BAB 2

34.1K 1.3K 54
                                    

ANDREA mencari telefon bimbitnya untuk mematikan alarm yang sudah berkali-kali berbunyi. Sejak mendarat semalam, mulutnya tidak berhenti bercerita tentang pengalaman sepanjang berada di Melbourne kepada mama dan papanya sehingga tidak sedar hari sudah lewat malam.

Baru sahaja nak lelap, telefonnya kembali berdering. Kali ini, ada panggilan pula yang masuk. Andrea merengus sebelum dia melekapkan telefon ke telinga. Kacau betul lah!

"Rea, dah bangun belum?" Tanya Salwa di hujung talian.

"Hmmm..." Sahut Andrea yang masih mamai.

"Weh, kau tidur lagi ke? Bangunlah! Kita dah lambat ni!"

"Kau pergi ajelah dulu..." Jawab Andrea malas.

Hari ini mereka perlu menghantar borang permohonan untuk menjalankan kajian bagi projek master di syarikat yang telah dipilih.

"Mana boleh. Kan dah janji nak pergi sama-sama... Bangunlah cepat," gesa Salwa.

"Aku tak nak lah company tu. Aku nak cari company lain nanti."

"Lah, kenapa? Kau jangan macam-macam Rea. Kita dah hantar final form untuk company tu kepada Prof. Nathan," beritahu Salwa.

Andrea mengeluh. Ini yang masalah. Kalau nak buat pertukaran, pasti leceh. Dia ingin menukar syarikat pun kerana syarikat yang dipilih mereka ialah airlines yang mereka naiki semalam. Dia sudah tawar hati untuk meneruskan projek kajian di syarikat itu setelah apa yang telah berlaku kepadanya semalam.

"Rea, kau dengar tak ni?"

"Hmmm ya ya ya..."

"Cepat siap, nanti lambat. Aku tunggu kau."

Dengan rasa malas menguasai diri, Andrea bangun juga. Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Kalau lah perkara ini tidak melibatkan soal masa depannya, memang dia tidak akan bangun. Tapi dia terpaksa mengorbankan rasa mengantuknya demi masa depannya. Nanti ada pula yang tidak dapat master. Sia-sia aje sambung pengajian.

Selesai bersiap, Andrea berlari untuk ke tingkat bawah. Dia sudah lambat. Niat awal hanya ingin bersiap ala-kadar sahaja, tapi mahu satu jam lebih juga masa yang dia ambil. Maklumlah, wanita.

"Rea, breakfast dulu," tegur Dato' Abraham apabila melihat anak gadisnya berlari menuruni anak tangga seperti lipas kudung.

Andrea menghampiri Dato' Abraham dan Datin Melinda.

"Sorry pa, Rea dah lambat ni. Tak sempat breakfast," Andrea membetulkan anak rambut.

"Kut ye pun, jamahlah sikit," Datin Melinda menghulurkan sandwich.

"Sorry ma, tapi Rea betul-betul dah lambat. Okay papa, mama, Rea pergi dulu. Salwa dah sampai," Andrea terus menyalami tangan orang tuanya.

Datin Melinda dan Dato' Abraham menghantar pandangan kepada Andrea yang sudah hilang dari ruangan dapur.

"Ni anak kita nak pergi mana sebenarnya?" Tanya Dato' Abraham.

"Katanya semalam nak kena settlekan hal projek dekat company yang dia pilih," jelas Datin Melinda.

"Company mana?" Dato' Abraham ingin tahu.

"Entah lah, bang... nak tanya pun tak sempat. Kalut betul dara anak abang tu." Datin Melinda geleng kepala.

Dato' Abraham hanya diam. Nanti-nantilah dia tanya Andrea.


***


AARYAN memandu kereta memasuki basement. Kereta Audi RS7 miliknya diparkir di ruangan khas untuknya. Hari ini dia perlu menghadiri penilaian dan pemantauan flight simulator untuk pilot-pilot yang sedang dilatih. Walaupun baru semalam mendarat di Kuala Lumpur, tiada istilah berehat atau cuti untuknya. Kerja adalah keutamaan. Lagi sibuk jadual dia, lagi dia suka.

Yes! Captain Zul Aaryan [TERBIT]Место, где живут истории. Откройте их для себя