45

3.6K 128 0
                                    

Tiga orang wanita sakan berbelanja di pusat membeli belah.Dengan riak dan takbur mereka masuk ke dalam kedai yang berdagangkan barangan jenama mahal iaitu Dior.

"Bukan kaleng kaleng aku masuk dalam ni"ujar Mawar berpinar mata melihat handbag yang tersusun rapi di atas rak.

"Betul tu duit gaji empat tahun pun belum tentu Laila jejak"kata Laila pula mengambil salah satu beg di atas rak itu.Tihany hanya masuk terus duduk di atas kerusi yang telah disediakan.Lenguh kaki dia ikut dua kepala ni pergi sana sini.

"Kak okay tak?"Laila menyaukkan handbag lady dior pada tangannya.Dibuat gaya seperti model.

"Boleh lah dik"walaupun malas dia tetap menjawab.Bebas dalam pantang,dua wanita itu terus ajak beli belah.

"Hany kalau yang ni?"tanya Mawar pula,Tihany membalas dengan ibu jari sahaja.

Ambil sorang satu kemudian ke arah kaunter untuk membayar.Pakai kad debit masing masing untuk saat ini,nanti dah kahwin dari sepuluh angka terus jadi dua dalam bank.

Si Mawar Kasturi tu tak lama dah tunggu masa je,si Laila pula tidak tahu arah tuju lagi masih menunggu kata putus dari Haider.

"Jom makan ayam penyet nak?"saran Tihany sudah lapar.Dalam kepala hanya fikir makanan saja,m

"Jom jommmmm"Mawar menarik lengan Tihany begitu juga Laila.Macam mainan dia buat si Tihany ni.

Tihany dengan rasa lapar yang tak boleh di bawa bincang itu terus memesan tanpa berfikir panjang.Jangan kata dia mengandung okay?!baru habis pantang dua minggu yang lepas.

Mawar dan Laila pandang saja Tihany memesan,mereka pesan air saja sebab diorang tahu Tihany yang tubuh kecil ini tak akan habis makan.

"Rindu lah hero hero kita"Laila menongkat dagu dengan tangannya.

"Hurmm tulah"sokong Mawar turut melakukan hal yang sama seperti Laila.

Hero pujaan hati mereka berangkat ke Itali kelmarin ada kerja pribadi.Uwais meminta pertolongan jejaka mereka semua.

"Lusa balik lah tu"kata Tihany menghirup air kosong.

"Akak tak apa lah 24 jam boleh tengok muka abang,Laila ni nak seminggu dua kali je tu pun kalau dia free"sendu nada Laila berkata.Tubir mata dilap dengan rambut ekor kudanya.

"Kahwin jelah Laila oi"

"Tulah pasal Laila,kenapa tak kahwin je usia pun bagus dah tu"cadang Mawar.

Laila mengeluh,kahwin hanya di mulut tapi tak dibuat pun!

"Haider tu susah sikit,kalau ikutkan duit Haider mampu tanggung semuanya tapi dia takut dengan penerimaan keluarga Laila"itu lah Laila maksudkan dengan ketakutan Haider.

Padahal semua keluarga dia sudah merestui cuma neneknya saja yang menjadi pehalang sekarang ni.Ada Datin Janariah tu nak jodoh kan dia dengan cucu kawannya.Mahu dia terjun bangunan woi ! Apa Datin tu buka agensi cari jodoh ke apa!

"Tak apa yang penting restu orang tua kita Laila,tengok akak ni mak ayah tak kisah pun asal kahwin"kata Mawar dengan bangga.

"Coi akak tu lain lah dengan tak kisah ni Laila yang kisah"balas Laila,salah topiklah kawan kakak ipar dia ni.Takkan nak suruh kahwin diam diam macam abang dia juga!

Terkekek Mawar suka,mak ayah dia memang tak kisah disebabkan dia lahir dengan kurang kasih sayang seorang mak dan ayah.Orang tua dia berkahwin atas dasar perniagaan saja kemudian selepas lahirnya dia mak ayah dia sudah tidak tinggal sebumbung bukan bercerai tapi tidak suka sama lain.

***********

Haider mengoyangkan punggung ke kiri dan ke kanan kemudian bergesel punggung dengan Tengku Aiman.Sakan mereka berdua berjoget mengikut rentak lagu yang di mainkan.

FOREVER MINE COMPLETEDonde viven las historias. Descúbrelo ahora