Bab 33

40 6 3
                                    

Diana dan Zayden langsung tidak mengeluarkan suara. Mereka berdua hanya merenung sesama sendiri.

Zayden memandang wajah Diana yang menayangkan riak wajah yang sangat beku.

"Sayang-"

"Siang malam konon nak jaga rakyat. Tapi tokma pon tak boleh jaga" Kata Diana kasar

Zayden tersentak. Tidak pernah sekali pon sepanjang perkahwinan mereka. Diana menggunakan nada yang kasar seperti ini.

"Diana... Ini semua takdir Allah"

Diana tergelak sinis "Takdir? Selepas semua ni jadi.Awak nak salah kan takdir? Kalau awak jaga dan selamat kan tokma . Tokma masih hidup!"

Jatuh menitis air mata Diana. Dia tidak tahu kenapa dengan diri nya tapi kepala nya sekarang sangat serabut. emosi dia senang terganggu.

Zayden tidak mampu mengeluarkan suara. Mungkin betul apa yang Diana kata kan.

"Kenapa Zayden! Kenapa dalam banyak banyak manusia. Kenapa tokma? kenapa keluarga saya"

Zayden ingin memeluk Diana tetapi tangan Diana menolak tubuh Zayden.

"Astagfirullah Diana! Mengucap. Kenapa isteri abang macam mana? Jangan persoalkan takdir Allah."

"Awak tak rasa apa saya rasa Zayden. Awak tak rasa kehilangan keluarga" 

"Habis? Rakyat kita? Rakyat kita yang seluruh keluarga nya dibunuh. Mereka tiada langsung menolakk dan membenci takdir."

Zayden memejam mata nya sesaat sebelum dibuka kembali. Dia tidak boleh bergerak mengikut emosi. Diana Evelyn isteri nya.

"Abang minta maaf sebab tak dapat jaga negara dengan betul. abang raja yang teruk" 

"Memang pun. Awak tak pernah fikir perasaan saya. Awak selfish Zayden! Awak raja teruk" Tangisan Diana semakin lebat selepas berkata begitu

"Diana Evelyn" Jebat yang dari tadi mendengar pergaduhan di antara cucu dan cucu menantu nya mula menegur .

Jebat memandang mata Diana tajam. Dia tidak berapa suka melihat Diana bercakap dengan kurang adab seperti tu.

"Respect your husband. Tokdaddy tak pernah ajar Diana bersikap macam tu"

Diana memuncungkan bibir "Tokdaddy memang tak sedar lagi ke? Dia punca semua ni!"

Jebat hilang kesabaran, tangan nya naik ingin menampar wajah Diana, tapi pantas dihalang Zayden.

"Don't hurt her tok daddy. Zayden mintak ampun tak dapat selamat kan tokma. Maafkan Zayden jugak sebab tak mendidik Diana dengan betul" Zayden menundukkan kepala. Hati nya sakit. Setiap kata kata yang keluar dari mulut Diana..

Sungguh menyakitkan.

"Bukan salah kamu Zayden. Tok daddy faham dengan pengorbanan kamu"

Zayden tersenyum tawar "Zayden mintak izin nak bawak Diana ke tempat lain kejap. Biar Zayden selesai kan hal kami"

Zayden menarik tangan Diana lembut untuk pergi ke tempat yang lebih tertutup. Dia tidak mahu orang luar dengar pergaduhan nya.

"Zayden awak ni kenapa-"

Belum sempat Diana menghabiskan kata kata nya. Bibir Zayden sudah menindih bibir nya...

"Diana sayang.. Maafkan abang. Diana marah dengan abang? Diana boleh pukul abang. Abang izinkan.. Tapi jangan tinggi suara dengan abang. Itu je abang mintak. Abang sayang isteri abang.."

Jujur dia kata kan. Dia hanya lelaki biasa..yang mempunyai ego. Dia rasa tercabar bila Diana meninggi kan suara dan tidak hormat pada nya.

Tapi dia cuba bersabar.

Hanya kerana.

wanita di depan nya ini adalah Diana Evelyn. Wanita yang paling dia cintai.

Zayden merenung muka Diana. Rambut Diana diusap lembut..

"Abang sayang Diana Evelyn"

Zayden memeluk tubuh Diana dan dengan pantas di memusingkan badan Diana.

BANG!

"Abang!"

Diana Evelyn menjerit apabila Zayden ditembak.

Dari tadi, Zayden sudah perasan yang musuh sedang memerhati mereka. Dia tidak mahu takutkan Diana.

Mendengar jeritan Diana tergesa gesa tentera Elgarien pergi ke suara pemaisuri mereka

"Lari Diana..!" Zayden menolak sedikit kuat tubuh Diana supaya jauh dari mereka.

"Tuanku!"

Khalid menolak Zayden agar bergerak ke belakang mereka.

Berkerut dahi Zayden menahan sakit akibat tembakkan yang terkena pada tepi perut nya.

"Abang! Jangan tinggalkan Diana"

Zayden menahan sakit yang dirasai nya. Dia melihat Diana yang berlari semula ke arah nya 

"Bawa pemaisuri pergi jauh" Arah Zayden dengan suara yang tidak terlalu kuat.

Tembakkan rawak daripada musuh membuat kan hati Zayden risau dengan keselamatan Diana.

"Protect her"

Pandangan Zayden semakin lama semakin kabur. Akibat kehilangan banyak sangat darah dia cuba bertahan selagi mampu.

"Zayden! Jangan jadi bodoh! Lindung diri kau dulu" Lucas menarik Zayden agar Zayden tidak terkena tembakkan dari musuh.

"Protect her. Protect my family" Kata Zayden perlahan sebelum mata nta tertutup. Tidak sedarkan diri.

Dia sendiri tidak tahu siapa sahaja yang mendengar nya...





share share cerita ni. vote vote .
Lebih 7 vote saya update . insya-allah

Diana: His deadly poisonWhere stories live. Discover now