Bab 3 - Pesta Buku

19 3 0
                                    

Flashback - pertama kali bertemu si gadis tomboy, penjaga booth kedai buku.

10 November 2012.

Sid duduk di bangku yang tersedia depan sebuah booth kedai buku. Di banting belakang kerusi dia duduk tercetak nama kedainya, Edaran Sendja. Cantik gambar latarbelakangnyà, siluet seorang lelaki sedang membaca buku berlatarkan pemandangan matahari senja.

Dari situ, dengan jarak tak berapa jauh juga dia sebenarnya sedang memerhatikan program dialog bersama media untuk majlis pelancaran buku baru karya seorang teman penulisnya Rashid Maidin.

Rashid asalnya seorang wartawan politik dan penulis bebas macam Sid selalu menjadi penulis tamu di sebuah laman web pro kerajaan. Akhirnya, dengan persetujuan pihak laman web itu Rashid dibenarkan untuk mengumpul tulisannya di laman web itu untuk dikompilasikan dalam sebuah buku cetakan. Ada juga dia tambah beberapa artikel yang belum pernah disiarkan di mana-mana media. Sid sendiri ada menyumbang tulisan di buku itu, jadi penulis tanpa nama. Semuanya dinamakan atas Rashid, penulis tunggal buku baru itu.

Paling utama, tujuannya terpaksa hadir di majlis seperti itu, kerana temannya itulah yang telah meletakkan dia sebagai pengurus. Padahal sikit pun dia tak mengurus hal ehwal temannya itu. Adalah sikit Sid membantu, itu pun selain menyumbang beberapa artikel cuma sedikit revisi dan suntingan tak rasmi. Tak banyak pun yang dia tolong, sebab syarikat penerbitan sendiri memang sudah ada penyunting profesional. Sid cuma bantu menyemak isi tulisan sebelum manuskrip lengkap dihantar ke penerbitan. Membantu secara tak rasmi. Disebabkan itu dia terpaksa duduk di dalam keramaian yang sememangnya bukanlah suatu tempat yang dia suka sangat duduk lama-lama.

Tak jauh dari tempat Sid duduk, berselang beberapa booth dari tempat dia duduk itu, dia seorang lelaki agak dewasa, mungkin dalam lingkungan 40 keatas, dengan pakaian kemas yang agak mencurigakan. Dari tadi masa mula-mula dia perasan lelaki yang juga memperhatikan majlis dialog tu, memang dah nampak lain macam.

Tapi pihak penerbit memang sudah bagitahu awal-awal yang majlis pelancaran mereka hari ini akan ada pihak berkuasa yang memantau perjalanan majlis. Sid agak itulah SB yang dikatakan pihak penerbit. Dari awal mereka sudah berbincang dan sepakat mengatakan bahawa buku itu bakal mencetuskan kontroversi.

"Hai," Sid menoleh ke samping. Gadis yang di dalam booth tadi sudah berada di sebelahnya. Gadis muda itu menarik kerusi yang agak jauh di sebelah, tapi masih dalam kawasan boothnya. Lalu duduk di sebelah Sid.

Sid cuma merenung wajah gadis yang menegurnya itu tanpa membalas apa-apa kata. Dia terpaku. Entah, bukan sebab cantik atau apa. Cuma dia tergamam. Dari tadi memang dia usha juga makwe tu, tapi tak sangka pula yang makwe tu akan datang tegur dia.

Si gadis tersenyum manis, seperti menjawab renungan Sid yang sampai berkerut dahi.

"Hai," lagi sekali, kali ini sambil melambai telapak tangan betul-betul depan muka Sid, macam nak periksa yang Sid tengah sedar atau tak.

"Hai, ya kenapa?" Sid menjawab dengan monoton. Tanpa ada nada. Datar sahaja.

"Tak ada apa. La, aku yang patutnya tanya kau kenapa duduk sini?" Si gadis menjawab sambil tersenyum lagi. Senyuman tak lekang dari bibirnya.

"Oh, maaf. Tak boleh duduk sini ke?"

"Tak, tak pe. Boleh je. Duduklah, tapi kau buat apa duduk sini, kenapa tak pergi sana?"

Sid memandang si gadis dengan buat muka hairan.

"Awak tahu ke saya dari mana?"

"Dari geng yang tengah buat pc tu kan, dari dari tadi tertengok-tengok, terpandang-pandang ke sana," si gadis menjawab, tapi tak lagi memandang ke wajad Sid. Kali ni dia sudah melihat ke arah sekumpulan orang di sesi dialog pelancaran buku itu.

HutangKde žijí příběhy. Začni objevovat