Bab 2 - Ghostwriter

26 4 0
                                    

"Peh, bapak ah penat," Sid bercakap sendiri. Nak cakap dengan siapa lagi, dah memang dia duduk seorang diri di bilik kecil itu.

Disebabkan pekerjaannya yang sangat mementingkan fokus dan kosentrasi, dia lebih memilih untuk tinggal seorang diri. Daripada terpaksa menahan diri untuk jaga hati orang lain kalau ada yang jadi teman sebiliknya, lebih baik dia tinggal seorang diri.

Sid lebih suka menulis dalam kesunyian. Betul-betul senyap, dengar lagu pun tak boleh. Boleh mengganggu fokus dia kalau tengah menulis sesuatu teks penting. Lebih lagi kalau teks untuk bacaan pemimpin yang akan dibaca waktu ucapan di hadapan para penyokong parti, atau waktu press conference dari pihak media. Tak kira pihak mana, kerajaan atau pembangkang keduanya penting. Dia tidak memilih, kedua mereka membayar padanya untuk perkhidmatan itu dan dia perlu memberikan yang terbaik.

Paling penting dia perlukan privasi. Tak seorang pun boleh tahu yang dia adalah seorang penulis teks untuk seorang individu dalam parti politik. Kadang-kadang dia terpaksa menerima tugasan untuk beberapa parti politik sekaligus. Parti pemerintah, atau parti pembangkang. Sid tak boleh bias. Dia perlu neutral dari menyokong parti tertentu untuk fokus pada teks ucapan atau artikel tak kiralah untuk mana-mana pihak pun.

Jaz sendiri tak pernah tahu yang dia juga ada mengambil tugasan menulis teks ucapan untuk pemimpin parti lawan. Selalunya, mereka sudah sediakan point penting untuk dimasukkan dalam teks, Sid hanya perlu menyusun dan mencantikkan ayat supaya dapat memancing sokongan dan penerimaan dari penyokong atau orang-orang biasa supaya terpengaruh dengan agenda yang dia tulis.

Memang, lagi senang tulis novel fiksyen dari kena tulis teks berisikan fakta dan perlu diadun dengan lenggok bahasa yang bagus untuk menaikkan imej seseorang yang dikatakan penting untuk negara. Ucapannya bagus depan masyarakat. Bila ucapan sampai di point penting atau kata-kata yang menyemangati orang ramai bersorak menyokong dan bertepuk tangan. Padahal yang menulisnya orang lain.

Sid menghempaskan tubuh di katil. Tilam empuk menyambut tubuhnya yang keletihan. Hampir 12 jam duduk di kerusi pejabat menulis di komputer, sangat memakan tenaga. Walaupun dalam bilik sejuk dengan penghawa dingin yang di set 16 darjah selsius, tapi dia tak pernah kesejukan dalam pejabat. Sentiasa panas. Mungkin caffein dari kopi yang sentiasa jadi teman di meja kerja turut menjadi penghangat tubuhnya.

"Ah," Sid bergumam sendiri lagi. Dia menggeliat membetulkan urat belakang yang terasa sengal.

Selesai menggeliat sambil baring, dia mengambil telefon di dalam beg silang di atas katil lalu duduk di meja kerja di sebelah katil. Dia capai wayar charger yang berselirat di sudut meja, cucuk di telefon lalu letak kembali di atas meja. Sid bangun dari duduknya di kerusi.

Ting. Bunyi notifikasi mesej di telefon. Dia kembali duduk lalu mencapai telefon, membuka mesej yang baru masuk.

Iman brutal

"Ah, minah brutal ni nak apa pulak," Sid bercakap dengan diri sendiri dalam hati.

Iman - hepi befday diikuti emoji kek. Keluar jom.
Sid - penat ah... Aku baru balik keje ni... Lama kot tadi kat ofis.

Sid cuba mengelak. Semalam balik dari kerja, pusing-pusing bandar sekejap terus balik. Bangun pagi tadi bos panggil masuk ofis ada job urgent. Terpaksa pergi. Dia baru plan nak siapkan kerja dekat rumah hari ni tadi. Dekat ofis dapat assignment isu yang baru dibahas di dewan parlimen kelmarin. Kena paksa siapkan sebab nak pakai untuk press conference esok. Fak ah kerja macam ni.

Iman - ala buruk ah laki majuk
Sid - malas ah. Aku penat gila ni.
Iman - takkan befday boy majuk sebab lambat wish kot.
Sid - semalam sorang pun tak de wish. Tetiba hari ni kau baru nak ingat apahal.
Iman - kau tu la, orang semua letak befday dekat fb, baru la senang nak alert.
Sid - ah peduli aku.
Iman - sukahati kau ah malas nak layan laki majuk.

