FITYMI 22

761 41 26
                                    

Belakang badannya terasa hangat, kelopak matanya yang ditutup terasa seakan-akan dicucuk-cucuk. Dia mengerang lemah lalu gunakan lengannya untuk tutup matanya. Lepas matanya tak lagi rasa dicucuk-cucuk seperti tadi, dia menghelakan nafas lembut lalu cuba untuk sambung tidur. Dia hampir terlelap semula sampailah aroma wangi sarapan pagi menyapa hidungnya.

Dia cuba abaikan tapi perutnya berkeroncong kuat minta diisi. Aisy lepaskan keluhan berat lalu bangun daripada baringnya. Dia masih lagi mamai, rambut magenta dia tampak serabut sebab posisi dia tidur. Kedua-dua tangannya mengusap mukanya, cuba nak segarkan diri daripada tertidur lagi. Bila telinganya menangkap suara-suara manusia di tingkat bawah baru dia rasa segar. Right, dia kat rumah Dyla untuk seminggu ni.

Lepas sesi luahan semalam, Aisy dan Dyla sambung perjalanan mereka ke Ipoh tapi kalini Aisy yang memandu. Suasana dalam kereta tu tak lagi tegang dan melemaskan, tapi lebih ringan dan ceria. Mungkin sebab mereka berdua dah bercakap semula? Tapi tak dinafikan yang Aisy masih rasa bersalah kat Dyla. Dia bersyukur Dyla masih nak ada dengan dia tapi dia rasa macam dia eksploitasi perasaan Dyla pada dia. Aisy rasa dirinya sama je macam Zain.

Gelak tawa Dyla kedengaran daripada bawah buatkan Aisy tersedar daripada monolog dalaman. Dia menepuk-nepuk mukanya perlahan. Ni bukan masanya nak self hatred, Aisy! Dia kat sini and dia janji nak perbaiki balik hubungan dia dengan Dyla. Dan tu apa yang gadis tu akan buat selama seminggu ni. Mungkin Aisy masih tak dapat jumpa jawapan pada perasaan yang dia rasa selama ni tapi mungkin-- mungkin dia akan dapat jawapan yang dia tercari-cari kat sini?

Aisy bangun daripada katil. Dia meregangkan kedua-dua lengannya, beberapa sendi dia meletup-letup disebabkan angin dalam badan. Rambut kusutnya dia kumpul lalu diikat menjadi messy bun. Selimut atas katil tu dilipatnya. Usai berbuat demikian, dia melangkah menuju ke tandas yang berada bertentangan dengan bilik guest room tu untuk basuh muka dan gosok gigi.

Manakala di dapur, Dyla yang mengikat rambutnya dengan ikatan longgar tengah goreng telur hancur. Di meja makan ada seorang wanita yang berambut perang dan cantik berdandan. Sekali imbas, nampak wanita tu macam kakak kepada Dyla tapi tak. Dia sebenarnya adalah ibu kepada si fashionista tu. Umur pun dah jejak pertengahan 40-an.

Sesudah telur tu masak, Dyla angkat kuali tu menuju ke kaunter dapur. Atas pinggan-pinggan di situ dah tersedia roti yang disapu mayonis. Gadis tu taburkan telur hancur tadi atas roti.

"Fuh, jarang kau masak, Dee. Selalunya kau paling susah nak gi pantri"

Kedua-dua wanita dalam dapur tu menoleh ke arah empunya suara tadi. Aisy melangkah masuk ke ruangan dapur tu dengan senyuman senget tapi sesaat anak matanya jatuh pada wanita yang seiras dengan muka Dyla, terus lesap senyumannya. Cepat-cepat dia cuba nak cover gurauan kasar dia tadi.

"Ah, hai. Kakak Dyla, kan? Dia banyak citer pasal akak. I see that beauty runs in the family. Oh and sorry if my visit bothers you and the family"

Dyla hampir tercekik air liur bila dengar ayat-ayat tu keluar daripada mulut Aisy. Mata birunya melirik ke wajah ibunya, masih neutral tapi dia kenal sangat perangai ibu dia macam mana. Nampak sangat wanita tu terhibur and nak kenakan Aisy kejap lagi. Haih, sian Aisy. Tak sampai sehari kat sini dah kena game.

Bila wanita tu hanya tersenyum manis ke arah Aisy, si atlet tu anggap dia berjaya cover dan tak malukan dirinya. Dia melangkah menuju wanita tu untuk bersalaman. Bila dia perasan cincin kat jari manis wanita tu, Aisy naik hairan. Pelik, Dyla tak pernah mention pula kakak dia dah kahwin. Selepas mereka bersalaman, si ibu tu bangun dari kerusi dan capai beg tangannya. Mata hitamnya pandang wajah Aisy.

"Your visit didn't bother us at all, no worries. Dialu-alukan lagi adalah, boleh kamu citer kat aunty perangai Delilah kat kolej macam mana"

Hah? Aunty?

Fake It Till You Make It (gxg)[✓]Where stories live. Discover now