Bab 36

893 62 3
                                    

MEMERHATIKAN sang isteri yang menunggu di situ membuatkan Tengku Harez Firhan tersenyum sendiri kerana dia sedang menyediakan kejutan buat isteri kesayangannya. Dia sengaja mengatakan bahawa dia sedang menguruskan hal kerja pada Adra atas niat mahu mengusik.

Hari ini dia mahu menjadikan semua kemahuan Adra dalam berdating sebagai kenyataan. Siap saja semua kejutan, Tengku Harez kembali kepada Adra bersama sejambak bunga baby breath dan satu belon kecil yang bertulis 'Happy 1st date for us'. Adra tergamam namun tetap tersenyum kerana tidak menyangka kejutan itu.

"Baby breath!" ujar Adra dengan penuh teruja.

"Suka tak?" soal Tengku Harez.

"Gila tak suka? Mestilah suka! Thank you, baby!"

Adra terus memeluk Tengku Harez dengan erat.

"So, inilah dia 'hal kerja' yang penting sangat tu?" tanya Adra dengan sinis dan Tengku Harez tersenyum sengih saja sebagai jawapan.

"Saya dah janji nak dating dengan awak sepanjang hari kan? Mestilah tak ada hal kerja. Saya sengaja tipu sebab saya nak usik awak. Saya manusia yang pegang pada janji, ok."

Adra tersenyum lagi. Gembira sangat rasanya hari ini.

"Ok, jom kita makan dulu sebab kejap lagi ada kejutan lain pulak untuk awak. Hari ni akan jadi hari kejutan untuk satu-satunya Che Puan Dr. Adra Mikayla milik Tengku Harez Firhan."

"Wow! Betul ke? Awak tak scam saya kan?"

"Awak ni pun... pernah ke saya scam awak?" tanya Tengku Harez.

"Alaa... saya cakap aje untuk rendahkan harapan saya. Kalau betul-betul kena scam... ini confirm first and last saya keluar dating dengan awak tau."

"Tapi awak dah kahwin dengan saya dah pun. Kalau tetap kena scam macam mana?"

"Tak apalah, saya pergi ajelah dating dengan orang lain yang tak akan scam saya. Dating dengan orang lain walaupun dah kahwin dengan awak."

"Eh, tak boleh macam tu. Itu dah kira macam awak menduakan saya. Tak boleh... tak boleh!"

Tengku Harez menggeleng membantah.

Adra senyum saja.

"Hah... takut rupanya! Ingat awak seorang saja yang boleh usik saya? Saya pun boleh balas balik tau."

Kemudian mereka berdua tersenyum sendiri dan sambung menikmati makanan dan minuman yang telah dipesan. Tak lama kemudian, Tengku Harez membawa Adra kembali berjalan di sekitar Pasar Seni. Mereka mencuci mata dengan barangan yang dijual di situ. Lebih meriah pula Pasar Seni pada hari ini berbanding hari-hari biasa walhal hari ini adalah hari bekerja.

"Awak nak apa lagi kat sini? Saya belikan."

Adra menggeleng.

"Tak tahulah nak apa lagi. Saya rasa ini pun dah cukup."

"Ini aje dah cukup? Hmm... kalau macam tu tak sampai sehari pun dating kita." kata Tengku Harez.

"Bila sayang menikmati hari-hari bersama b, hari-hari itu adalah hari dating kita. Tak perlu tetapkan tarikh bila untuk kita berdating sebab kita akan sentiasa bersama. Only two of us... for now."

"For now? Why?" tanya Tengku Harez.

Adra senyum. "Yalah... bila dah ada anak-anak nanti, dah susah untuk berdua. Sekarang sementara ada masa, luangkanlah dengan sebaiknya." ujarnya.

Tengku Harez mengangguk bersetuju dengan kata-kata Adra.

"Betul tapi b tak nak tamatkan dating kita lagi sebab b ada satu lagi surprise untuk sayang. Jom, ikut b pergi satu tempat yang b yakin sayang akan suka sampai bila-bila."

Mungkir Bahagia (Completed)Where stories live. Discover now