34

4K 136 0
                                    

Luth meraba raba ruang sebelahnya mencari sekunjur tubuh.Dia mencelik mata apabila terasa kosong.Jam di dinding dikerling sekilas,sudah waktu nya bersiap ke kerja.

Tuali disambar kemudian berlari kecil ke tandas.Pantulan diri nya pada cermin di lihat.Dari mata turun ke bibir nya.Diusap bibir itu dengan lembut.

Bibir nya tiada sebarang cemaran disimpan rapi untuk orang tersayang.Kemudian dia meraup rambut ke belakang.Tak di nafikan wajahnya mempunyai banyak sisi yang menarik.

Paling menarik perhatian kaum wanita adalah bibir yang merah itu dan hidung mancung nya.Tetapi bagi Luth itu biasa saja,jangan nak mengatal nak puji dia.Diri dia hanya untuk Aisya Tihany.

Banyak pula mengelamun dia ni,pancuran air hujan jatuh mengenai semua tubuh badan nya.Segar dari ladang.

Siap mandi dia bergerak ke arah closet,baju kerja nya dipakai.Segak sekali suami Tihany ni,untuk hang lah dapat suami handsome 24 jam.

Luth menorak langkah ke arah tempat kegemaran Tihany.Sudah semesti nya dapur.Masuk saja dapur mahu saja mata nya keluar.

"Sayang ! "laung Luth sangat kuat.Jiran sebelah pun dengar rasanya.

Terhinjut bahu Tihany.Dia mahu menoleh melihat laungan itu.Kakinya tak berapa stabil dek terkejut.

"Arhh ! " Tihany pejam mata bersedia badannya mencium lantai.

'Bila nak jatuh ni'

Bila rasakan ada tangan memeluk pinggang terus dia mencelik kembali mata.Wajah kacak Luth yang jarak seinci dari mukanya terhias depan mata dia.

"Sayang nak buat apa ni?dah lah tinggi kalau jatuh macam mana?"mood menbebel Luth sudah datang,dia mencempung badan Tihany di letak atas kerusi.

Tihany sengih.Luth merenung tajam wajahnya lagi lah buat dia malu.

"Saya nak ambil gula nak buat air"jelas Tihany perlahan.Sekejap sekejap dia pandang Luth.

Luth keluh kemudian mengambil gula dalam kabinet itu.Bagi Luth dia tak perlukan bantuan kerusi atau apa apa.Sebab dia dah di lahir dengan tubuh yang tinggi lampai.

Tihany bangun bila gula sudah dibawa turun.

"Don't move let me do"larang Luth kepada Tihany.Sedikit lembut tetapi keras.

Tihany gigit bibir bawahnya,dia kembali duduk.Mata memerhati setiap perbuatan Luth,cekap sekali tangan itu masuk kan jumlah gula tanpa teragak agak.

Selesai sarapan seperti biasa Tihany membasuh pinggan Luth pula bantu mengelap meja.Kosong kosong lah sama sama penat buat dua kerja dalam satu masa.

Luth memeluk pinggang Tihany menuju ke depan,mereka berdua sudah mahu berangkat kerja.Pergi sekali bukan lagi asing,Luth menjadi pemandu peribadi Tihany.

"Abang"

"Ye sayang"Luth memakai kasut kerjanya,mata terarah melihat isterinya yang sedang duduk sambil menunggu dia.

"Kelmarin saya terlanggar sorang laki ni"kata Tihany menbetulkan baju kurung.

"Then?"tanya Luth bila lama Tihany diam.Cerita tak habis.

"Then saya say sorry lepastu dia tengok saya dia cakap dia kenal saya...tapi saya tak kenal dia..dia cakap dia kawan awak and dia ada datang masa kita kahwin"panjang lebar Tihany bercerita.

Tajam panahan Luth ketika ini,walaupun nada Tihany tidaklah suspen tapi dia dapat rasakan aura negatif.Mana ada dia jemput orang selain kawan rapatnya.

"Did he tell the name?"

FOREVER MINE COMPLETEKde žijí příběhy. Začni objevovat