Bab 10

107 6 1
                                    

Aku tersenyum sumbing bersama mata yang menghala tepat ke depan. Sesekali kepala akan tergoyang ke kanan dan ke kiri. Mungkin kerana rasa kecewa dengan orang yang berada di depan mata saat ni. Hisap rokok serupa tengah hisap lolipop.
Tahu dia stres, tetapi agak-agaklah. Takkan nak hisap habis satu kotak rokok dalam masa sejam? Itu nak hilang stres atau bunuh diri namanya?
Bila nampak Ezra nak sambung hisap batang rokok yang ketiga, laju kaki melangkah ke arah dia. Ayat yang paling tepat sekali…
Aku berlari anak dengan pakai baju kurung dan kasut yang setinggi tiga inci. Kalau tersilap langkah, memang boleh jatuh tergolek macam buah nangka busuk.
“Au cak…”
Itu bunyi pertama yang terpacul keluar dari mulut saat aku berdiri di hadapan Ezra. Kemudian dengan selamba, aku tarik rokok yang terkepit di celah bibir dia lalu simpan dalam beg tangan. Dan lambat-lambat, bibir tersenyum polos sambil tayang simbol peace sebagai tanda keamanan. Harap sangat dia tak mengamuk seperti orang gila.
“Nayla…” seru dia dingin dan lemah. Serupa orang dah putus asa dengan dunia yang semakin kejam.
“Ya… saya.” Laju mulut menyahut. Tangan pun ikut bergerak sekali. Aku sembur body mist Gingham pada seluruh tubuh badan dia untuk hilangkan bau asap rokok yang melekat di baju Melayunya.
Dah tenggelam bau rokok, baru aku duduk di sebelah dia. Bila duduk, lain pula pergerakan badan aku yang seterusnya. Aku hulur gula-gula eclipse dalam bekas berwarna biru pada Ezra supaya nafas dia kembali berbau segar. Hilang terus bau asap rokok yang busuk.
Lambat-lambat dia ambil sambil hidu badan sendiri. Pada mulanya, dahi dia berkerut sedikit sebelum reaksi mukanya kembali kaku seperti selalu. Agaknya dia takut aku sembur body mist yang berbau manis seperti gula. Takut orang ingat dia lelaki dua alam.
“Jangan risau… Body mist tadi unisex. Sesuai untuk lelaki dan perempuan. Tapi sejujurnya…”
Aku sambung ayat seterusnya dengan pandang dia dari atas hingga ke bawah. Pertama kali tengok dia pakai baju Melayu lengkap siap ada samping, memang nampak maco dan sangat hensem. Persis lelaki Melayu terakhir.
“…awak hensem sangat hari ni. Awak sesuai pakai warna soft pink. Nampak lebih gentleman.”
Malangnya, dia punya gentleman tu tenggelam dek wajahnya yang kaku tanpa senyuman. Walaupun tengah jadi pengapit pengantin, muka dia tetap beku tanpa kemanisan. Serupa tengah jadi pengawal peribadi pun ada dalam dewan tadi.
Serius nak mampus!
Dan sekarang baru aku faham, kenapa kawan Ezra pilih dia sebagai pengapit. Sebab kawan dia pun perangai dua kali lima sama dengan dia juga. Jenis urat senyum putus.
Pengantin lelaki dan pengapit sama-sama muka ketat tadi di atas pelamin. Nasib baik senyuman pengantin perempuan semanis madu. Ada juga benda yang sesedap mata memandang di atas pelamin.
“Kenapa awak boleh ada dekat sini?” Dia tutup soalan dengan tunjuk muka aku lalu pusing tangan kanan 180 darjah. Ibarat tengah menyoal guna bahasa tubuh badan sama.
“Saya teman abah saya makan kenduri. Pengantin perempuan a.k.a Naura tu anak kawan baik abah saya. Merangkap sekali pelanggan setia kedai abah dari 20 tahun yang lepas.”
