriel perlahan

"Mampos lu anjay! Kau mati memang aku buat party meraikan! HAHAHAH siap banner aku letak depan istana ni!" 

BANG!

"arghh!!"

Mereka semua menjerit kuat apabila Zayden melepaskan tembakkan ke arah air kolam.

"Ada yang aku bunuh korang berempat ni. Lagi aman, bersyukur aku" Zayden memandang kosong wajah sahabat sahabat nya.

Boleh gila setiap hari kena hadap benda sama.

"Naik! Aku ada benda nak bincang. Aku bagi korang 20 minit je bersihkan diri. Lepas 20 minit korang tak ada dalam bilik kerja aku. Memang aku gantung kat pagar istana."

Lucas dan Chris menjeling Zayden. Hek eleh kerek ah mamat ni

"NOW!"

Akibat tengkingan Zayden, mereka semua tergesa gesa keluar dari kolam.

~~

Zayden menunggu kedatangan sahabat sahabat nya. Dia ingin berbincang sedikit tentang hal negara.

Sepatut nya, mereka semua tidak boleh mengatahui satu pon tentang apa yang terjadi. Tapi disebabkan, Zayden tidak suka untuk berbincang dengan sultan atau tentera.

Dia terpaksa membawa sahabat nya terlebih dalam hal negara.

"Woi! Kau termenung apa? Orang dah sampai ni"

Terhinjut sedikit bahu Zayden akibat terkejut dengan suara Gabriel yang menyentuh gegendang telinga nya.

Zayden memandang sahabat nya dengan pandangan tajam

"Aku cakap 20 minit. Ni satu jam dah tau"

Mereka semua tersengih "Alaa sorry lah abe"

Zayden memutar kan bola mata nya. Sudah penat dengan perangai sahabat nya.

"Aku nak korang ikut aku pergi magical town untuk tengok kawasan perlombongan di situ. Aku tak nak dengar alasan dan aku tak nak korang bawak perangai bala bebal korang kat sana."  

Zayden mengerutkan dahi melihat sahabat sahabat nya langsung tidak memberi perhatian.

Gabriel dan Lucas yang sedang bermain kereta kawalan jauh manakala Chris dan Airil pula membuat video tik tok.

"Woi balaci! Dengar ke tidak!" Jerit Zayden

"DENGAR LAH!"

~~

"Sayang"

Diana yang tadi nya sedang membaca buku terus memandang ke arah si suara.

"Zayden" Diana terus tersenyum melihat kelibat Zayden

Zayden melompat ke atas katil. Tangan nya terus menarik Diana masuk ke dalam pelukkan nya.

"Kau kenapa?" Soal Diana pelik dengan perangai Zayden

Zayden membuat muka garang memandang Diana. "I change my mind. Please call me abang. Jangan guna 'aku' 'kau' "

"Yela.Abang ni kenapa"

Zayden tersenyum apabila mendengar Diana memanggil nya dengan panggilan 'abang'

"I'm so tired darling. Esok abang nak pergi magical town, ada something kena tengok kat sana" 

Diana meletakkan buku yang dibaca nya tadi di atas meja kecil. Posisi nya dibetulkan sedikit supaya Zayden dapat memeluk nya dengan selesa. Kemudian tangan Diana naik mengusap rambut Zayden

"Abang raja yang sangat bertanggungjawab. I'm proud of you abang"  Diana mengucup pipi Zayden

Zayden memejam kan mata nya apabila terasa bibir lembut Diana jatuh pada pipi nya.

Mata Diana ditenung nya lama

"I'm so sorry sayang. Abang minta maaf sangat kalau sayang rasa abang busy sangat dua tiga minggu ni"

Diana tersenyum tawar. Jujur , kadang kadang dia juga terasa bila Zayden pulang ke istana pada lewat malam.

Zayden jarang ada masa dengan nya. Tapi dia perlu faham. Tugas seorang raja.

"hmm kalau nak Diana maafkan, abang kena bagi Diana keluar esok. Diana nak shopping sorang sorang!"

Zayden tergelak kecil melihat perangai Diana "Sure sayang. Shopping lah apa apa yang Diana nak"

"Yeayy thank you!"





Diana: His deadly poisonWhere stories live. Discover now