SETELAH empat hari mereka cuti kahwin, hari ini pasangan suami isteri itu sudah mula bekerja di pejabat masing-masing. Hari ini juga kali pertama Dr. Adra Mikayla menunjukkan sisi kehidupan dan penampilannya yang sebenar. Tiada lagi menumpang kereta Perodua Ativa bersama Maya. Kini, dia memandu keretanya sendiri iaitu kereta Porsche 718 Cayman Coupe untuk ke Evenwood Specialist Medical Centre. Tiada lagi penampilan biasa yang dia gayakan apabila bekerja. Kini, hanya gaya yang elegant dan sophisticated saja yang dia hiasi pada tubuh badannya.
Itulah dia Che Puan Dr. Adra Mikayla binti Tan Sri Dr. Marzuki Rashid, pakar psikiatrik dan CEO Pusat Perubatan Pakar Evenwood.
Dr. Adra bertemu dengan Dr. Zahid dan Lila di lobi utama. Mereka sudah bersedia dengan majlis perlantikan CEO terbaru ESMC.
"Are you ready? Tan Sri, Puan Sri, Tengku Harez, Tengku Hisyam dan Tengku Ratna serta seluruh ahli lembaga pengarah termasuk para wartawan sudah menunggu di Dewan Chancellor Tun Jauhar." maklum Dr. Zahid.
Dr. Adra mengangguk yakin. Mereka bertiga terus berjalan menuju ke dewan tersebut.
Usai pintu dibuka luas untuk membenarkan Dr. Adra masuk, dia sudah dihalakan dengan lensa kamera yang banyak serta menerima tepukan gemuruh oleh semua yang ada di dalam dewan itu. Tan Sri Dr. Marzuki Rashid yang baru habis berucap terus memperkenalkan anak perempuannya itu sebagai CEO terbaru ESMC.
"I presenting to you... the new CEO of Evenwood Specialist Medical Centre, Che Puan Dr. Adra Mikayla binti Tan Sri Dr. Marzuki Rashid!"
Dr. Adra tersenyum kemudian terus menuju ke arah ahli keluarganya untuk bersalaman. Dia mencium tangan Tengku Harez dahulu sebelum mereka yang lain. Usai itu, barulah dia naik ke atas pentas dan mencium tangan Tan Sri Dr. Marzuki Rashid malah sempat berpelukan sebentar. Jelas riak wajah Tan Sri yang kelihatan bangga dengan anaknya itu.
Dia menggantikan Tan Sri untuk berucap.
"Okay... I may make this speech short. Tahun ini adalah tahun kelima saya bekerja di ESMC. Selama lima tahun saya bekerja di sini, saya sengaja merahsiakan identiti saya yang sebenar pada semua warga kakitangan hospital ini kerana saya ingin merasai sendiri pengalaman menjadi seorang doktor yang dilayan sebagai teman sekerja dan sebagai orang biasa. Bukan seorang doktor yang dilayan sebagai seorang ternama dan disanjungi teman sekerja hanya kerana status diri yang jauh berbeza."
"Jadi, sekarang penyamaran saya sudah bongkar. Kini, saya adalah Dr. Adra Mikayla, anak kepada pemilik ESMC iaitu Tan Sri Dr. Marzuki Rashid dan Puan Sri Dr. Aisyah Jalil. Sekaligus, menafikan segala tomahan dan tafsiran negatif yang melanda diri saya sejak beberapa bulan lepas. Namun saya tetap saya. Walaupun diri saya sudah dikenali, saya tetap seorang doktor yang ingin merawat semua pesakit yang ada di dalam hospital ini tanpa mengira darjat mahupun pangkat."
Ucapan berakhir. Sudah sampai masa untuk sesi soal jawab bersama pihak media dan para wartawan yang hadir.
"Dr. Adra, tahniah atas perlantikan CEO ini namun saya ada satu soalan yang ingin ditanyakan. Adakah perlantikan ini ada kena mengena dengan Yang Mulia Tengku Harez Firhan iaitu suami Dr. Adra sendiri?"
Dr. Adra memandang Tengku Harez yang duduk sebaris dengan semua ahli keluarganya.
"Tak. Sebenarnya sudah lama Tan Sri meminta saya untuk menggalas jawatan sebagai CEO di ESMC ini malah ini semua berlaku sebelum saya bertemu dan berkahwin dengan Tengku Harez Firhan sendiri. Beliau tiada kena mengena dengan segala urusan berkaitan dengan ESMC serta kerjaya saya sebagai doktor dan CEO di sini."
Kemudian wartawan lain pula yang menanyakan soalan hingga majlis tamat. Usai majlis tamat, Dr. Adra berjumpa dengan Tengku Harez. Tengku Harez pula tak habis-habis tersenyum bangga melihat isterinya.
"So, everything is clear now. Congratulations to you, Mrs. CEO."
Dr. Adra tersenyum.
"Thank you so much, Mr. CEO. Saya kena masuk kerja dah ni. Kita jumpa dekat rumah ok?"
"Ok, tapi waktu lunch nanti... jom lunch sama-sama? Saya ambil awak kat sini." ujar Tengku Harez.
"Oh, hari tak boleh. Saya ada janji dengan pesakit saya. Kita pergi dinner kat restoran favourite awak ajelah ya?"
Tengku Harez mengangguk.
"Kalau macam tu, kita jumpa kat rumah dulu sebelum dinner."
"Ok, b. Kita jumpa kat rumah." kata Dr. Adra.
Dia bersalaman dengan suaminya dan Tengku Harez terus mencium dahi Dr. Adra sebelum berlalu pergi. Tak lama kemudian Maya datang mengusik Dr. Adra Mikayla dengan senyuman seronok.
"Amboi... baby! Hmm... sejak dah jadi Che Puan Dr. Adra Mikayla ni makin hilang pulak Dr. Adra Mikayla yang aku kenal. Tak pernah aku dengar kau panggil lelaki lain baby even masa bercinta dengan ex kau kat States dulu."
Dr. Adra tersenyum sengih.
"Tengku yang suruh aku panggil dia macam tu. Yalah... bila dah kahwin ni, kenalah ikut cakap suami."
"Eleh mengada! Eh, petang ni jom teman aku pergi cari barang hantaran nak tak? Lagi dua bulan aje majlis kahwin aku ni."
"Mana tunang kau? Kenapa tak ajak dia?"
"Dia tak ada. Dia kena kerja kat Sabah untuk dua minggu. Barang hantaran dia dah beli. Tinggal aku aje yang belum. Jomlah teman aku. Lagipun aku half day hari ni."
"Ok, dalam pukul 2.30 petang kejap lagi boleh? Aku kena uruskan hal Rafiq tu dulu." kata Dr. Adra.
"Rafiq? Apa hal dengan dia? Oh, pasal dia ajak kau keluar makan tu lagi ke?"
Dr. Adra mengangguk.
"Tengku tahu tak?" soal Maya.
"Sort of. Tapi dia tahu aku ada pesakit lunch time nanti."
"Oklah... janji kau beritahu suami kau. Kita jumpa 2.30 petang nanti."
Maya bergerak keluar dari lobi utama terus kembali ke jabatan fisioterapi di mana tempat dia bekerja. Dr. Adra terus menuju ke pejabatnya yang baharu iaitu pejabat CEO.
Lila yang menjadi pembantunya menunjukkan pejabat kepadanya.
"Ini bilik doktor yang baru. Bilik doktor di jabatan psikiatri tu akan saya kosongkan untuk kemasukan doktor psikiatri baru yang akan menggantikan tempat Dr. Adra."
"Hmm... nampaknya saya akan rindu dengan bilik saya di jabatan tu. Tapi awak tetap akan jadi pembantu saya kan, Lila?"
Lila tersenyum mengangguk.
"Selagi doktor perlukan khidmat saya di dalam hospital ni, selagi tulah saya akan ada untuk membantu doktor baik hal pengurusan hospital mahupun masalah pesakit."
"Ok, saya gembira awak cakap macam tu. Tak apa, biar saya habiskan dulu jawatan saya sebagai psychiatrist untuk sebulan lagi lepas tu awak dah boleh iklankan jawatan kosong untuk gantikan saya. Cari calon yang berkaliber dan berdedikasi dalam bekerja ya. Nanti saya sendiri yang akan temuduga mereka."
"Baik, doktor. Nanti saya akan siapkan draf itu. Oh ya, selamat datang ke Evenwood Specialist Medical Centre, Che Puan Dr. Adra Mikayla binti Tan Sri Dr. Marzuki Rashid."
Dr. Adra senyum saja.
"Eh, awak pun nak mengusik saya? Haha!"
"Satu kejutan yang saya sendiri tak sangka. Rupanya doktorlah anak perempuan yang Tan Sri dan Dr. Zahid selalu sebut setiap kali mereka bermesyuarat dulu. Saya ingatkan Tan Sri ada seorang saja anak perempuan. Rupanya dua orang."
"Hebat tak saya menyamar? Setaraf Ethan Hunt dalam Mission Impossible tak?"
Lila ketawa kecil.
"Doktor memang hebat. Tahniah!"

YOU ARE READING
Mungkir Bahagia (Completed)
RomanceLantang. Sinis. Keras hati. Itulah 3 ciri yang menggambarkan seorang Adra Mikayla. Dia adalah seorang wanita yang sangat tegas dalam berkata malah amat sukar untuk mempercayai sesiapa sahaja termasuklah manusia yang bergelar lelaki. Namun dia jugala...