bab 24

34 2 0
                                    

Kaki berjalan turun dari jet pribadi milik nya. Sinar matahari pagi memancar ke wajah nya.

"Pertama kali aku jejak kaki kat Skyland" Kata Gabriel sambil memandang persekitaran Skyland.

Zayden dan Gabriel berada di Skyland untuk menghadap raja Skyland. Raja Andrick

"Tunku Zayden?"

Zayden menoleh ke belakang memandang si suara.

"Patik diperintahkan untuk membawa Tuanku ke istana abadi Raja Andrick" Kata lelaki yang bernama Sam

Zayden diam, mata nya melihat kira kira 10 orang pengawal Skyland yang sedang memegang senjata.

Zayden mengangguk kan kepala.

"Eh eh terus pergi ke? Alaa kau nak jalan jalan jugak" Rungut Gabriel

"Ikut saje Gabriel. Kita tak ada masa" Ucap Zayden dingin

Gabriel pasrah.

Mereka berdua mula mengikut pengawal Skyland untuk pergi ke istana milik Raja Skyland.

"Kenapa nama dia Istana Abadi?" Soal Gabriel

"Ia dinamakan begitu sebab istana ini tidak pernah runtuh. Malah tidak pernah ada satu kerosakkan pon di istana. Istana ni sudah berdiri megah di sini sejak 1890." Ujar Sam sambil berjalan

Gabriel mengangguk faham. Jadi sebab itu lah ia dinamakan Istana abadi. Tapi, ia sangat mustahil jika tiada apa apa kerosakkan berlaku.

Setelah 15 minit perjalanan mereka. Mereka sudah sampai ke istana abadi.

Pintu besar di depan mereka semua perlahan lahan terbuka.

Zayden ingin melangkah masuk ke dalam, tetapi baru sahaja sebelah kaki nya jekak di dalam halaman istana..

BANG!

Zayden menunduk pantas begitu juga dengan Gabriel. Mereka memusing ke belakang ingin melihat pengawal yang mengikut mereka tadi.

Namun semua pengawal tadi sudah hilang.

"Zayden!"

Jeritan Gabriel membuat kan Zayden memandang ke depan.

bum!

Badan Zayden terdorong ke belakang akibat tendangan kuat dari seorang lelaki.

"Bro! Apa benda ni seh! Kita tak bawak apa apa" Kata Gabriel 

Zayden dan Gabriel memandang sekeliling mereka yang penuh dengan lelaki bertopeng.

"Aku tak tahu. Lawan je selagi boleh Gab."

Mata Zayden menikam sorang demi sorang musuh nya.

"Den! Aku tak ada keyakinan macam ni. Dekat 15 orang ni. Kita dua orang je"

SRETT

Zayden dan Gabriel melihat pisau rembo dan karambit yang di baling salah seorang lelaki.

Zayden dan Gabriel tidak menunggu lama. Mereka terus mengambil alatan tajam tersebut.

"Attack!" Jerit lelaki yang bertopeng hitam

Zayden tersenyum sinis. Karambit ditangan dipusing pusingkan.

"Here we go"

Salah seorang lelaki menyerang nya dari belakang tapi pantas Zayden mengelak. Perut lelaki tersebut di siku  kuat sebelum lengan lelaki itu dihiris.

"Bye bye bro" Perut besar lelaki itu ditendang kuat.

"One down 14 to go" 

Zayden dan Gabriel berlawan sehabis baik mereka.

"2 orang lagi Den" Jelas Gabriel dengan nafas yang tercungap cungap

Dada Zayden naik turun dengan laju cuba mengatur nafas dengan betul. Peluh yang menitik jatuh dikesat.

"Tak payah susah susah"

Zayden merampas pisau rembo ditangan Gabriel sebelum pisau rembo dan karambit tersebut dibaling pada bahu musuh.

Gabriel ternganga. Melihat kedua alatan tajam itu tercucuk tepat di bahu musuh.

"Wo! Look at that.. The new king of Elgarien"

Zayden terus mengalihkan pandangan nya pada si suara.

Raja Andrick berjalan mendekati Zayden sambil menepuk tangan.

"Tunku Syed Zayden bin Tunku Syed Zain. Anak Zain ada dekat sini"

Zayden menggemgam tangan berbentuk penumbuk melihat Raja Andrick berjalan ke arah nya.

Itu adalah manusia yang menghancurkan hidup Elgarien.

"Beta saja mahu melihat kau berlawan..Nampak nya kau jauh lagi hebat dari apa yang aku sangka kan. Memang anak Zain." Raja Andrick tersenyum sinis.

Gabriel menggaru kepala yang tidak gatal "Ni ke Raja Andrick. Hm Assalamualaikum Tuanku" Gabriel menunduk hormat

Zayden menarik lengan Gabriel supaya Gabriel berdiri di belakang nya. Dia tidak mahu sahabat nya itu membuat hal di sini.

"Apa yang kau nak dari Elgarien?"

Raja Andrick tersenyum jahat.

"Nampak nya anak Zain ni tak ada adab. Macam mana lah kau ajar anak kau ni Zain. Sama bangsat macam kau."

"Don't you dare to say his name with your stinky mouth! Aku biadab tak ada kena mengena dengan bapak aku." Suara Zayden naik satu oktaf

"Kau lupa janji bapak kau dengan aku? Dia merayu kat aku untuk buat perjanjian tu. Dan lihat sekarang? Perkara ni memakan diri anak dia sendiri. Lagipun ini dah memang dalam perjanjian. Isteri kau pon dah gugur. Tak akan sempat untuk dia melahirkan anak sebelum umur kau 25 tahun. It's too late Zayden. Jadi buat apa kau datang sini? Untuk merayu berhenti kan peperangan lagi? Jangan jadi bodo macam bapak kau"

Wajah Zayden bertuka warna. Kemarahan nya cuba dikawal sebaik mungkin.

"Bersedia saja Zayden. Peperangan terhadap Elgarien akan tetap berlangsung sampai bila bila kecuali Skyland sendiri yang hancur atau ada raja baru yang mahukan keamanan"

Zayden tiba tiba mengangguk kan kepala "Baik , jika itu yang kau nak. Tetap kan tarikh peperangan sebenar yang kau mahukan."

"Mana boleh tak suprise macam tu" Kata Raja Andrick masih cuba rosakkan emosi Zayden

Zayden mengangkat kedua belah bahu nya "It's up to you. Your highness. Maafkan patik sebab berkurang ajae tadi"

"Tapi aku bersumpah kerana Allah. Skyland tak akan hidup aman dengan dendam yang masih tersimpan pada Elgarien. Selagi aku masih bernafas. Elgarien tak akan hancur di tangan kau."

Zayden menunduk hormat sekali sebelum berjalan keluar dari istana.

"Zayden"

Zayden menoleh ke belakang. Tapi bukan Raja Andrick yang dia pandang. Tetapi seseorang yang berada di tingkat atas istana, memakai hoodie hitam menutupi separuh muka. 

Kelibat itu Lagi!

"Goodluck untuk peperangan ni. Aku harap Zain turunkan semua ilmu dia kat kau"

Diana: His deadly poisonWhere stories live. Discover now