Sid balas dengan emoji ketawa keluar air mata. Iman tak jawab terus. Sid bangun dari baring di katil, masa dia tengah mesej Iman tadi dia memang terus baring, dia tarik plug sampai atas katil. Mesej sambil baring sambil cas.

Dia susun semula plug di meja kerja, dengan telefon yang masih bercas sambil duduk sekejap di meja. Susun kertas dan fail yang berlambak bersepah atas meja lebih kurang. Siap susun terus dia bangun bersiap mandi.

Selesai mandi, sebaik dia melangkah keluar dari bilik air, telefon berbunyi. Ada panggilan masuk. Dia melihat skrin telefon di meja. Sid mengerutkan dahi, mengagak siapakah yang mengubunginya. Jarang waktu macam sekerangada orang menghubunginya.

Iman brutal.

"Ish, apa lagi minah ni nak," Sid bergumam sendirian.

Dia tekan butang angkat, kemudian butang loudspeaker di skrin. Sid menjawab telefon tanpa mengangkat. Dia bercakap sambil bersiap selepas mandi.

"Assalamualaikum," terus sahaja dia memberi salam. Sudah jadi tabiatnya, angkat call, terus bagi salam. "Apahal kau?"

"Waalaikumussalam, aku ada kat bawah ni cepat ah jom minum," suara Iman menjawab di hujung talian. Sid mengintai ke bawah, ke parkir kereta di bawah biliknya. Sebuah kereta Viva warna kelabu double park, betul-betul di bawah bilik sewanya. Kerata Iman.

"Jap, aku tengah siap baru lepas mandi ni. Kau ni macam tau-tau je aku tengah bersiap."

"Aku pasang cctv dalam bilik kau, sekarang pun kau tengah live streaming dalam room porno hahaha," Iman ketawa mengenakan Sid. Sebenarnya dia memang dah boleh agak, Sid kalau baru balik kerja, dia duduk-duduk sekejap dalam 20 minit terus pergi mandi.

Sejenis Sid ni dia tak sedar yang dia buat sesuatu dah macam ikut jadual. Sentiasa berulang, tepat mengikut masa dan keadaan. Jadi mudahlah Iman mengagak apa-apa yang sedang dia lakukan. Macam dia balik kerja tu lah, hari-hari macam tu. Kalau tak balik dari kerja pun, balik dari jalan-jalan ke dia tetap macam tu.

"Cepat la woi, weh aku nampak la... Ala keciknya. Hahaha," Iman sambung menyakat.

Jilake minah tomboy ni. Sid menyumpah dalam hati. Dia dia tidak menjawab suara Iman di telefon. Tapi dia juga belum putuskan panggilan.

Tutt.. Akhirnya, Iman sendiri yang memutuskan taliah setelah Sid tak menjawab kata-katanya.

Sid berdiri diam di tepi rak kasut, merenung kasut dan selipat yang bersusun di rak kasut kayu tiga tingkat. Di tingkat paling atas, pandangannya tertancap pada Jack Parcell warna hijau yang baru dibeli di pasar karat semalam.

Dia duduk di lantai lalu mencapai kasut di rak lalu menyarung pada kaki. Kemudian dia berdiri sambil menunduk memandang kasut dikakinya. Dia menggerakkan kaki ke kiri dan kanan mahu menggayakan kasut barunya.

Peh bapak ah dmart, mesti Iman dengki.

Tiba-tiba entah dari mana angin dingin terasa menampar pipinya. Dia mengalih pandangan ke tingkap kaca. Bertutup. Pintu tandas, juga tutup. Pintu bilik pun belum dibuka.

Dia tanggal kasut yang sudah dipakainya lalu letak semula di rak. Kemudian menyarung selipar di lantai. Sid keluar dari bilik menu ke kereta Iman yang sudah menunggunya di bawah sejak tadi.

***

Razman melihat-lihat barang yang tersusun rapi dalam bilik kecik itu. Dinding kosong, bersih tanpa apa-apa hiasan. Razman membuang pandangan ke katil bujang dengan barang tidur yang terletak rapi. Dia memerhatikan keadaan di sekeliling dalam bilik itu.

Lelaki. Tapi bilik bapak kemas. Dia ni siapa sebenarnya.

Dalam melihat-lihat, pandangannya terhenti di rak kasut. Sepasang kasut yang sangat dikenalinya bersusun diantara beberapa kasut yang lain.

Converse Jack Parcell warna hijau.

***
"

HutangWo Geschichten leben. Entdecke jetzt