FITYMI 11

736 35 5
                                    

"Been a while since kita lepak bertiga, kan?"

AJ mengangkat kepalanya untuk memandang wajah gadis punk di seat belakangnya. Sasha yang tengah tune gitar acoustic dia hanya pandang dia dengan satu sengihan senget. Aisy yang duduk di sebelahnya mengangguk, mengiyakan apa yang Sasha cakap tadi.

"Dulu time sem 2 kita selalu lepak sama-sama. Time tu kau still tak ngam ngan yang lain so AJ cadang untuk ajak kau hang out kat bilik kitorang" Seloroh Aisy, sekuntum senyuman kecil bermain di bibirnya tatkala dia kenang memori lama. Sasha memetik chord A dan G berulang kali, mata hijaunya masih pandang dua sekawan di depannya.

"Masa tu AJ gentle gila mat. Even aku pun cair" Usik Sasha. Gadis tomboy tu hanya mengerut dahinya, dia tau ke arah mana perbualan ni nak pergi dan dia tak suka. Mesti dua ketul ni nak sakat dia jadi dia cepat-cepat tukar topik.

"Ni kalau Trish dengar, mahu heartbroken dia"

Nampaknya taktik dia menjadi sebab si Aisy dah senyum-senyum menyakat kat Sasha dan gadis punk tu jeling dia dengan muka merah. Kakinya dia melunjurkan untuk sepak bahagian tepi badan AJ tapi si tomboy tu sempat mengelak.

"Bising ah. Kitorang bukan ada apa-apa pun"

"Yela tu" Bentak Aisy dan AJ serentak.

Malas nak layan kawan-kawan dia, Sasha terus tukar topik. Fokusnya kembali kepada gitar dalam dakapan dia. Chords lagu Dangerously oleh Charlie Puth dia petik satu persatu. Kalau dia bawak gitar elektrik miliknya memang dah jadi konsert kat situ jugak.

"Yang korang dua tak balik lagi dah kenapa?" Soal dia sambil humming lirik lagu yang dia cuba nak mainkan. Aisy menjungkit bahu lalu menyandarkan belakang badan dia pada seat keras bleachers tu. "Tunggu Dyla. Kelas last dia ni Figure Drawing"

"Ah, sama ngan Trisha" Sampuk Sasha tanpa berfikir panjang. Bila dia perasan silap dia, mata hijaunya dilarikan daripada muka kawan-kawan dia yang tengah senyum senget kat dia. Dorang ni kalau bab-bab mengusik memang nombor satu.

"Alolo, sawet betul"

"Diam" Arah Sasha, jelingannya daripada muka Aisy dia tuju ke arah AJ pula. "Yang kau pulak?" Gadis tu hanya menjungkit bahu dan kamera dalam tangannya diangkat. "Tengah cari inspirasi, I guess" Bahunya dia langgar dengan bahu Aisy. "Dah alang-alang minah ni tunggu gf dia, aku join jela sekali. Mana tau ada benda menarik aku nak capture"

Muka Aisy terus membahang. Tak tau samada sebab AJ referred Dyla sebagai girlfriend dia ataupun sebab crush dia ni tengah bersandar kat dia. Tapi dia cuba sedaya upaya untuk perlahankan degupan jantung dia. "Berat do kau"

"Kurang ajar. Camni kau cakap ngan perempuan?" Balas AJ, matanya melirik kat fonnya dan badannya masih bersandar kat badan Aisy.

"Kau perempuan ke?"

AJ terus menjeling kawan baik dia. Tak lama lepas tu, dia tersenyum mengusik. "Haih, takkan dah lupa time form 2 kita mandi sama-sama. Tak nampak ke aku ada apa?" Dengar kenangan lama tu buatkan Aisy jadi tak keruan. Memang taklah dia nak lupa pasal benda tu. Dia ingat lagi kot macam mana jantung dia laju berdegup, badan dia panas seolah-olah demam. Time tu juga dia awal-awal dah start crush kat kawan dia yang seketul ni.

Dengar si Sasha buat bunyi "Wuuu" sambil main beberapa chord gitar buatkan Aisy panik. Dia tak nak kantoi yang dia syok kat member baik dia sendiri jadi dia cuba cari jalan keluar. Anak mata hitamnya jatuh ke atas beberapa junior yang tengah main futsal kat court berhadapan dengan mereka. Bila dia perasan salah sorang daripada junior tu dia kenal, cepat-cepat dia bangun dan jerit ke arah junior tu.

"Scoot! Woi!"

Lelaki berambut man bun tu memandang ke arah bleachers apabila terdengar nama dia dipanggil. Scoot tu nama nickname je, nama sebenar dia jarang pakai. Bila dia perasan Aisy, terus muka dia bertukar ceria. Lambaian seniornya dibalas. "Woi, Aisy! Meh ah join" Dengar pelawaan sang lelaki tu, Aisy hanya tersengih lalu berlari-lari anak ke arah court, meninggalkan dua kawannya di kawasan penonton.

Fake It Till You Make It (gxg)[✓]Where stories live. Discover now