FITYMI 27

786 45 27
                                    

Beberapa batang kayu dan ranting dikutipnya. Sepasang mata biru miliknya menjeling mata ke arah sang mentari yang seakan-akan mengejeknya. Peluh membasahi muka dan badannya, menyebabkan baju dia melekit pada badannya. Dia dapat rasakan krim sunscreen dan segala makeup di muka dia mula mencair. Eugh, jijik pula dia rasa sekarang ni.

Seberkas kayu api dibaling ke arah dia, sipi-sipi hampir terkena kakinya. Jelingan dia beralih daripada ciptaan Allah yang berguna pada manusia ke arah ciptaan Allah yang hanya membawa sial dalam hidupnya. Zain Atif berdiri di depannya, dalam kira-kira 10 meter jarak antara mereka, mukanya penuh dengan kebencian.

"Tu kayu api. Bawak gi kem"

Arah mamat tu lalu dia melangkah ke arah lain. Dyla pandang kayu api di kakinya lalu ke arah mamat tu balik. Dia berdecit kuat, "Kau ingat satu ikat ni cukup ke? Dahla sikit" Laki tu mengerang kuat, mukanya menunjukkan yang dia menyampah dengan bebelan Dyla. "Bisinglah, pompuan. Kau nak lebih-lebih kau gi cari sendiri. Yang penting aku dah tolong cari"

"Yeah, right. Pastu nanti dengan aku sekali kena lecture dengan fasi kat sini. Pergi cari lain" Marah Dyla, kakinya menendang seberkas kayu api tadi ke tepi. Muka Zain yang lebam dan penuh dengan plaster menjadi merah. Bukan sebab blushing ke apa, tapi sebab dia bengang. Dia melangkah laju ke arah Dyla, kakinya pijak kayu api yang dia lontar tadi sehingga patah. Tangannya mencekup muka Dyla lalu paksa gadis tu untuk bertentang mata dengan dia.

"Kau makin berani nak biadab dengan aku, eh?"

"Dah kau layan aku cam taik, takkan aku nak layan kau cam permata pulak?" Desis Dyla. Badannya panas. Tambah dengan terik mentari, dia dapat rasakan kepalanya mula rasa ringan. Zain makin bengang dengan kata-kata tu. Tangan sebelahnya dinaikkan secara automatik. Tak sempat dia nak buat apa-apa, ada tangan lain yang genggam tangannya dari belakang. Dengan satu tarikan kasar, badan lelaki tu menjauh dari Dyla.

"Tak cukup lagi ke kau kena belasah atas pentas pagi tadi? Ni nak aku tambah lagi?"

Zain jeling tajam pada gadis bermata hijau yang melangkah untuk jadi benteng antara Zain dan Dyla. Zain meludah ke tanah, betul-betul di sebelah kasut Sasha. "Y'all are lucky sini public space. Kalau tak, seekor-seekor aku kerjakan sampai lunyai" Ugut Zain lalu berjalan ke arah hutan di depan mereka.

"Cari kayu then balik ke kem!" Sasha jerit, ingatkan mamat tu sekali lagi fasal tugas mereka. Lelaki tu hanya menjawab dengan melontarkan jari tengah ke arah Dyla dan Sasha. Bila bayangan Zain menghilang daripada pandangan, Dyla mendengus kasar.

"Can't believe I used to like him" Rungut Dyla sambil kutip semula kayu-kayu yang pecah tadi. Sasha hanya mampu tersenyum senget, dia menunduk untuk tolong kawannya. "Entah kau padahal dulu awal-awal Trisha dah cakap yang Zain tu ada vibes buruk"

Dyla lepaskan gelak sinis, "Apa Trisha cakap semuanya betullah kat telinga kau. Kalau dia cakap bumi ni petak, entah-entah kau percaya gak" Seloroh gadis kacukan melayu-jerman tu. Sasha tergelak besar lalu menumbuk kawannya tepat pada bahu dan menyebabkan gadis fashionista tu hilang imbangan dan terjatuh atas tanah. Mereka berdua ketawa sebab kelakuan kebudak-budakan mereka tadi.

Selepas kejadian buruk pagi tadi, pihak penganjur dan fasilitator panggil mereka untuk ditegur. Zain cadangkan untuk mereka balik supaya takde lagi kejadian macam tu berlaku tapi pihak fasi tak benarkan sebab tujuan sebenar kem tu adalah untuk mewujudkan hubungan erat antara peserta dan jelas sekali kumpulan mereka amat perlukan kem ni.

Jadi, mereka terima tugasan yang berlainan untuk hari ni. Dibahagikan kepada tiga team. Dyla, Sasha dan Zain dalam satu team. Aisy, AJ dan Trisha dalam satu team manakala Khair, Piya dan Farra dalam satu group yang lain. Ramesh pula dipaksa untuk tolong fasi kendalikan program untuk peserta lain. Tugas mereka sembilan orang adalah untuk sediakan tapak kem untuk malam ni. Mereka akan adakan bondfire dan BBQ di halaman belakang kabin. Team Dyla ditugaskan untuk kumpulkan kayu api dan bahan api. Kumpulan Aisy pula perlu beli barang di kedai berdekatan manakala kumpulan Piya ditugaskan untuk memasak.

Fake It Till You Make It (gxg)[✓]Where stories live. Discover now