BAB 3

30.4K 1.3K 106
                                    


AARYAN menghirup hot latte yang dibelinya dari café yang terletak di lobi Zullian Airlines Group. Dia baru sahaja selesai menghadiri kursus aerodynamic. Walaupun berpangkat captain, itu bukan tiket untuk dirinya dikecualikan daripada menghadiri sebarang kursus. Latihan perlu sentiasa dibuat bagi mengukuhkan penguasaannya terhadap teknik-teknik pengemudian dan pengawalan pesawat, lebih-lebih lagi pesawat jenis boeing.

"Hai Aaryan, sorang je ke?" Tegur satu suara lembut.

Rania, salah seorang pramugari Zullian Airlines. Dia baru sahaja keluar dari cabin crew department. Kebetulan, dia ternampak Aaryan yang sedang bersendirian di café itu.

"Eeii, sombong lah you ni. Orang tegur bukan nak balas," usik Rania apabila tegurannya tidak dibalas. Kerusi di hadapan Aaryan ditarik lalu punggungnya dilabuhkan. Dagunya ditongkatkan seraya memandang wajah lelaki itu dengan pandangan menggoda, namun kehadirannya di situ langsung tidak dipedulikan oleh Aaryan.

Rania tahu Aaryan bukanlah seorang yang mudah untuk didekati. Sudah bermacam cara yang dia cuba untuk meraih perhatian lelaki itu, tetapi sebelah mata pun tidak dipandang. Entah apa yang kurang dengan dirinya sehingga Aaryan langsung tidak menunjukkan minat terhadapnya.

"Aaryan... bila lagi jadual penerbangan you?" Rania memulakan topik. Sengaja suaranya dilenggokkan dengan harapan dia mendapat peluang untuk satu flight lagi bersama Aaryan.

"The roster is private and confidential. I won't tell anyone," jawab Aaryan senada. Wajah Rania langsung tidak dipandang.

"Alaaa... why not kongsi dengan I? Manalah tahu jadual kita sama." Rania membalas manja sambil memintal hujung rambutnya.

"Kau siapa untuk aku kongsi jadual aku?" Keras Aaryan bertanya. Benci apabila didesak.

Rania sudah menelan liur. Inilah Aaryan. Pantang silap cakap sikit, pasti lelaki itu membalas cara tegas.

"Sorry– I just... umm nevermind. So, how was your flight yesterday?" Rania mengubah topik.

"Great." Jawab Aaryan sepatah.

Rania tersenyum. Walaupun hanya sepatah yang dibalas oleh Aaryan, namun sudah cukup menggambarkan betapa bergayanya lelaki itu. Dengan kaki disilangkan dan sesekali Aaryan menghirup latte di tangan. Kacak sungguh!

Rania ingin meneruskan perbualannya, tetapi mulutnya seakan terkunci apabila melihat Aaryan sedang sibuk menaip sesuatu di telefon. Tidak lama selepas itu, Aaryan bangun meninggalkan meja apabila dia menerima pesanan yang memintanya hadir ke suatu tempat.

Terpinga-pinga Rania melihat Aaryan yang sudah pergi meninggalkan café. Baru sahaja hendak berdua-duaan bersama Aaryan, tapi belum sempat pun punggungnya panas, Aaryan sudah beredar.


***


BUKAN main seronok lagi Andrea dan Salwa apabila menerima panggilan dari Zullian Airlines Group yang mengatakan permohonan mereka telah diterima dan mereka diminta untuk melapor diri tanpa perlu menghadiri temuduga. Terubat lah sikit rasa tawar hati Andrea terhadap syarikat tersebut.

"Cik Andrea dan Cik Salwa boleh masuk ke bilik ini ya," seorang wanita berbaju korporat syarikat membawa mereka berjumpa dengan individu-individu penting di syarikat ini. Kiranya sesi suai kenal lah.

"Tan Sri, Ini master students yang akan melapor diri di syarikat kita," ujar wanita itu.

Andrea terkejut melihat figura di hadapannya yang amat dia kenali.

Yes! Captain Zul Aaryan [TERBIT]Where stories live. Discover now