Aku memang suka makan kenduri. Pantang mak atau abah ajak, sah akan mengikut. Mak tak datang kerana pergi makan kenduri dekat tempat lain. Luar dari negeri Selangor dengan along. Sebab tu aku yang jadi peneman tak rasmi abah hari ni.
Mana nak tahu datang makan kenduri, boleh nampak Ezra sebagai pengapit. Waktu mula-mula nampak dia melangkah masuk ke dalam dewan dengan pengantin tadi, macam nak tercabut jantung aku. Terlampau terkejut.
Dia pandang aku sejenak lalu angguk. Selalu memang aksi dia hambar. Tapi sekarang, makin hambar teruk. Mungkin kesan dari mulut longkang tetamu dalam dewan tadi juga. Sampai dia terkesan macam ni sekali.
“Awak masih ingat lagi tak gula-gula getah ni? Yang famous waktu zaman kita masih bersekolah.” Sambil bercakap, aku seluk tangan dalam beg tangan. Tengah mencari gula-gula getah yang berwarna hitam putih.
Sebaik saja gula-gula getah hitam putih menjengah pada pandangan mata, laju Ezra angguk. Dan untuk beberapa saat, muka dia nampak teruja. Agaknya bahagia boleh mengimbau kembali nostalgia zaman remaja yang bebas daripada masalah.
“Saya terjumpa dekat TikTok. Ada satu seller ni jual. Terus saya borong sakan. Sesekali beli benda merapu untuk kebahagiaan diri sendiri dan orang sekeliling, tak salah rasanya.”
Itu namanya sembang kosong untuk mengalihkan tumpuan si duda. Aku tak mahu dia terus hanyut dalam kata-kata tetamu kenduri tadi. Kalau tak hanyut, tak mungkin dia akan hisap rokok banyak batang.
“Satu untuk awak dan satu lagi, untuk saya…” ujar aku bila perasan dia hanya pandang je gula-gula getah di atas tapak tangan. Dia tak ambil walaupun memang aku tengah hulur dekat dia.
“Thanks,” ucap Ezra saat gula-gula getah bertukar tangan.
“Awak pandai buat belon guna gula-gula getah ni?” Tanya aku dengan mulut yang sibuk mengunyah gula-gula getah. Tengah bersiap sedia untuk buat belon. Dulu siapa pandai buat belon pakai gula-gula getah ni, memang hebat.
Laju dia angguk dan sangat meyakinkan. Tak sampai beberapa saat, belon yang berwarna hitam dah terbentuk di depan mulut dia.
“Wowww… memang legend lah awak ni. Power… Power…” Tersengguk-sengguk kepala aku berulang kali sambil mengunyah gula-gula getah. Dah terbantut mood nak buat belon. Biarlah dia rasa hebat seorang-seorang.
“Apa beza wanita dengan gula-gula getah?” Soal aku tiba-tiba. Main tanya je ikut apa yang terlintas dalam akal fikiran.
Dia geleng kepala sekali sebelum jongket bahu. Anak matanya berpusat pada muka aku. Ibarat tengah menanti jawapan betul dengan penuh sabar.
“Gula-gula getah manis dia hanya sementara. Tapi manis kaum Hawa pula, untuk selamanya.”
Aku tayang barisan gigi yang tersusun cantik sambil kedua-dua belah tangan buat bentuk mini love di hujung mata. Kelopak mata pula tertutup rapat. Jadi, aku tak boleh tengok reaksi muka Ezra sekarang. Rasanya kekal keras kaku seperti selalu.
“Apa beza mulut tempayan dengan mulut manusia?” Kali ni aku tanya teka-teki yang dia memang boleh jawab. Dan ini sebenarnya, sebagai penanda untuk masuk isu yang lebih serius. Punca dia hisap rokok sampai berbatang-batang.
“Mulut tempayan boleh tutup. Mulut manusia tak boleh.” Dia menghela nafas kasar pada penutup jawapan.
“Jawapan awak sangat tepat 100%.” Kuat aku tepuk tangan. Konon-konon bangga dengan pencapaian diri Ezra.
“Awak tahu tak Ezra… Saya suka gila makan kenduri, tapi bukan kenduri keluarga sendiri. Kalau kenduri keluarga sebelah mak atau abah, sehabis boleh saya akan mengelak.”
Itu olahan aku yang menyimpang jauh daripada teka-teki mulut tempayan tadi. Padahal saling berkait antara satu sama lain. Cuma nak mula buka topik tu bukan mudah. Takut tersentuh isu Ezra dalam dewan tadi secara langsung.
Dan pada masa yang sama, takut kantoi yang aku terdengar tadi. Tak naklah dia rasa kurang selesa dengan aku. Boleh tergugat hubungan persahabatan kami yang baru terjalin nanti.
“Why?” Sepatah dia menyoal.
“Sebab saya janda. Orang selalu pandang hina dengan status saya. Lagi-lagi saya dapat title janda pada usia yang agak muda. Makin sakan mak-mak saudara mengata saya sampai lupa habis segala dosa pahala.” Aku tersenyum tawar.
“Tapi mulut orang, mana saya boleh kawal. Yang saya boleh kawal... cuma perasaan sendiri. Jangan terlampau hanyut sampai musnah diri sendiri balik. Orang nak mengata saya janda sial sekalipun, lantaklah. Saya tak peduli,” tambah aku selamba. Seolah-olah tak simpan dendam dengan mulut longkang mak saudara sendiri.
“Lagipun, tu semua perangai sejati setiap manusia. Suka mengata orang, tapi tak pernah cuba untuk faham situasi dan perangai orang yang kena mengata. Jadi, kita yang kena faham dan rawat diri sendiri Ezra.” Aku cakap semuanya secara umum. Tak ambil situasi dalam dewan tadi sebagai contoh.
Kalau petik ayat kawan Ezra dalam dewan tadi, takut ego dia rasa tercabar. Lagi-lagi isu yang sangat sensitif macam tu.
“Patut arwah bini Ezra pernah curang dulu… muka 24 jam kaku. Silap-silap atas katil pun, dia kaku macam mayat. Sampai bini sendiri tak reti beza tengah beromen dengan manusia atau kayu mati.”
Itu salah satu suara sumbang dalam dewan yang menyapa ke lubang telinga aku tadi. Mengata pula memang betul-betul depan muka Ezra walaupun cara bercakap seolah-olah empunya badan jauh dari pandangan mata.
Yang bagusnya anak kedua Mak Cik Elisa ni, dia tetap kekal tenang. Tak mengamuk. Sehabis boleh dia kawal nafsu marah daripada meletus. Mungkin takut rosak majlis kahwin kawan baik sendiri nanti.
“Nayla… terima kasih,” ucap dia bersama renungan redup yang menikam wajah.
Aku sekadar angguk tanpa sebarang ulasan. Faham sendiri jelah ucapan terima kasih tu untuk apa. Kalau ulas panjang-panjang, takut terlepas cakap benda yang tak sepatutnya pula. Sangat bahaya. Lagi-lagi bila banyak persoalan yang ada dalam kepala aku sekarang.
Salah satunya…
Betul ke arwah isteri dia pernah curang?
Kalau betul pernah curang, kesian Ezra. Memang patut dia rasa hidup sendiri sedih. Aku kalau jadi mangsa curang pun, akan sedih juga. Yalah perasaan sayang dan cinta seikhlas hati hanya dibalas racun oleh pasangan.
“Boleh saya tumpang awak balik rumah? Abah dah balik dulu. Saya stay sebab nak bersembang dengan kawan saya.”
Ketika sebutan ‘kawan’ meniti di mulut, aku tunjuk muka Ezra. Aku sanggup berkorban balik lewat kerana nak rawat hati dia yang tengah rawan. Aku tak boleh tengok kawan dalam keadaan stres atau sedih. Mudah rasa kesian.
Beria-ria dia angguk.
Wow, kagum aku!
Jarang-jarang dia nak bagi tindak balas yang agak agresif. Agaknya ni salah satu kesan daripada hubungan kawan kami berdua kut.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 13, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

UBAT CINTA - PBAKL 2023Where stories live. Discover now