FITYMI 25

782 39 12
                                    

"Baik, sampai sini saja kita punya kelas. Next class saya akan tanya pasal scene composition so make sure you all faham foundations dia"

Usai kata-kata tu dituturkan oleh lecturer lelaki tu, semua pelajar dalam kelas tu mengemas barang mereka untuk balik ke bilik. Ini adalah hari pertama kelas selepas naik cuti midsem, ramai lagi yang masih mamai dan malas nak ke kelas. Termasuklah Aisy.

Dia menguap lalu mengangkat begnya dari lantai. Bila dia nak pakai earpods di telinganya, lecturer dia bercakap sekali lagi. "Also, I just realised some of you yang masih tak hantar draft video final project kat saya. Rasanya saya tak perlu nak ingatkan yang final project tu akan ditayangkan depan juri dari industri perfileman" Mata hitam lelaki tu mengerling daripada muka ke muka pelajarnya. Sampailah jatuh pada muka Aisy.

"Farra dan Aisy. Kamu berdua langsung tak submit details dan report pasal video fyp ni. Saya tau kamu berdua talented tapi a great film needed time and efforts. Just talents won't be enough. Next week, hantar report dan draft video kat saya. Faham?"

Aisy dan Farra bertukar pandangan seketika lalu pandang tempat lain. Walaupun mereka dah bercakap semula tapi masih rasa awkward antara satu sama lain. Lagi-lagi bila Aisy dah tak rapat dengan AJ and Farra yang dah rapat ngan AJ. Farra hanya mengukirkan sekuntum senyuman ke arah lecturer mereka. "Will do, sir. Kitorang try siapkan dalam minggu ni"

Nampaknya lelaki tu puas hati dengan jawapan Farra, dia mengangguk lalu lepaskan mereka berdua untuk beredar. Aisy mendongakkan kepalanya ke atas, cahaya mentari seakan-akan mencucuk-cucuk matanya. Terik betul. Di ekor matanya dia perasan kawannya yang berambut hitam dan ada highlights pink mula melangkah pergi.

"Eh, Farra, jap"

Gadis tu menoleh ke belakang. Anak mata Aisy tertangkap rantai dan loket berbentuk rama-rama di leher gadis tu. Huh, tak pernah nampak pulak rantai tu. "Apa dia?" Soal Farra, tangan kanannya dah diletakkan atas pemegang tangga.

"Pasal video ni..., aku rasa kita tak sempat nak bincang apa pun. Sebab.." Aisy pura-pura batuk, cuba nak lawan perasaan malu yang mula timbul. "Sebab kes aku"

Farra menghela nafas panjang. Dia sandarkan badannya pada pemegang di tangga tu. "Me too. Lately ni aku busy and tak terpikir pasal project ni langsung" Dan pada saat tu jugalah fon dia berbunyi. Farra keluarkan fon tu lalu mengangkat panggilan tadi.

"Helo? Ha, aku baru habis kelas. Teman kau makan? Gedik eh kau" Satu tawa terlepas daripada bibirnya. "Yela, aku on the way ni. Bye" Usai panggilan tu tamat, senyuman di mukanya menghilang bila dia teringat yang dia tak berseorangan di situ. Aisy hanya mampu tersenyum simpul. "AJ ke tu?"

Farra hanya mampu tergelak nervous. Dia mengangguk, telefon tadi dia simpan semula dalam beg selempang dia. "Sorry weh, aku tau kita tengah bincang pasal project tapi--"

"S'okayy. Aku paham. Lagipun kita still takde idea nak buat video pasal apa. Buat masa ni kita buat research je dulu then inform each other about it. Sounds good?" Celah Aisy, dia tak nak kawannya rasa bersalah sebab tinggalkan dia kat situ. Farra hanya mengangguk. Sebelum dia beredar, Farra sempat melambai ke arah Aisy. Gadis atlet tu hanya tenung belakang badan kawannya sehinggalah figura Farra hilang daripada pandangan dia.

Satu nafas berat dihembuskan. "AJ ngan Farra, huh.."

-

"Yep, nope"

Pen dalam genggamannya terus menconteng segala nota yang ditulisnya tadi. Tak cukup dengan tu, dia ambil kertas tadi lalu direnyuk-renyukkan sehingga menjadi segumpal kertas. Aisy lontarkan bebola kertas tadi dan tepat pada sasaran, bola kertas tu masuk ke dalam tong sampah berdekatan. Fei bersiul panjang.

Fake It Till You Make It (gxg)[✓]On viuen les histories. Descobreix ara