FITYMI 9

796 36 9
                                    

"Tambah lagi daging atas grill"

Patuh dengan arahan Piya, si Sasha angkat beberapa keping daging lalu letak atas grill di depan mereka. Auroma bau daging dibakar menusuk ke dalam rongga hidung masing-masing. Seorang lelaki berambut hitam dan disikat kebelakang melepaskan ketawa. Tangan kanannya mengalung pinggang gadis berambut pink disebelah dia. Piya lepaskan tawa terkejut.

"Thanks sebab jemput I, babe"

"Of course! Kita dah plan nak date harini pastu clash dengan kawan-kawan I punya plan. So I thought maybe it'd be great if you join us" Jawab Piya sambil mengacau kuah dalam kuali di depan mereka. Lelaki tadi mengalihkan pandangannya ke arah gadis-gadis di depan dia. Senyuman lebar masih melekat di mukanya.

"And thanks sebab bagi aku join"

Sasha hanya melambai tangannya tanda dia tak kisah. "Nah, you cool, bro. Not a creep and has been with Piya for over 2 years now, so that's a plus" Farra hanya mengangguk lalu mengangkat kepingan daging yang dah masak daripada grill kemudian masukkan ke dalam mulutnya. "Lagipun kau sorang je boy bestie kitorang, so okay je"

Aisy tersengih senget, chopstick di tangannya dia tuding ke arah lelaki tu. "Kau dengar tak? You're one of the gurls now~" Sakat si atlet tu.

Lelaki tu menekup mulutnya dengan tangan kirinya manakala tangan kanannya dibengkokkan. "Omg, sis. That's so slay~~" Balas dia sambil cuba mengepitkan suara dia. AJ dan Aisy ketawa besar manakala Farra cuba sembunyikan senyuman dia di sebalik cawan plastik dalam tangannya dan si Sasha hampir tercekik daging.

"Bodoh hang ni, Khair" Marah Piya sambil menunjal kepala boyfriend dia.

Tengah-tengah mereka gelakkan pasangan tu, pintu kaca berhadapan dengan meja mereka, terbuka. Muncul dua figura feminin yang mereka kenal sangat-sangat. Trisha dan Dyla berjalan ke meja mereka sambil berpaut lengan. Gadis berkaca mata tu betulkan spek matanya sambil melontarkan sengihan senget.

"Maaf geng lambat. Minah ni makeup berjam"

Dyla menampar bahu Trisha dengan kasar. "Aku pulak. Kau yang tak tau nak pakai baju apa" Bengang dirinya dijadikan alasan, dia turut pecah rahsia si Trisha untuk tak nampakkan diri dia seorang je yang salah. Sasha menggulingkan bebola matanya, tangan kirinya menepuk-nepuk tempat duduk di sebelah kirinya.

"Tak kisahlah sape salah. Janji korang dah sampai. Meh Trish duk sini"

Masing-masing di meja tu buat bunyi "Wuu" semata nak sakat si Sasha dan Trisha. Gadis nerda tu hanya mendengus dan menjeling mereka tapi tetap melangkah ke arah Sasha. Dyla hampir mengikut roommate dia sebelum lengan bajunya ditarik ke belakang. Anak matanya bertentangan dengan anak mata hitam milik Aisy. Gadis atlet tu tersenyum.

"Taknak duk ngan gf kau ke?" Bisik dia dengan nada menyakat. Dia pastikan suaranya perlahan supaya hanya mereka berdua saja yang dengar. Muka Dyla memerah. Sejak bila minah ni berani buat benda-benda gini kat public?? Walaupun persoalan tu berlegar di kepalanya, dia tetap melabuhkan punggungnya di sebelah Aisy.

Sepanjang makan malam tu mereka berlapan bergelak tawa sakan sambil bertukar-tukar cerita. Daripada meja tu penuh dengan bahan mentah kini hanya tinggal pinggan dan mangkuk kosong. Mereka sekarang tengah buat keje masing-masing. Dyla pun sama, setakat scroll jadualnya untuk kelas esok sehinggalah bahunya dicuit oleh manusia di sebelah dia.

"Apa?" Bisik dia dengan kening terjungkit.

Aisy tersengih senget. "Nothing.., just thinking that maybe we should tell them bout us?"

Mata biru Dyla membulat. Henfon dia diletakkan atas meja. "Sure that's a good idea?"

Aisy hanya menjungkit bahu. "I mean, we practically ship Sasha and Trisha. Plus, AJ gay. Of course they'll accept us, no?"

Fake It Till You Make It (gxg)[✓]Where stories live. Discover now