FITYMI 26

740 40 37
                                    

"Memang mati si Fei tu nanti..."

Piya tergelak nervous bila dengar kata-kata tu terkeluar daripada bibir Dyla. Mereka kini berada di tapak kem dimana program (yang Fei paksa mereka untuk sertai) berlangsung. Di belakang mereka ada beberapa buah bas dari pelbagai kolej seni. Piya pandang satu persatu group yang ada kat situ. Semuanya mesra, ada yang gelak tawa, berselfie dan siap dah berkenalan dengan budak kolej lain.

Sekuntum senyuman kecil terukir di mukanya. Dia suka tengok orang happy macam ni. Kemudian, matanya memandang ke group kolejnya. Zain dan Aisy berebut nak turun dari bas, bila masing-masing tak mengalah, mereka perang mulut di pintu bas menyebabkan yang lain tersangkut dalam bas. Trisha yang tengah ambil bagasi dia di bonet bas terpaksa masuk campur, nak suruh Aisy dan Zain berhenti gaduh macam budak-budak dan turun daripada bas. Maka berlakulah perang mulut antara tiga pihak. AJ yang dah tak boleh nak sabar mula tolak dua manusia yang halang pintu keluar tu. Sasha join AJ dan terjatuhlah Zain dan Aisy atas tanah macam nangka busuk. Sekali lagi, mereka mula bergaduh tapi kalini lebih daripada tiga.

Senyuman di muka Piya terus mencuka. Haih, hampir dua bulan dan mereka masih tak berbaik. Hubungan dorang makin teruk adalah. Farra yang dah angkut barang-barang dia dari bonet melangkah ke arah Piya dan Dyla. Mukanya jelas dia annoyed.

"Buat malu kolej kita je dorang ni" Bebel Farra sambil menyinsing lengan bajunya sehingga ke bahu, sekaligus menampakkan kulit putih di lengannya. Panas betul dia ni. Piya hanya tersenyum janggal. "Hopefully they'll get over it through this camp. Takkanlah dorang nak bergaduh sepanjang tiga hari ni kan?"

Dyla lepaskan dengusan kuat. Krim sunscreen miliknya disimpan semula dalam begnya. "I doubt it. Kau tengoklah dorang tu. Tak start apa-apa lagi dah cari pasal" Dan memang betul apa dia cakap, Zain kalini bergaduh dengan Sasha pula. Ramesh masuk campur konon nak backup member tapi dihalang oleh Khair. Bijak budak tu. Better jangan masuk campur.

"And them too" Bibir Dyla menjuih ke arah Aisy, AJ dan Trisha yang tengah mencangkung di depan bonet bas. Mungkin tengah cari beg masing-masing. Bila mereka pass beg tu kepada pemiliknya, mereka langsung tak bersua muka. Masing-masing berpaling. Seolah-olah jijik nak tengok muka mereka. Ada dua tiga beg jatuh disebabkan perkara childish ni.

Dyla, Piya dan Farra mengeluh berat serentak lalu bertukar pandangan sesama mereka. Piya tersenyum simpul. "Even so, I'm glad yang kita bertiga tak bergaduh. It gives me hope yang mereka berempat mungkin akan baik semula" Dyla dan Farra bertukar senyuman sayu. Classic, Piya. Selalu cari cahaya dalam kegelapan. Bila semua putus harapan, dia seorang je yang masih berharap semua akan okey. Endearing yet sad way of thinking. Jadi, Dyla dan Farra terpaksa kuat untuk Piya.

Honk!!

Bunyi hon bas yang kuat memeranjatkan semua peserta di situ. Jelas driver tu sendiri menyampah dengan budak kolej mereka. Ada beberapa fasilitator yang turun ke kawasan bas untuk menyuruh peserta lain naik ke kabin. Dan of course, budak kolej mereka dimarahi oleh fasilitator.

Dyla tersengih senget bila tengok Aisy berjalan ke arahnya dengan wajah mencuka dan mulut muncung macam paruh itik. Topinya dah senget dan baju yang dia tuck-in tadi dah terkeluar daripada seluarnya. "'Korang patutnya tunjukkan sikap yang baik, lagi-lagi bila terpilih join camp ni.' 'Peserta lain bazir masa sebab korang' " Aisy mengajuk bebelan fasilitator yang marah mereka tadi.

Satu ketawa terlepas, Dyla mencapai untuk betulkan topi si Aisy. "Kau pun satu. Tak reti nak mengalah" Makin panjang muncung si Aisy bila Dyla tak menyebelahi dia. "Yela, backup la ex kesayangan kau tu--OW!!" Dyla pijak kaki Aisy dengan kuat. Senyuman di muka Dyla bertukar menjadi tajam. "Hm? Apa dia? Ulang balik"

"Takde-takde. Aku minta maaf. Gurau-gurau!"

Dyla angkat semula kakinya daripada kaki si Aisy. Tak tahan dengan muka Aisy yang seakan kucing dimarahi, gadis kacukan melayu-jerman tu berjengket lalu menghadiahkan satu kucupan di pipi girlfriend dia. Lantas si Aisy ke belakang, pipinya ditekup, mukanya memerah. "W-woi.."

Fake It Till You Make It (gxg)[✓]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant