He is the man of my dreams, he is my everything and I love him more than he will ever know..
Kodiang Kedah.
"Apa hajat Tan Sri datang ke mari..?"~ tanya Saadah yang berada di ruang tamu rumahnya..
Termasuk hari ini sudah empat kali Tan Sri Basri datang ke Kedah semata-mata mahu memujuknya..Sehingga Saadah sendiri jadi serba salah sebenarnya, takut kalau-kalau ada orang kampung ternampak dan juga mengatanya..Yela bapak kepada lelaki yang tak guna,yang dulu tidak mahu bertanggungjawab ke atas arwah Raina datang kembali kesini..Kang kalau sampai dek telinga anak saudaranya Rya mengamuk sakan pula di Kuala Lumpur..Aduh serba salah betul!
Sorang perangai macam tu,sorang lagi perangai macam ni..Lama-lama aku yang naik darah fikirkan masalah mereka berdua..Kalau Najwa tanya mak dekat mana sekarang? Haa aku terus jawab,ada ni dekat wad tiga puluh katil nombor lapan..Tak ke haru biru?
"Kamu tahu apa niat sebenar saya Saadah..saya cuma nak berjumpa dengan cucu saya, Rya Atasha.."~ jawab Tan Sri Basri sambil merenung ke arah Saadah,seakan meminta simpati..Dia betul-betul rindukan Rya..
Saadah mengeluh perlahan...Kang aku dah cakap?
"Begini Tan Sri,Rya tu tak boleh dipaksa Tan Sri..Dia betul-betul degil..Saya dah banyak kali cuba pujuk dia..Tetap juga dia berkeras tak mahu berjumpa dengan Tan Sri..Kenapa tidak Tan Sri sendiri yang berjumpa dengan dia di Kuala Lumpur?"~ ujar Saadah berterus terang..Ada masa kesian juga aku tengok orang tua ni..Ada duit pun tak bahagia,ada cucu pun seorang itu saja..keluh hatinya lagi..
"Saya takut.."~ jawab Tan Sri Basri..
Saadah diam seketika.. "Hmm..macam ni la Tan Sri saya cuba pujuk dia sekali lagi,agar berjumpa dengan Tan Sri..Tapi saya sendiri tak boleh nak berjanji macam mana nanti penerimaan dia.."~ jujur Saadah..
Tan Sri Basri mengangguk perlahan..Dia paham, kemudian Tan Sri Basri menghulurkan satu sampul surat sebesar A4 berwarna koko yang terletak di atas meja tadi ke arah Saadah..
"Ini adalah hadiah daripada saya kepada Rya..Walaupun tidaklah sebesar mana tapi ikhlas dari hati saya yang banyak berdosa pada dia dan arwah Raina.."~ luah Tan Sri Basri menahan sebak..
Kalau boleh dia putarkan masa untuk kembali kehidupan yang lalu,dia sendiri akan memaksa arwah anaknya bertanggungjawab kepada arwah Raina..Namun Allah s.w.t itu maha adil..Dia mengambil nyawa orang-orang yang sangat aku sayang,dan Dia dekatkan aku kepada orang yang paling aku benci sewaktu dahulu..Allahuakbar!
Ampunkan dosa aku Ya Allah..ampunkan dosa isteri,anak aku dan juga Raina..bisiknya..
Lambat-lambat Saadah mengambil sampul itu..Apa pulak ni? Takkan saham syarikat macam dalam drama tv kot? Amboi kau Saadah..Kahkah mana la tahu kan sebab Tan Sri Basri kaya orangnya..Apa perkerjaan dia,aku sendiri pun tak tahu menahu..Tak pernah pula bertanya..
"Baiklah nanti saya akan sampaikan hadiah ini pada dia.."~ jawab Saadah lagi..
Tan Sri Basri senyum nipis..
"Ini pula hadiah dari saya untuk kamu.." ~ Tan Sri Basri hulurkan beberapa keping not RM100 kepada Saadah..
"Ya Allah Tan Sri tak payah..saya masih lagi mampu.."~ segera ditolakkan kembali duit itu..Dia tak mahu berhutang budi pada Tan Sri..
"Saya ikhlas dan saya halalkan,ini saya hadiahkan pada kamu sebab kamu telah membesarkan Rya dengan baik.."~ senyum Tan Sri Basri lagi..
"Ya Allah Tan Sri, saya tak berani nak ambil duit ni..Kalau Rya tahu mengamuk dia nanti..Lagipun duit yang dia selalu bagi dekat saya, lebih dari mencukupi..Setakat nak jalani hidup sorang diri di kampung ni.."~ jujur Saadah lagi..Tak mahu Tan Sri Basri bersangka buruk yang aku ini mata duitan..

ŞİMDİ OKUDUĞUN
Miss DANGEROUS !!!
Romantizm"Kau ni asal kerja memang mengedik ke?" ~ Zareef Zufay "Orang lelaki kalau digoda tak jalan maknanya dia bengkok." ~ Rya Atasha Warning 🚫 Sexy Storyline 🚫 18 + 🚫 Matured © All rights reserved by RaraIsmail9