Bab 23

39 4 0
                                    

lengan baju kemeja dilipat sehingga ke bahagian siku. Manik manik peluh mula menitis jatuh..

Nafas dihembus berat..

"Bro, kau okay? " Soal Gabriel prihatin

Zayden memandang Gabriel lalu mengangguk dengan senyuman nipis di bibir.

Dalam keadaan yang sekarang, dia memang perlu belajar mengawal emosi.

"We always by your side bro!" Kata Chris yakin

"Thanks"

Pintu besar istana dibuka oleh pengawal untuk dia keluar. Namun buka sahaja pintu, sudah ramai rakyat rakyat Elgarien serta wartawan berdiri di depan istana.

"Tuanku! Kami perlukan penjelasan tentang bunyi letupan kuat tempoh hari!"

"Apa yang telah terjadi dengan Elgarien?"

"Keluarga aku semua mati semasa letupan! Apa guna nya raja dalam memastikan keselamatan!"

"Siapa musuh Elgarien?"

Pelbagai soalan yang dituju kan rakyat Elgarien. Zayden menggemgam tangan kuat, menahan rasa sebersalah kepada keluarga mangsa mangsa letupan. 

"Raja tak guna!" Jerit seorang perempuan.

"Woi! Respect sikit lah! Dengar penerangan raja dulu!" Balas Lucas tidak kurang kuat nya.

Pantang betul dia melihat orang yang biadab ni.

Dia faham jika orang marah, tapi adab itu adalah perkara paling penting.

Zayden ingin membalas, tapi mulutnya terkunci apabila mendengar apa yang rakyat nya katakan sangat benar.

"Maafkan Tuanku Zayden. Dia tak mampu nak berkata apa apa sekarang"

Seluruh mata rakyat Elgarien terus tertuju pada Diana yang sedang berjalan keluar dari istana.

Diana dengan berani berjalan mendekati Zayden. Lengan Zayden diusap untuk menenangkan suami nya.

"Pemaisuri! tolong terangkan perkara yang berlaku"

Diana tersenyum nipis cuba membuat rakyat Elgarien tenang.

"Beri kami semua masa untuk menerangkan perkara ini nanti. Terlalu banyak benda yang berlaku serentak...Saya harap rakyat dapat bertenang dan tolong percaya kan kami"  Kata Diana lembut

Baru sahaja salah seorang rakyat mahu menjawab..

"20 January. Tunggu beta di dewan rakyat Harendor. Beta akan membuat sidang media untuk menerangkan semua perkara." Ujar Zayden dengan wajah dingin.

Rakyat Elgarien diam. Sebelum masing masing setuju.

"Beta mintak diri dulu" Zayden menunduk sekali sebelum tangan Diana ditarik pergi ke halaman istana.

"Abang! Kenapa abang tarik Diana! Sakit lah!" Kata Diana

Zayden melepaskan tangan Diana, apabila yakin tiada orang di situ.

"I'm sorry if it's hurt you. Look, Diana.. Tolong jangan masuk campur urusan negara. Biar abang uruskan semua-"

"Tapi kenapa? I'm your wife! And I am queen of Elgarien! That's not fair." Laju sahaja Diana memotong kata kata Zayden.

Zayden menghembus nafas berat. Rambut nya ditarik kuat. Sedaya upaya dia cuba bersabar.

"You not deserve this Diana. As a queen, you deserve a fresh vibe. This is about dark side  Elgarien. It's too dangerous for you sayang! Bila bila masa je peperangan besar boleh bermula. You don't deserve this. I don't want you to die! After all of this, I should be responsible! I should die!  not you!"

"I don't care Zayden! You die I'll die!"  

Zayden terdiam.. Suasana menjadi hening.

Tanpa sedar air mata Diana mula membasahi pipi. Dia tidak tahu kenapa, sejak dia keguguran... Rumah tangga nya akan sentiasa ada pergaduhan.

Bukan pergaduhan tentang masalah orang ketiga atau perkara yang tidak bagus. Tapi pergaduhan mereka, selalu terjadi kerana mereka terlalu risau dengan keadaan.

Zayden takut Diana akan cedera atau tak dapat bertahan semasa peperangan.

Manakala Diana takut jika Zayden terlalu tertekan dengan masalah negara.

"Kenapa kita selalu sangat bergaduh sekarang? You don't trust me?" Soal Diana dengan suara yang bergetar.

Zayden menggeleng laju "No sayang.. I'm just-"

"Kepercayaan adalah benda paling penting dalam sebuah hubungan. Don't lie to yourself Zayden. I know you can't take it, so let me be by your side."

Zayden memejam mata nya... 'Tolong jangan nangis sayang'

Zayden memang tidak kuat melihat air mata Diana. Dengan pantas dia menarik Diana masuk ke dalam pelukkan.

"I trust you sayang.. Abang benarkan, Diana tolong abang but please.. Be safe"

Diana: His deadly poisonWhere stories live. Discover now