BAB 7

28.5K 1.2K 49
                                    


BUKAN main gembira lagi Andrea apabila Aaryan dikhabarkan tidak akan masuk ke pejabat selama beberapa hari. Jadi, tak ada lah dia menerima tugasan yang pelik-pelik dari Aaryan. Bukan itu sahaja, ini bermakna tiada juga arahan serta amaran dari lelaki itu. Kalau lah hari-hari macam ini, kan best! Baru semangat dia nak datang kerja.

Tapi, belum sempat dia menapak masuk ke dalam bangunan, dia sudah terserempak dengan Aaryan di lobi. Lelaki itu sedang berjalan keluar bersama crew-crew penerbangan.

"Hai..." Sapa pilot-pilot lain di belakang Aaryan. Masing-masing tidak lepas dari memandang wajah cantik Andrea.

Andrea sekadar menayangkan senyuman manis sehingga menampakkan lekuk lesung pipit yang cantik di kedua belah pipinya. Sesiapa sahaja yang melihat senyuman itu pasti akan cair.

Aaryan melonggarkan sedikit tali leher yang melilit lehernya, tiba-tiba pula terasa panas apabila Andrea dipandang begitu. Terus dia memberi arahan kepada anak buahnya untuk menunggu di depan kerana tidak mahu mereka menatap Andrea lama-lama.

"Andrea..."

"Yes! Captain Zul Aaryan?"

"Aku nak pesan, bila aku takde kat office nanti, kau jangan nak menggatal, menggedik atau seangkatan dengannya. Ingat, tujuan kau datang sini untuk apa," keras Aaryan memberi peringatan.

"Maksud Captain?" Andrea sudah berkerut.

"Kau ni... Ingatkan IQ tu tinggi sangat. Takkan benda mudah aku cakap tu pun kau tak faham?"

Andrea menggeleng. Tak, dia tidak faham. Tiba-tiba pula Aaryan memberi pesanan yang kedengaran aneh di telinganya. Bila masa pula dia menggatal dan menggedik?

Aaryan mengeluh. Sakit jiwa pula kalau dia ingin menjelaskan secara terperinci kepada Andrea. Nanti Andrea fikir dia cemburu. Walhal, memang dia cemburu pun. Nak-nak lagi melihat Andrea yang murah dengan senyuman ketika bersama dengan yang lain. Kalau dengannya, jangankan senyum, jelingan tu kalau boleh membunuh dah lama mati dia agaknya. Muka ketat je sepanjang masa!

"Maksud aku, kau jangan nak menggatal layan staff-staff lelaki dekat sini. Aku tak nak nanti, aku terima report tentang kau. Sekali report buruk pasal kau sampai dekat aku, memang aku gagalkan kau terus. Tiada kompromi, ingat tu!"

Faham juga Andrea akhirnya. Walaupun tidak masuk akal, tapi dia cuba untuk menerima dengan logik akal. Mungkin yang Aaryan maksudkan adalah attitude. Perkara tersebut sememangnya penting, lebih-lebih lagi bila dah bekerja. Sikap kena jaga, jangan sesekali melampaui batas.

"Baik, Captain. Thank you for reminding me." Andrea turut menghadiahkan senyuman manis sebelum kepalanya ditundukkan sedikit. Mudah betul bibirnya mengukir senyum pagi ini, mungkin kerana dia tidak perlu berjumpa Aaryan untuk beberapa hari ini?

Andrea masuk ke ruang pejabat. Kerusi ditarik perlahan sebelum melabuhkan punggung. Namun, belum sempat dia duduk, satu nota kecil berwarna pink menarik perhatiannya. Andrea terus membaca tulisan tangan yang ditulis pada nota itu.

Jangan nak seronok sangat aku takde dekat office. Aku ada tinggalkan kerja untuk kau selesaikan. Pergi ke bilik aku and find out kerja tu sendiri. Ini dikira markah. Gagal siapkan, maka gagal lah kau. Jangan meniru atau refer daripada mana-mana sumber. Make sure kerja tu siap sebelum aku balik.

- Capt. Zul Aaryan.

Andrea mengeluh. Kenapa perlu Aaryan meninggalkan kerja untuknya? Dia baru hendak merasa ketenangan tanpa dibebani dengan kerja-kerja daripada Aaryan. Spoil mood betul lah!

Yes! Captain Zul Aaryan [TERBIT]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang