22

4.5K 162 6
                                    

Tihany menenyeh matanya baru bangun dari tidur.Dikerling jam di dinding sudah jam lapan pagi.Sekarang dia di rumah mak mertua nya iaitu Puan Nelly.Sudah hari keempat dia berkahwin..

Rambut diikat dengan getah rambut di pengelangan tangannya.Dia mahu bersihkan diri sebelum turun.Malu pula dia bangun jam begini,maklumlah bendera merah...

Siap bersihkan diri Tihany hanya menyarungkan seluar trek dan baju lengan pendek.Luth pesan tak payah pakai tutup aurat sangat sebab Puan Nelly saja yang ada dalam rumah ni dan suaminya,Luth.

Alang alang dah nampak aurat rambut kira halallah kan.Eh dah halal lah,KAH !

"Meh makan Hany,mama buatkan nasi goreng pagi ni..nak buat nasi lemak tapi tak ingat nak beli santan"kata Puan Nelly kadang diri dia ni dah tua nyanyuk.

"Takpa ma,nasi goreng pun sarapan yang terbaik..hmm mana Luth ma?"tercari juga kelibat suaminya tapi tak ada.Kemana lah mamat tempe tu.

"Luth ada kerja gelap gelap lagi dia dah keluar"balas Puan Nelly.

"Oh"Tihany angguk faham,kenapa tak kejut kan dia?

"Macam tu lah Luth Hany waktu cuti pun kena panggil kerja,mama harap kamu faham dengan skop kerja Luth"

"Tak apa Tihany okay je"balas Tihany dengan senyuman.Lagi bagus Luth pergi kerja daripada ada depan mata dia.Arh tak sanggup rasanya nak hadap wajah ketat tu 24 jam!

Senyap Tihany makan bersama mak mertua nya.Kadang hanya soalan dibalas dengan jawapan.Keadaan masih jangal bagi Tihany,Puan Nelly pula sedia saja melayan Tihany.

Dia terima Tihany dengan baik dalam keluarga nya.Tapi dia risau dengan satu perkara.Harap semua nya okay.

*****

"Oh kawan kuuuu macam mana kehidupan empat hari selepas kahwinnn"tanya Adib ingin tahu berserta wajah gatal nya.

"Okay je"balas Luth malas,dia sedang menanggal kan senapang dari tubuh nya.Meraka baru pulang dari menembak sarkas di hutan.

"Sibuk hal orang,apa kata kau pergi kahwin rasa sendiri pahit masam manis tawar rumah tangga"sampuk Gibran sedang duduk minum air.

"Kalau lah ada calon dah lama aku bawa pergi jumpa mak ayah aku,masalah nya calon tak ada! faham Gibran komedo ? "

"Bukan tak ada yang nak kau tu sibuk dengan macam macam awek,kaki perempuan"bidas Wafiy di sebelah Gibran.

Gibran menyiku lengan kepada Wafiy.Tangan kiri diangkat.Wafiy tepuk tapak tangan Gibran.

"Cis walanat ! " Adib melihat Gibran dan Wafiy bergive me five.

"Korang tunggu,perempuan kali ni kalau aku jumpa aku bawa terus jumpa tok kadi"kata Adib geram.Kau ingat aku ni tak ikhlas ke sayang perempuan.Yang datang pergi itu semua mahu kan duit dia,dia belum jumpa wanita yang betul ikhlas dengan dia.

"Pinky promise ? "Wafiy tunjuk jari kelinking kepada Gibran.Gibran senyum menyatukan jari kelinking nya dengan Wafiy.

"Promise babe"

Pinky promise dileraikan mereka berdua pandang Adib serentak.Isyarat; kau mungkir janji dunia kau tamat bro.

Adib telan air liur dia faham sangat dengan gerakan yang dilakukan oleh Gibran dan Wafiy.Harap bukan janda lah yang singgah depan mata aku...

FOREVER MINE COMPLETEDonde viven las historias. Descúbrelo ahora