Bab 3

2.4K 150 1
                                    

KELUAR saja dari kafe yang Adra dan Maya pergi, mereka berjalan kaki ke seberang jalan untuk ke sebuah butik pakaian dan semasa mereka melintas, bahu Adra berlanggar dengan seorang lelaki dengan kuat.

"Auch!" kata Adra yang hampir terjatuh namun nasib baik Maya sempat menahannya.

Lelaki itu bercermin mata hitam dan segak berpakaian. Dia menoleh ke arah Adra sambil telefon pintar masih di tangan dan kakinya terus berjalan.

"Dah terlanggar orang, minta maaf pun tak ada!" selar Adra yang marah.

Lelaki itu masih memandangnya meskipun kaki sudah menapak jauh. Dia menurunkan cermin mata lalu memperhatikan saja Adra dan Maya berjalan. Dia terpegun apabila melihat wajah Adra.

Apabila Adra dan Maya hilang dari pandangan, dia meneruskan langkahnya ke kereta yang sudah sedia menunggu.

"Kenapa tadi tu Tengku?" tanya Johan.

"Entah. Tiba-tiba saja marah aku." jawab Tengku Harez.

"Nak saya uruskan ke?"

Tengku Harez menggeleng.

"Tak apalah, tak penting. Jom, kita ke ESMC."

Tengku Harez mengambil kunci kereta Range Rover Sport SVR daripada Johan lalu memandunya sendiri untuk ke Evenwood Specialist Medical Centre. Johan dan para pegawai peribadi mengekori kereta Tengku Harez itu dari belakang.

Adra pula masih menggosok bahunya yang sakit dilanggar lelaki tadi. Dia membebel pada Maya tentang kejadian tadi hingga Maya mengeluh malas.

"Pakai pakaian smart tapi adab tak ada! Sakit bahu aku!" bebel Adra sendiri.

"Gosok sikit lepas tu oklah." balas Maya.

"Tapi tetap sakit! Badan lelaki tadi dahlah macam kayu."

Maya memandang Adra sambil tersenyum.

"Tapi kau untunglah dapat berlanggar bahu dengan dia. Perempuan lain pun tak dapat tau."

"Hah? Apa benda kau ni? Tak pernah lagi aku dengar berlanggar bahu dengan orang, untung."

Adra berkerut dahi dengan Maya dan Maya terpinga.

"Kau memang tak kenal lelaki tadi atau kau tak perasan siapa dia?" soal Maya.

"Siapa dia?" tanya Adra.

Maya mengeluh.

"Itu adalah Tengku Harez Firhan. Ahli perniagaan termuda dan individu paling terpengaruh di Malaysia. Semua perempuan tergila-gilakan dia tau. Kaya, kacak, segak dan keturunan bangsawan pula tu. Haih... pakej yang sangat lengkap."

"Oh, ya? Kalau semua perempuan tergilakan dia, kenapa aku tak kenal pun dia siapa? Salah statement kau ni, Maya. Aku tak berminat untuk tahu siapa dia dan aku tak kisah pun tentang kehebatan dia. Engkau tu lainlah... memang suka jadi busybody."

"Tapi sekurang-kurangnya aku ada life. Tak macam kau yang anti-social. Akaun media sosial pun tak ada kecuali WhatsApp. Boring!"

"Eh, kau! Sekurang-kurangnya hidup aku tenang dengan cara aku. Aku tak perlukan sosial pun. Bila buat kerja pun aku dah happy."

"Sebab kau memang spesis robot. Hati kering, kuat menyinis dan workaholic macam dah tak ada hari esok." kata Maya.

"Yalah... aku kenalah kerja kuat sebab nak kena labur pada kau yang selalu nak aku belanja makan memanjang." jawab Adra balik. 

Maya terus tersengih.

~~~

KEMBALINYA mereka berdua ke ESMC, Lila terus mendapatkan Dr. Adra untuk berjumpa dengan Dr. Zahid kerana CEO Trident Group sudah tiba untuk berbincang secara lanjut mengenai rancangan projek amal itu. Dr. Adra terus pergi ke bilik mesyuarat untuk bertemu dengan Dr. Zahid.

Mungkir Bahagia (Completed)Where stories live. Discover now