MAYA membawa Adra di sebuah bukit yang menampakkan jelas seluruh bandaraya. Dia mahu Adra tenangkan diri dari segala-galanya kerana kalau mereka pulang ke hospital sekarang, Adra memang tidak akan boleh fokus dengan kerjanya. Silap-silap habis semua staf dimarahi nanti.
"Apa yang susah sangat untuk aku bahagia dengan lelaki yang aku sayang, Maya? Dulu, masa aku sayang Ed, keluarga dia tak suka aku. Sekarang, bila aku sayang Harez, dia jadi orang ketiga pulak. Eh, memang aku ni tak layak bahagia dengan lelaki ke? Kenapa semua ni jadi susah dalam hidup aku? Aku penatlah macam ni."
"Janganlah fikir bukan-bukan. Kau tak salah dan semua ni ujian untuk rumah tangga kau dengan Tengku Harez."
"Ujian? Ujian yang hanya aku sorang saja yang kena lalui? Aku tengok Harez sikit pun tak kisah dengan masalah kitaorang. Yang dia tahu sekarang ni hanyalah salahkan aku lagi dan lagi. Aku letihlah dipersalahkan atas kesilapan yang tak ada kena mengena dengan diri dia."
"Siapa pun aku dulu... dia tak patut persoalkan sebab masa tu dia belum kenal aku. Kisah kitaorang masih belum wujud dalam dunia ni."
"Aku faham, Adra. Aku dah tengok segalanya tadi. Tapi aku harap masalah ni takkan buat kau orang berpisah daripada ikatan perkahwinan."
Adra tersenyum sinis. Dia sendiri tidak tahu adakah rumah tangga mereka ini dapat diselamatkan lagi atau tidak. Tidak guna kalau hanya dia yang serabut memikirkan segalanya tapi Tengku Harez hanya sekadar bereaksi tenang.
Sia-sia jatuh cinta jikalau akhirnya cinta itu tiada makna.
"Entahlah, Maya. Aku tak tahu apa yang patut aku buat. Nak minta maaf? Aku dah minta maaf berulang-ulang kali. Nak pujuk? Aku dah sedaya upaya pujuk. Apa lagi yang patut aku buat pada dia?"
Adra menghembuskan nafas lelah.
"Jangan sampai aku tutup pintu hati aku untuk dia sama macam apa yang aku buat pada Ed. Aku tak pernah main-main apatah lagi ragu-ragu dengan keputusan yang melibatkan hati aku. At the end of the day, I need to care about myself."
Maya memandang wajah Adra hingga tepat ke matanya dan ketika itu dia tahu apa yang Adra katakan adalah benar. Adra tidak pernah main-main dengan apa yang dia katakan.
Maya bimbang seandainya Tengku Harez Firhan terlambat dalam memiliki cinta Adra Mikayla kembali.
"Kau dah fikir habis pasal ni? Adra, jangan buat keputusan bila tengah serabut. Aku tak nak kau buat keputusan ikut emosi."
"Aku penatlah, Maya. Penat dipersalahkan oleh suami sendiri dan penat menadah telinga menahan sabar diperlekehkan oleh suami sendiri setiap hari. Aku pun manusia. Aku pun ada hati dan perasaan. Aku tak patut terima semua ni daripada orang yang aku sayang. Bukan ini caranya untuk balas kasih sayang aku."
"Kau tekad untuk berpisah daripada ikatan perkahwinan ni? Kau tekad untuk tinggalkan Tengku Harez?"
"Kalau dia betul-betul dah tak boleh terima aku sebagai isteri dia lagi dan hati aku dah cukup penat dengan semua ni, aku rasa itulah jalan yang terbaik untuk perkahwinan ni. Aku dah tak larat."
Adra kembali masuk ke dalam kereta. Dia meminta Maya untuk menghantarnya pulang ke rumah dan membiarkan saja keretanya di parkir hospital.
Di dalam kereta, Maya membuka radio dan stesen radio Bahasa Melayu menjadi pilihannya. Selepas juruhebah radio bersuara, lagu yang dipilihnya mula berkumandang.
Apabila irama muzik lagu tersebut diputarkan, tiba-tiba ianya menarik minat Adra untuk menguatkan pembesar suara dan fokus pada lagu tersebut.
"Amboi! Khusyuknya dengar lagu. Kau bukan ke dah lama tak dengar radio?" tanya Maya.
"Lagu ni... lagu yang radio mainkan ni macam kena dengan diri aku. Apa tajuk dia? Aku lupalah."
"Oh, ini lagu Mungkir Bahagia nyanyian Hazami. Best lagu ni. Aku suka!"
