Bab 31

25 5 0
                                    

Keadaan Elgarien semakin lama, semakin teruk. Ada kawasan di Elgarien yang sudah betul betul hancur. Gaya nya seperti bandar yang berhantu.

Hari ni Zayden, Gabriel dan Lucas akan kembali turun demi membantu tentera mereka dan mendapatkan Keaamanan Elgarien.

Airil dikecualikan kerana, Zayden tidak mahu mental Airil lebih teruk. 

Zayden memeluk Diana buat kali terakhir. Mungkin kali ini mereka tidak akan berjumpa untuk tempoh masa yang lebih lama.

"Diana tahu abang raja yang baik. Diana bangga dengan abang"

Zayden tersenyum, rambut Diana yang cantik itu diusap. "I'll be back. lepas semua bende ni berakhir. Abang janji sayang.. we will live happy ever after"

Zayden mengucup dahi Diana sekali sebelum mereka semua bergerak pergi.

Diana memandang kelibat Zayden dan rakan rakan nya pergi sehingga hilang dari pandangan mata.

Selepas itu, Diana bergerak naik ke atas.

oh ye, Puan Dhiya dan Harline telah lama dihantar pergi ke negara Avalor. Demi menjaga keselamatan mereka berdua. 

Semasa Diana berjalan di sekitar tingkat 3. Dia terdengar suara Airil dari bilik keselamatan.

Dia mengambil keputusan untuk menjenguk Airil untuk seketika. Dia tahu lelaki itu masih dalam fasa yang tidak berapa baik.

Diana melihat kelibat Airil yang sedang duduk memandang screen besar di depan nya. screen itu menunjukkan semua camera cctv di sekitar istana.

"Airil, awak buat apa?"

Airil memandang Diana, bibir nya tersenyum nipis. "Nothing. Hanya tengok rakanan cctv yang lama. Masa Chris masih hidup" Suara Airil hanya mendatar namun Diana dapat mendengar kehancuran dari suara itu.

Diana tersenyum tawar memandang Airil. Lelaki ini nampak tenang tapi kenyataan nya lelaki ini hancur.

Diana duduk di sebelah kerusi Airil.
"Boleh saya tengok sekali?"

Airil hanya mengangguk sebagai jawapan.

Diana mengerakkan tangan nya ke kanan. Screen tersebut terus menunjukkan cctv yang kini.

"Kenapa? ada apa apa mencurigakan ke?" Soal Airil

Airil memandang cctv yang menunjukkan bahagian belakang taman istana.

Disitu terdapat 4 kelibat manusia yang berbaju Hoodie merah yang menutupi kepala.

"Mana pergi semua pengawal? halau mereka dari sini!" Kata Diana dengan suara sedikit kuat.

Manakala Airil masih merenung kelibat tersebut.

"Skyland"  Kata Airil perlahan.

Airil memikirkan sesuatu sebelum dia tergesa gesa pergi ke bilik lama Chris.

Diana yang terpinga pinga hanya duduk disitu.

Airil memandang kelibat tersebut dari tingkap bilik Chris. Dia tersentak apabila salah seorang dari mereka tersenyum sinis pada nya sebelum bergerak pergi meninggalkan tempat itu.

Hati nya rasa seperti ditikam. Adakah ini salah satu sihir dari magical town?

Airil terduduk, tangan mencengkam dada dengan kuat.

"Ya Allah, Ya Rahman , Ya Rahim... Sesungguhnya , engkau lah tuhan sekalian alam dan hanya kau Ya Allah yang mampu melakukan apa sahaja. Aku berlindung dari segala kejahatan pada diri ini dan pada Elgarien. Bantu Kami Ya Rabb..."

Diana: His deadly poisonTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang