FITYMI 3

1K 42 5
                                    

"...."

AJ berhenti mengunyah lunch dia bila dia perasan yang rakan sebilik dia daripada tadi tenung sekeping kertas atas meja makan tu. Dia meregangkan badannya supaya dapat nampak isi kertas tu. Bila dia dah nampak punca kenapa kawan childhood dia diam je daripada tadi, dia lepaskan tawa kecil. Aisy mengangkat kepalanya untuk jeling kawan baiknya.

"Benda?"

"Soalan tu takkan setel sendiri setajam mana pun kau tenung dia" Seloroh dia sambil sambung makan lunch dia. Aisy mendengus lalu fokus semula pada kerja di depannya. "Bisinglah kau. Bukannya nak bagi aku refer keje kau"

"Last time kau 'refer' keje aku, lecturer suruh kita ulang subjek" Ungkit AJ sambil menggulingkan bebola matanya. Makin bengang Aisy bila dengar kawan dia mengungkit hal lama.

"Manalah aku tau yang madam check satu-satu keje. Ingat dia sekali imbas je" Seloroh Aisy, cuba nak tegakkan benang yang basah.

"Kepala otak kau"

Aisy dah sedia nak baling assignment dia kat AJ sebab bengang tapi suara kawan diorang daripada belakangnya buatkan dia berhenti. "Korang dua ekor ni kalau tak gaduh sehari memang tak sah kan?" Bebel Trisha sambil mengurut dahinya. Di sebelahnya berdiri Sasha dan Dyla. Gadis punk tu tersenyum lebar.

"Entah. Agaknya dorang tak dengar kot pepatah lama. 'Mula-mula benci, lama-lama jatuh sayang'" Gurau Sasha lalu tangannya mencapai air milo milik Aisy di atas meja. Ketiga-tiga mereka tersengih lebar tengok reaksi kawan baik tu. Muka AJ mencuka dan dia lepaskan bunyi 'ew'. Muka Aisy pun lebih kurang cuma yang bezanya pipi dia memerah sedikit (Ni Dyla yang perasan).

AJ menggeleng kepalanya, "Tak kuasa aku nak jatuh sayang kat budak ni. Penatlah nak handle" Ujar gadis tomboy tu sambil membungkus plastik dalam pinggannya, lunch dia dah habis tinggal nak buang je plastik tu. Aisy menjeling roommate dia.

"Yela tu, kalau aku ni susah nak handle then explain kenapa aku ada fans sendiri"

Kening AJ terangkat sebelah, "Sama ada dorang buta or kau fake depan dorang. I mean, who would like you kalau tau perangai kau yang sebenar macam mana"

Aisy turut mengangkat keningnya, tiru riak wajah muka AJ. Mukanya dia cuba nampak seserius yang mungkin. "Tu soalan ke cemburu?" Lepas je dia lontarkan ayat tu, bibirnya melakarkan sengihan mengejek.

Muka AJ memerah sebab marah bercampur annoyed. Dyla masuk campur, risau kalau makin dibiarkan ada yang basah sebab kena simbah air sirap nanti kang. Dia tekup muka Aisy lalu memicit kedua-dua pipinya yang menyebabkan bibir gadis atlet tu jadi muncung seperti paruh itik. Atlet tu tak boleh nak bercakap elok-elok sebabkan gadis fashionista tu. Dyla hanya tersenyum lemah ke arah AJ.

"C'mon AJ. Lagi kau melayan budak ni lagi lambat kau masuk kelas"

Aisy lepaskan bunyi protes tapi Dyla tak endahkan. Trisha dan Sasha mengangguk kepala mereka, menyokong kata-kata si fashionista tu. Si tomboy tu hanya lepaskan keluhan kasar lalu dia angkat pinggan dan cawan yang dia pakai tadi. Sebelum dia pergi, satu jelingan tajam sempat dia lontarkan pada Aisy.

Selepas diorang dah pastikan kawan diorang yang sorang tu dah jauh sikit daripada meja tu, masing-masing tepuk kepala Aisy perlahan. "Ow! Sakitlah!" Trisha mencekak pinggangnya, Aisy menelan liur. Ah sudah, kawan dia dah masuk mode 'mak-mak', confirm kena bebel.

Trisha habiskan 2 minit bebel pasal Aisy yang bersikap tak sensitif dan bergurau tak kena tempat. Berapa kali dah dia ingatkan kat atlet tu yang kawan tomboy diorang tu nampak je macam ganas tapi hati dia sensitif. Tiap kali Aisy cuba nak berdalih atau bagi alasan, Dyla cubit kedua-dua pipinya. Sasha pula hanya menampung dagu sambil mengunyah kuaci yang dia simpan dalam begnya sebagai 'emergency snacks'.

Fake It Till You Make It (gxg)[✓]Where stories live. Discover now