FITYMI 20

735 45 27
                                    

Dirinya penuh dengan semangat sejak interaksi dia dengan Piya tempoh hari. Lepas dorang finally dah berbaik, Aisy mulakan operasi untuk langsaikan janji dia; ops regroup semula.

And dia akan mulakan dengan yang paling rapat dengan dia. Bukan AJ, dia tau kawannya tu kalau nak pulihkan luka memang ambil masa lama so dia nak biarkan AJ bersendirian dulu. Long story short, AJ paling last dia nak pujuk.

Jadi dia dah plan untuk pujuk kawan-kawan dia sebelum cuti midsem.

Isnin, target pujukan : Sasha Rowan.

Mata hitamnya perhatikan pergerakan kawan dia yang baru saja selesai kelas. Dalam telinga gadis tu disumbat earpods, jadi kalau nak panggil mungkin buang masa. Aisy kena tunjukkan muka dia depan Sasha untuk dapatkan perhatian gadis tu.

Aisy buka zip beg selempang dia untuk pastikan hadiah (rasuah) dia masih ada. Bila matanya tertumpu pada dua helai kertas kecil yang tertulis 'Entrance Tickets' buatkan hujung bibirnya terjungkit naik. Dia zip semula begnya lalu dengan satu nafas panjang, kakinya mengorak langkah menuju ke arah Sasha.

Mata Sasha tangkap ada pergerakan di ekor matanya. Bila ditoleh, dahinya berkerut bila nampak wajah Aisy yang tengah tersenyum senget. Aisy mengangkat tangan sebagai lambaian lalu dia buat gaya cabut earpods, harap Sasha faham apa dia maksudkan. Gadis bermata hijau tu cabut earpods di telinganya lalu simpan alat tu dalam bekasnya.

"Apa kau nak?"

Aisy menjungkit bahu, dia berhenti betul-betul depan Sasha. Belakang badannya dia sandarkan pada dinding, cuba nak nampakkan yang dia relaks walaupun jantungnya dah berdegup kencang gila-gila. "Aku teringat yang kau suka band Fall Out Boy"

"Ya? So?"

Senyuman senget Aisy melebar. Dia keluarkan tiket-tiket tadi daripada begnya lalu tayang pada gadis di depannya. "Tada! Aku dapat tiket ni free and aku ingat nak bagi kat kau" Seloroh Aisy. Tipulah dia nak dapat tiket tu free buta-buta gitu je. Dekat berapa jam entah dia queue kat website dorang semata nak beli tiket ni. Yela, front row seats lagi kot. Memang konfem bapak dia akan call dia nanti tanya kenapa duit spend banyak sangat bulan ni.

Mata Sasha membulat. Segala perasaan marah tadi hilang bila dia nampak dua keping kertas nipis tu. Dia terkejut dan kagum pada masa yang sama. Good reactions. "Bro. What? How? Aku tunggu lama kot tak dapat-dapat" Sasha lepaskan tawa disbelief. Tapi tak sempat tangannya nak ambil kertas-kertas tu, satu suara feminin mencelah daripada belakang.

"Sha? Kau buat apa tu?"

Aisy dan Sasha menoleh ke kiri dan wajah Trisha muncul di pandangan. Gadis nerda tu mengerut dahinya bila nampak Aisy di situ. Gadis berambut magenta tu hanya mampu mengeluh dalam hati. Dia tau Trisha tak suka dia buat masa ni and that's fair. Tapi adakah tu satu alasan untuk dia mengundur diri? Tak sama sekali. Jadi dia pamerkan sekuntum senyuman sejuta ringgit untuk menyapa Trisha.

"Hai, Trish. Perfect timing. Aku ingat nak hadiahkan tiket-tiket ni kat kau ngan Sasha. Y'know kalau-kalau korang takde plan time cuti midsem nanti"

Trisha mengangkat keningnya, "Hadiah? Untuk?" Senyuman Aisy terjatuh sedikit tapi dia cuba sedaya upaya untuk tak overreact. "Ah, y'know. As apologies for the other day"

"Jadi kau tau apa silap kau?"

Aisy menggaru belakang tengkuknya, jelas tak selesa bila disoal siasat sebegitu rupa. "Eventho I went through a hard time, doesn't mean I have any rights to act like an asshole towards you two. So, tiket ni sebagai langkah pertama aku nak minta maaf"

Trisha mengeluh berat. Dia memicit dahinya perlahan. Aisy cuak dengan reaksi tu jadi mata hitamnya mengerling ke arah Sasha pula. Makin dia cuak bila nampak muka Sasha yang seakan tengah tahan sakit. Dia silap cakap ke?

Fake It Till You Make It (gxg)[✓]Where stories live. Discover now