Bab 3

17.9K 279 12
                                    

You've shown me that "love at first sight" does happen in real life.

Sementara menunggu beberapa orang pekerja Tops Sportwear mula beransur keluar dari bilik meeting itu..Wawa turut mengambil kesempatan untuk memberi perutusan dalam negara pada Rya..

"Rya kau jangan main giler..nanti keluar gosip yang pelik-pelik.."~ ujar Wawa separa berbisik..

Seperti boleh di agak apa yang minah ini mahu lakukan pada pandangan mata dia..Ya Allah seboleh-bolehnya kau jangan bagi si Rya Atasha buat sesuatu perkara yang amat bodoh..Amin...

Rya julingkan mata ke atas..

Sengaja Rya pekakkan telinganya dari bebelan si Wawa yang masih tidak berganjak dari kerusi..Mata terus perhatikan hanya seorang lagi staff yang akan meninggalkan ruangan bilik meeting ini..Dan tinggallah dia dengan Mr Baby..Hiks!

"Kau diam Wawa..kau keluar dulu cepatlah!!"~ bisik Rya perlahan sekali menolak badan si Najwa agar cepat-cepar keluar dari situ...Menyibuk aje! Aku ada misi antara hidup dengan mati ni..Kacau betul!

Melopong mulut Wawa..Cis kurang ajar minah sengkek ni..Berani dia halau aku?

Tidak menunggu lama terus Wawa bingkas bangun dari kerusi dan berlalu pergi dari situ..Sempat dia menghadiahkan satu senyuman pada Encik Zareef yang wajah masam mencuka itu..Bertekak dengan si Rya tidak memberikan satu faedah langsung..Degilnya Ya Rabbi Allah saja yang tahu..Semakin aku melarang semakin dia buat..

Sekarang tinggal hanya mereka berdua berada di dalam bilik meeting ini..Rya bingkas bangun perlahan-lahan lalu menyandar belakang badannya di sebelah pintu kaca sambil merenung tajam ke arah si dia,yang sedang berjalan ke arah pintu..Jantung tak rilek betul!

Kalau diberikan satu peluang aku nak telan terus Mr Baby..Kahkah Sempat Rya memperhatikan Mr Baby dari atas sampai ke bawah,yang memakai kemeja putih di tubuh sasanya..Menampakkan dia lelaki terpaling handsome di abad ini..No! No ! No! I think triple handsome! Ah damn it..Kan bagus kalau aku dapat tahu dari awal lagi adanya makhluk seksi sebegini rupa..Uish semestinya lama aku tinggalkan zaman bujang aku..Kahkah Ya ampun over betul..Oh God mengeletis sangat kau ni Rya!

"So lunch?" ~ tanya Rya memberanikan diri untuk bersuara yang sentiasanya sangat berani..Well seinci pun tidak dia berganjak dari situ..Ala setakat nak mengorat lelaki macam ni,celah kuku aku je..ngomelnya dalam hati..

"Busy..." ~ ujar Zareef sepatah..

Tergesa-gesa Zareef mahu keluar dari situ..Dia tak mahu menimbulkan sebarang gosip bersama artis di Malaysia..Tak pasal-pasal makin hura hara hidupnya nanti terutama Cik Rya Atasha..Gosip terlalu banyak seperti goreng pisang panas di media hiburan..Rya Atasha ke bali bersama kekasih? Rya Atasha dibela sugar daddy? Rya Atasha menayangkan aksi ghairahnya di Marina Club Singapore! itu sudah cukup buat dia rasa perempuan ini akan menimbulkan masalah dalam hidup dia nanti..

Melihat Mr Baby diam membisu..Rya melangkah ke sebelah kanan selangkah,seakan menahan Zareef keluar dari situ sambil memeluk tubuhnya..Dia merenung tajam ke raut wajah Zareef yang sedikit pun tidak memandang ke wajahnya..Amboi sombong nya?

Seakan tersedar dari mengelamun,Zareef mengangkat wajahnya ke arah Rya..Mata merenung tepat ke dalam anak mata Rya dan dalam beberapa saat jantungnya berdegup kuat..Mata dia warna hazel?Bisik hatinya..Firstime berjumpa dengan Rya Atasha face to face,dia memang tak expect langsung Rya perempuan seberani ini..Bau perfume Rya yang kuat menusuk masuk ke rongga hidungnya, buat kali pertama Zareef telan liurnya dengan kelat..Berdebar? Ye itu yang dia rasakan..

Miss DANGEROUS !!!  Where stories live. Discover now