I'm trying my best to fall asleep, but I just can't stop thinking about you.
Hati ibu mana tidak teruja dan gembuira melihat anak lelakinya balik ke rumah, setelah beberapa bulan tidak pulang akibat kekangan masa bekerja..Syukur ke hadrat mu Ya Rabb!
"Kenapa tiba-tiba Abang balik kampung? tak bagitahu Umi pun.."~ tanya Durah sambil menyediakan sarapan pagi di atas meja untuk anak lelaki bujangnya..
Tidak sempat semalam hendak berborak panjang dengan Zareef kerana sudah lewat malam..Pagi ini baru la boleh dia mahu bertanya khabar..Macam mana dia tidak terkejut..Kalau tiba-tiba anak lelakinya muncul ke Melaka lewat malam semalam..Sudah jauh,memandu pula seorang diri..Hati ibu mana yang tak risau,nak pula dekat highway macam-macam yang terjadi sekarang ni..Nauzubillahi min zalik..
Kebetulan pula,hari ini dan besok dia mengambil cuti dari mengajar..Disebabkan ada hal mustahak yang nak diselesaikan berkenaan tanah kebun arwah suaminya..Tapi bila nampak muka anak ada depan mata,rasa malas pula untuk dia pergi ke pejabat hartanah..Biasalah naluri seorang ibu bila anak pulang ke kampung,mula rasa sayang mahu tinggalkan dia keseorangan di rumah..Lagipun hampir dua bulan lebih Zareef tidak balik ke sini..
Zareef yang baru melabuhkan duduknya di meja makan,belum bersiap sedia untuk menjawab soalan Umi..
"Eerrr Abang dapat cuti last minute Umi...Umi masak apa tu..sedapnya bau..?" ~ lalu digosok perutnya yang sudah lapar sejak dari semalam..Sesekali Zareef cuba menukar topik perbualan mereka,dari Umi nya bertanya tentang hal cuti..Terus saja otaknya travel ke lain..Hmm
Selepas berlaku kejadian aneh antara dia dengan Rya pagi semalam di dalam lif..Dia sendiri tidak boleh melelapkan mata untuk tidur..Nak mandi terbayang,nak makan terbayang,dan nak tidur pun masih lagi terbayang..Kucupan dan deruan nafas mereka bersama semakin terngiang-ngiang di dalam fikirannya..
Jam di dinding sudah berganjak ke pukul sepuluh malam,Zareef bingkas bangun menuju ke almari pakaian..Kemudian di capai bagpack juga di ambil beberapa helai baju terus dia pulang ke kampung dan mengambil cuti emergency..Entah kenapa rasa dirinya begitu kotor dengan apa yang berlaku semalam..Aku harap bila dah balik ke KL nanti aku akan melupakan kenangan itu..Akan TETAPI selepas beberapa jam dia cuba melupakan,teringat kembali kucupan dan ciuman rakus Rya dibibir dan juga dilehernya terus jadi lemah semangatnya..Ah bodoh kau Zareef!
Teringat pula perbualan dia antara dia bersama Farish selepas kejadian itu berlaku..
"Hah..?"~ Zareef blur..
"Aku tanya.. kenapa leher kau ada kesan lisptick merah tu..?"~ soal Farish lagi sekali..Matanya tak lepas merenung ke wajah Zareef..
Segera di sapu-sapu sesuatu di lehernya.. "Ish mana ada kau ni mengarut betul..!"~ tingkah Zareef.. Padahal diri sendiri sudah cuak..
"Kau ingat aku tipu kau ke?cuba kau ambil jari kau tu sapu dekat leher..Pastu kau tengok aku salah ke atau kau yang betul.?"~ bebel Farish..Apa dia ingat aku buta ke? Mata aku terlalu tajam tau..Hmm
Zareef yang mengelabah meraba-raba di lehernya,kemudian dia melihat ada kesan lipstick pada jari jemarinya..betul!! Seperti kesan lipstick berwarna merah yang Rya pakai sebentar tadi..Tidak terang dan juga tak pudar colournya,tetapi sangat jelas dimata..Liur ditelan kelat..Aduh!! bodoh!! bodoh!!
"Ohhh ini..tadi aku pakai lip balm dalam kereta,yang aku terbeli hari tu dekat watson dengan kau..Kau ingat tak? kan bibir aku ni asyik kering..Then benda tu patah,kebetulan pula leher aku gatal,itu yang melekat ini.."~ jawab Zareef..

ESTÁS LEYENDO
Miss DANGEROUS !!!
Romance"Kau ni asal kerja memang mengedik ke?" ~ Zareef Zufay "Orang lelaki kalau digoda tak jalan maknanya dia bengkok." ~ Rya Atasha Warning 🚫 Sexy Storyline 🚫 18 + 🚫 Matured © All rights reserved by RaraIsmail9