Bab 30

56 3 2
                                    

"Tuanku! Dua negeri sudah hancur! Apa lagi lepasni Tuanku? Apa tugas Tuanku sebenarnya dalam menjaga negara!" 

"Kami nak keadilan! Kami nak wang ganti rugi!"

Zayden bersandar di kerusi sambil tangan nya memicit kepala nya yang sangat pening memikirkan hal negara.

"Kenapa anak aku yang perlu mati dalam memperjuangkan negara! Kenapa bukan Tuanku sahaja yang mati!"

PAP!

"Hey! Watch your mouth! Zayden is still your king!" Jerkah Gabriel

Tidak suka bila rakyat terlalu lantang bersuara sehingga lupa tentang 'hormat'

"Aku tak faham dengan korang ni. Fikir diri sendiri je... Zayden turun padang, berperang sama sama dengan tentera lain. Kena sumpahan, tengok ramai rakyat nya mati. Apa korang fikir hidup dia goyang kaki dekat istana je?" Bebel Lucas

Kesemua orang majlis terdiam.

Zayden menghembus nafas berat "Maafkan beta. Beta akan cuba untuk dapatkan keadilan Elgarien semula.. Itu janji beta"

Zayden berdiri dari duduk nya. Dia menunduk hormat sebelum berjalan pergi.

Tidak mampu lagi untuk berdebat dengan orang majlis. Kata kata mereka tiada yang salah. Semua nya betul.

Selepas keluar dari bilik mesyuarat, Zayden cuba mencari kelibat isteri nya.

Namun niat nya terbatal apabila dia lalu di depan bilik Airil.. 

Pintu bilik lelaki itu tak ditutup dengan rapat sehingga membuat kan dia dapat melihat dan mendengar apa yang sedang dilakukan Airil. 

Airil merenung gambar mereka di phone milik Chris.

"Chris, maafkan aku sebab tak sempat selamat kan kau. Kalau aku kuat masa tu... Mesti kau masih ada kat sini untuk teruskan perjuangan kita kan?"

Airil tersenyum pahit. Penyesalan. Itu yang dapat dia rasakan sekarang.

"Kau tahu tak bertapa hancur nya aku bila tahu semua berita pasal kau dari Khalid?"

Sakit yang dia rasakan hanya Allah saja yang tahu. Hati nya hancur.. mental nya juga tidak kuat.

"Ya Allah..Aku tak kuat.. Kenapa aku yang dipilih untuk lalu semua ujian mu ini" Air mata Airil perlahan lahan jatuh

"Airil"

Zayden mengambil tempat di sebelah Airil. Wajah Airil yang basah dengan air mata ditenung.  

Dia mengaku satu benda tentang Airil. Walaupun lelaki itu sentiasa gila dan ceria. Bila satu benda yang terjadi benar hancur kan sahabat nya. Airil akan jadi sangat lain. Matang.

Airil antara paling muda dalam kalangan mereka. Mustahil jika perkara ini tak membuat lelaki itu terkesan.

"Zayden.. Aku rindu dia. Terlalu rindu.. Semua ni salah aku Zayden"

Zayden memegang bahu Airil.

"Bro, listen! it's not your fault okay. Aku janji.. aku akan balas balik semua benda ni. Aku kasi kau berehat. Tenang kan jiwa kau"

Ya, itu janji dia.

Beri keadilan pada Elgarien. Pada Chris. 

~~

"Diana sayang"

Zayden memeluk pinggang Diana dari belakang. Dari tadi dia hanya memerhati saja wanita itu termenung seorang diri.

Diana: His deadly poisonWhere stories live. Discover now