Adra fokus mendengar lagu itu dan dia mendengar setiap bait-bait lirik dendangan suara lunak daripada Hazami. Tiba-tiba hatinya rasa hiba. Lagu ini amat serupa dengan situasi hidupnya kini.
Maafkan daku kekasih hati
Cinta kita berakhir
Maafkan daku kerna ku
Memungkirinya"Aku rasa lagu ni akan jadi peneman hari-hari aku lepas ni sebab ianya meluahkan segala isi hati aku."
Maya diam. Dia kasihan melihat keadaan Adra yang mula mengalah dalam masalah rumah tangganya.
Adra...
~~~
APABILA selesai menonton video itu, Tengku Harez terasa bagai dipukul oleh realiti dengan kuat. Dia sayu melihat Adra menangis kerana berasa lelah dengan onar yang telah dibuat oleh Syed Edham. Nampaknya dia memang benar-benar sudah tersalah anggap dengan isterinya sendiri.
"Sayang..." keluh Tengku Harez.
"Sebab tu kita jangan peduli tentang masa lalu orang lain. Sekarang bila dah jadi macam ni... seronok tak rasa dalam hati tu?" soal Tengku Hisyam yang tiba-tiba datang duduk di hadapan anaknya.
Tengku Harez mengeluh berat.
"I know I was wrong." katanya.
"Ayahanda didik Harez untuk sentiasa maju ke depan, untuk sentiasa matang dalam membuat keputusan. Bukannya pandang ke belakang dan cepat emosi. Macam mana CEO terulung Trident Group boleh tersungkur dalam rumah tangga? Macam mana nak gelarkan diri tu Yang Mulia kalau menghormati isteri sendiri pun tak pandai?"
"Harez hormat Adra, ayahanda."
"Nope, you're not! Harez dah tak hormat Adra sebagai seorang isteri sejak Harez mengungkit semula kesilapan lampau dia yang tak ada kena mengena dengan Harez pun."
Tengku Harez diam. Tengku Hisyam pun terus sambung berkata.
"Tak ada manusia yang sempurna, Harez. Kita sendiri pun tak sempurna walaupun hidup kita mewah dengan keturunan yang dihormati dan kekayaan daripada Allah SWT. Kita tak layak nak mempersoalkan perbuatan jahil seseorang itu hanya kerana kita tak buat perkara yang sama."
"You have to remember... it's you who want her to be your wife. It's you who want to marry her at the first place. Bila Harez dah buat keputusan untuk berkahwin dengan Adra maka Harez kena terimalah segala baik buruk diri Adra. Ayahanda sokong kata Adra yang menyuruh Harez fikir masak-masak dulu sebelum nak kahwin dengan dia. Adra sendiri yang suruh Harez berfikir sebelum kau orang berkahwin. Rasanya jarang sangat untuk kita jumpa perempuan yang suruh lelaki fikir dulu dalam-dalam sebelum buat keputusan untuk berkahwin dengannya. Lazimnya, bila lelaki ajak kahwin, perempuan akan terus cakap setuju aje."
"Ayahanda nampak dalam perkahwinan Harez dengan Adra ni... Adra saja yang matang, Harez tak. Setiap kali Harez buat keputusan dengan Adra, Harez buat keputusan mengikut emosi. Kenapa Harez jadi macam tu? Mana Tengku Harez Firhan yang sentiasa berfikiran rasional apabila ingin membuat keputusan? This is not you."
"Harez tahu Harez salah." jawab Tengku Harez.
"Harez tahu Harez salah? Itu aje jawapan yang Harez boleh kasi ayahanda? Haih... ayahanda tahu Harez tak pandai bercinta tapi kalau setakat mengaku salah macam tu aje... ayahanda pun akan jadi marah. Show some effort, son. Buy her flowers or chocolate or anything!"
Tengku Harez tersenyum mengangguk.
"Right! Chocolate, flowers... thank you so much, ayahanda."
Dia bersalaman dengan Tengku Hisyam kemudian terus berlari mendapatkan Johan untuk menemani dirinya membeli sesuatu untuk memujuk Adra Mikayla.
Tengku Hisyam hanya menggeleng melihat anaknya itu. Umur dah 29 tahun tapi nak pujuk isteri sendiri pun tak pandai lagi.
Haih...
Pening melihat gelora rumah tangga anak menantu sendiri.

ESTÁS LEYENDO
Mungkir Bahagia (Completed)
RomanceLantang. Sinis. Keras hati. Itulah 3 ciri yang menggambarkan seorang Adra Mikayla. Dia adalah seorang wanita yang sangat tegas dalam berkata malah amat sukar untuk mempercayai sesiapa sahaja termasuklah manusia yang bergelar lelaki. Namun dia jugala...