55

3.3K 113 0
                                    

Kandungan Tihany sudah pun masuk lima bulan,perut sudah pun ke depan.Banyak aktiviti terbatas untuk di lakukan oleh dia.Semua di kontrol oleh Luth.

Tabiat Tihany masuk bulan ke lima ni adalah di mana dia selalu bangun awal pagi,kebiasaan dia selepas subuh dia akan tidur tapi kali ni tak.

Tangga kecil di tolak ke arah kabinet menggunakan kaki.Sisi baju kelawar di tarik sedikit supaya tidak terpijak.Kaki kanan terlebih dahulu memijak satu anak tangga.

"Aisya Tihany!again and againnnnn stay there!"keras Luth memberi amaran,pagi pagi buta dah buat dia naik angin.

Membulat mata Tihany mendengar suara itu,terhenti tangan dia mahu membuka pintu kabinet.Air liur di telan susah.

"Berapa kali abang nak cakap,jangan panjat tangga,tak sampai panggil abang"bebel Luth pada masa yang sama dia menolong Tihany untuk turun dari tangga kecil itu.

"Alah takpa lah,lagi pun awak penat kan tidur lewat semalam"

"Menjawab menjawab!"

Tihany sengihkan mulut nya,suami dia cuba kawal amarah terhadap dia.Nada di gunakan pun lembut walaupun muka garang.

"Duduk sini diam diam"

Lepas ni kena buanglah tangga plastik ni,ni masuk kali kelima Tihany panjat depan mata dia.Sebelum ni tak tahulah kalau dia pergi kerja ke apa.Luku kepala kan baru tahu.

Ralit Tihany melihat badan Luth ke sana ke sini menyiapkan sarapan mereka.Boleh di kata Luth lebih terer memasak dari dia yang wanita ini.

"Makan dulu sayang baru boleh tengok abang puas puas"

Tersentak Tihany dari memandang suami dia,dia mengeman bibir malu.Sudah jelas pipi dia kemerahan bak tomato cili.

"Makan okay,abang nak bersiap kejap"

"Baik"dahi dia dicium oleh Luth sebelum lelaki itu berlalu ditinggalkan dia.Luth dah siap mandi cuma baju kerja saja belum di pakai.

Dia pula sudah berhenti kerja arahan dari Luth sendiri.Nak kerja boleh tapi selepas bersalin.Sebagai isteri mithali Tihany turutkan saja asalkan mengidam dia ditunaikan.

Luth hanya membuatkan bubur ayam untuk Tihany dan tak lupa susu untuk ibu mengandung.Jadi macam ni lah rutin pagi pagi pasangan suami isteri yang bakal menimbang cahaya mata.

"Mah mah,duduk rumah elok elok hari ni ada mengidam?"tanya Luth selepas bibir yang mejelajah segenap wajah Tihany.

Bersinar mata hitam pekat itu,ni lah yang dia tunggu pagi pagi hari.

"Baby nak minum cocoa cashew"Tihany menunduk kepala melihat Luth yang bercakap apa tah dengan baby bump dia.

"Amboi baby minta kemain air mahal"dicium perut Tihany yang berlapikkan baju.

"Anak awak tahu macam mana nak habiskan duit ayah dia"

"Same goes to you right?"kening di naik tinggi.

"Cap ibu dan anak"

Terletus ketawa kecil Luth,ada riak bangga di wajah isteri nya.

"Anything rojer abang tau!"dia berpesan dengan kaki sudah diatur ke arah keretanya.Dia ni sudah terkena angau pagi pagi dah senyum bagai nak rak.Zaman bujang tak ada lah pula sengih macam ni.

Tihany melambai ke arah kereta yang sudah hilang dari mata nya.Pintu ditutup sambil berfikir apa aktiviti dia mahu lakukan di rumah sendirian.Tidur makan membuang tu jelah dia tahu.

Tv yang gelap menjadi terang channel cartoon network menjadi siaran dia pagi ini.Tangan kanan mengusap perutnya sambil mulut mengikut nyanyian di tv.

Biar anak dia besar nanti dah boleh speaking kalah mat salleh.Entah ajaran dari manalah kau ambil Tihany weh.

FOREVER MINE COMPLETEWhere stories live. Discover now