Bab 5 - Ayah

17 1 0
                                    

Kadang juga ia takut
Tatkala harus
Berpapasan di tengah pelariannya
Di malam hari
Menuju pagi
Sedikit cemas
Banyak rindunya...

***

Iman

"Iman," Sara tegur Iman bila dia tengok Iman termenung panjang di meja cashier. "Kau apahal menung je?"

"Tak de mende ah," Iman cuma menjawab hambar dengan suara lemah.

"Tipu, biasa kau tak macam ni."

"Aku ok la."

"Ah, macam la aku tak kenal kau, biasa kau hyper je, haha," Sara cuba buat lawak, manalah tau boleh kembalikan mood Iman semula.

"Aku ok, saja je nak menung," Iman renung muka Sara bila dia rasa Sara macam try hard nak memujuk dia.

"Kau fikir apa ni?" Sara masih mendesak dengan pertanyaan. Biasa Iman kalau tak berbual, dia buat kerja. Tapi sekarang tak.

"Tak ada apa lah, kau ni kan," Iman senyum sedikit. Mahu menunjukkan yang dia sebenarnya memang ok.

"Ye lah, ye lah, hmmm," Sara mengeluh, bila Iman masih bertegas yang dia sebenarnya baik-baik saja. "Iman, pasang lagu, bosan lah."

Iman mencuit butang play di radio di sebelahnya. Di sebelah komputer cashier. Lagu di radio dimainkan melalui lagu yang di download di internet lalu disimpan dalam pendrive.

Lagu Untuk Perempuan Yang Sedang Dalam Pelukan dari kumpulan Payung Teduh bergema perlahan dari speaker yang diletakkan di beberapa sudut dalam kedai.
Menyajikan para pelanggan nyanyian dan melodi musik indah sang penyanyi dari indonesia itu.

   Tak terasa gelap pun jatuh
Di ujung malam
   Menuju pagi yang dingin
Hanya ada sedikit bintang malam ini
   Mungkin karena kau sedang cantik-cantiknya

Beberapa orang gadis, nampak macam pelajar sekolah menengah sedang memilih buku di rak novel remaja. Sebenarnya kedai buku tempat mereka bekerja ini cuma menjual novel. Bukanlah seperti kedai buku dan alat tulis yang menjual barangan alat tulis sekolah, buku latihan, atau buku rujukan sekolah.

"Aku ingat aku nak cari ayah aku lah," Iman memulakan kata-kata, setelah berdua diam dibuai keindahan lagu itu sejak beberapa ketika tadi.

"Ha kan, aku dah cakap mesti ada problem punya," Sara tersenyum. Iman mula mahu berkongsi apa yang sedang dalam fikirannya tadi. "Ok je, cari je lah."

"Tapi macam susah lah, mana aku tau nak cari dekat mana," sesekali Iman memandang ke satu sudut di ruangan belakang, tempat beberapa orang gadis remaja tadi mencari buku yang dimahukan mereka

"Ye jugak kan, kau tanya la ibu kau," Sara cuba memberikan saranan. Sebenarnya dia juga tak tahu apa nak buat. Macamana nak cari orang yang dah tak jumpa lebih sepuluh tahun. Entah hidup, entahkan mati.

"Aku dah tanya, ibu tak tau, dia suruh tanya mama aku, mak aku yang betul," Iman mula menggaru kepala yang tak gatal sangat pun sebenarnya. Cuma tindakan refleks, jadi sendiri selalunya waktu dia tengah berfikir sambil berbual.

"La, macam tu pulak, kau tau ke mama kau tu dekat mana?"

"Tau, ibu dah bagitau,"

"Pergi je lah tanya mama kau tu," Sara membuat saranan lagi. Memang Iman seperti sedang memohon saranannya. Tapi dia sendiri pun tak tahu sangat pasal keluarga Iman.

Sara memang tahu tentang Iman dengan ibu angkatnya, yang dipanggilnya ibu. Dia sendiri pun pernah pergi rumah ibu angkat Iman, rumah tempat Iman tinggal sekarang.

HutangWhere stories live. Discover now