Bab 11

39 3 0
                                    

Waktu kini menunjukkan pukul 6.30 petang. Matahari sudah hampir terbit namun Zayden dan rakan rakan nya masih di tempat menangkap belut.

"Tok! Tengok belut ni , asyik nak keluar je! Dah lah badan licin" 

Airil bercangkung di depan baldi yang berisi belut. Bersedia untuk memasukkan belut yang terkeluar ke dalam semula.

"Dah kau tangkap dia.. Mestilah dia menggelupor" Kata Jebat yang sedang selesa duduk di atas pangkin.

Jebat ketawa besar melihat kesemua budak bandar itu seperti lembu dicucuk tanduk.

Ikut sahaja arahan nya. bagus! Kite lurveee.

"Euww  lumpur ni macam najis kau sia Lucas"  Gabriel menggerakkan kaki nya  yang berada di dalam lumpur berkali kali 

Lucas diam. Menghiraukan semua suara. Dari tadi dia hanya merenung satu belut ni..

Dia ingin menangkap belut itu. Tapi kata orang belut ni menyusahkan.

Susah nak mati lah. Suka menggeliat. susah tangkap..

"Maafkan aku cik belut"

ZUP

Tangan Lucas terus menangkap belut tersebut. 

"Weh! Aku dapat!" Baru sahaja Lucas mahu berlari ingin meletakkan belut itu ke dalam baldi..

Splat!

Lucas terjatuh ke dalam lumpur.

"HAAHHAHAHAHA! Kau yang tangkap belut ke! Belut yang tangkap kau!" Gabriel dan Airil ketawa besar

"Alamak. Kalau tak sakit.. Malu tu" Kata Jebat dengan tawa kecil

Zayden menggeleng kan kepala melihat rakan rakan nya.

Biasa lah orang bandar masuk kampung...

"Eh? Chris mana?" Tanya Zayden tiba tiba

Mereka semua terus memandang sekeliling mereka, cuba untuk mencari kelibat Chris

"Arghhh!!! Tolong aku!! Kenapa atuk tak bagitahu kat sini ada angsa jugak! Arghhhh!!" 

Chris berlari laju mengelilingi sawah padi yang tak berapa jauh dari tempat mereka menangkap belut.

"Huwaa! Stop lah kejar aku! Dasar angsa kena rasuk setan!"

Lucas, Gabriel , Airil , Zayden dan Jebat. Mereka semua ketawa kuat melihat Chris

Langsung tiada niat mahu tolong.

"arghh!"Chris menjerit kuat apabila angsa tersebut berjaya mematuk nya.

Chris memusingkan badan nya kebelakang sebelum menolak angsa itu kasar.

"Haa kan tu kau mendapat.. Tengok paroh kau dah masuk lumpur"

~~

PIN ! PIN!

Diana dan Dayang terus keluar dari rumah apabila mendengar bunyi hon kereta..

Diana tersenyum manis berlari ke pintu rumah..

Yeayy Zayden kita dah balik!

Namun ketika Diana tiba di luar rumah, senyuman nya terus pudar melihat sepupu nya keluar dari kereta.

"Maya... Matteo" Dua nama itu keluar dari mulut Diana

Maya dan Matteo berjalan mendekati Diana dan Dayang.

"Tokma"  Maya dan Matteo menyalami tangan Dayang.

Mata mereka berdua kemudian memandang Diana. Wanita itu masih sama.

Wajah nya sangat polos.

Mata Maya jatuh pada cincin permata  yang tersarung elok di jari sepupu nya itu. Senyuman sinis terukir.

"Kau dah ambik berapa je harta dia?" Soal Maya

Diana tersentak apabila Maya bersuara. Dia sudah lama tidak jumpa sepupu nya. Nampak nya Maya masih sama..

"Hey! Apa kamu ni Maya. Tak baik cakap macam tu" Tegur Dayang pada cucu nya

Wajah Matteo langsung tidak menunjukkan apa apa riaksi. Tapi mata itu tidak berhenti memandang seluruh tubuh Diana..

"Apa? Betul lah tokma. Dia tu kahwin dengan raja sebab nak attention dengan duit je. Perangai sama macam bapak ka-"

Tidak sempat Maya menghabiskan ayat nya...

"Assalamualaikum! Ya habibi! Ya maulana! Ana datang bawak tanah!" 

Maya menoleh kebelakang.

Lucas dan Gabriel seluruh badan dan wajah mereka dipenuhi lumpur. Airil pula sedang memegang baldi yang penuh dengan belut manakala Chris dengan seluar yang terkoyak pada bahagian lutut dan peha nya akibat berlawan dengan angsa.

Zayden pula sudah tukar baju dan seluar nya sebelum pulang tadi.

"Ya Allah abang! Apa awak buat dengan diorang ni?" Jerit Dayang terkejut melihat rakan rakan menantu nya ini.

Jebat buat tak tahu sahaja.

"Haaa! Kamu dua orang tu..Mak kamu mana?" Soal Jebat kuat pada Maya dan Matteo

"Ibu kat rumah. Malas kata nya" Jawab Maya

"Haa Zayden, ini lah sepupu isteri kamu. Maya dan Matteo" Ujar Dayang

Zayden mengangguk sekali. Dari tadi mata nya memandang belakang badan Matteo yang langsung tidak memandang nya. Lelaki itu memandang isteri nya sahaja.

Zayden mendengus kasar, dia terus berjalan pergi ke isteri nya.

"Sayang"

Zayden memeluk bahu Diana.

"Tok daddy buli awak ke?"

Zayden tersenyum nipis melihat Diana yang memandang nya dengan mata yang berkelip kelip.

"Erm yes but it's okay. I'm fine sayang" 

Zayden memandang Matteo . Wajah lelaki itu merah. seperti menahan marah.

Zayden tersenyum penuh makna pada Matteo.

Dia lelaki.

Sangat kenal dengan pandangan 'suka' lelaki.

"Hai Tuanku. Saya Maya" Maya melembutkan suara nya. Tangan juga dihulur pada Zayden

"Ye aku tahu. Tokma dah cakap tadi" Kata Zayden mendatar. Tangan Maya dipandang kosong..

"Eh sudah! Kamu semua pergi bersihkan diri. Dan nak maghrib ni. Nanti kita keluar solat maghrib kat masjid"

"Alaamak solat. Aku tak tahu doa qunut. " Kata Gabriel perlahan tapi cukup di dengari mereka semua di situ.

"Nampak sangat dah lama tak solat ni. Maghrib pon di kait nya dengan doa qunut" Kata Chris tenang

Diana: His deadly poisonWhere stories live. Discover now